Blogger templates

Showing posts with label Kampung Minyak Beku. Show all posts
Showing posts with label Kampung Minyak Beku. Show all posts

Sep 23, 2012

Pantai Minyak Beku dan Perigi Batu Pahat

Hari ni i nak bawa korang berjalan-jalan ke tempat sejarah penting di Batu Pahat, Johor iaitu Pantai Minyak Beku. Manakala untuk korang yang tercari-cari tempat makan best dekat Batu Pahat pula. Korang boleh baca entry review i dekat sini ok ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/sup-gearbox-batu-pahat-sup-sitam.html.

Untuk pengetahuan korang, apa yang menariknya mengenai Pantai Minyak Beku ini ialah terdapatnya Perigi Batu Pahat yang menjadi sejarah bagi kewujudan nama Batu Pahat. Lokasi Pantai Minyak Beku ni terletak kira-kira 10 hingga 15 kilometer daripada pusat bandar Bandar Pahat. Laluan untuk ke sini juga, memang agak terpencil dan berbengkang-bengkok. Tapi macam mana pun korang jangan risau sebab memang banyak papan tanda yang boleh membantu korang untuk ke sini. Apa yang penting, pertama sekali untuk pergi ke Pantai Minyak Beku, korang kena cari landmark yang famous di Batu Pahat. Apa lagi kalau bukan monumen tangan terapung sedang memahat batu (wahhh!!! Scary gila kan? Hehehe...) Jadi, daripada kawasan monumen tersebut, korang akan jumpa papan tanda arah ke Pantai Minyak Beku. Takpun, kalau susah-susah sangat, korang search jelah dekat GPS Garmin korang. Lagik senang, hehehe....

SEJARAH PANTAI MINYAK BEKU, KAMPUNG MINYAK BEKU DAN PERIGI BATU PAHAT.

Perigi Batu Pahat terletak di tepi pantai Minyak Beku berhampiran dengan muara Sungai Batu Pahat (kini lokasinya ialah bersebelahan dengan Balai Polis Minyak Beku). Saiz perigi ini hanyalah 10 kaki sahaja dan perigi ini dikatakan telah dipahat oleh askar-askar Siam semasa melarikan diri setelah tewas dalam peperangan menyerang Melaka sewaktu pemerintahan Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka ke III (1446-1459). Askar-askar Siam telah dikejar oleh 'Bendahara Tun Perak', Bendahara Melaka dan pengikut-pengikutnya hingga ke Muar. Semasa sampai di Batu Pahat askar-askar Siam telah memahat batu di kawasan yang mengalirkan air sehingga menjadi sebuah perigi. Selepas itu, askar-askar Siam meneruskan perjalanan ke Selatan dan kembali ke Siam melalui Laut China Selatan. Nama daerah Batu Pahat adalah bersempena dari peristiwa tersebut di mana ianya telah menggantikan nama Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada 'pangkal jeram', kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar tersebut.

sumber : dari lokasi Pantai Minyak Beku, Wikipedia dan Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor
diolah semula oleh : Reenaonline

Kawasan Pantai Minyak Beku ni pada pendapat i memang cantik kalau dipelihara betul-betul. Cuma sedihnya banyak betul sampah alien yang berleluasa. Keadaan pantainya pun agak berselut dan tak sesuai untuk mandi-manda kecualilah kalau korang memang suka berkubang (erk!) Terdapat gerai makan yang disediakan di sini untuk korang minum-minum petang sambil menikmati panorama indah di Pantai Minyak Beku (tapi i tak sempat pun try-test-rasa sebab kesuntukan masa).

Untuk korang yang belum pernah tiba di sini, cubalah jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku. Seronok sebenarnya bawa keluarga ambil angin petang dekat sini tau. Sekurang-kurangnya boleh release tension.








Anak-anak i seronok kumpul kulit kerang.







Perigi Batu Pahat
Keadaan sebenar perigi Batu Pahat. Ada berani nak minum? Hehehe...


p/s : happy sebab dapat tangkap gambar matahari terbenam dekat sini. Ikutkan kalau i tunggu 10 minit lagi mesti i dapat tangkap gambar matahari atas garisan laut tapi disebabkan kawasan ni dah gelap dan ramai orang beransur pulang. Tak berani pulak nak tunggu lama-lama.