Blogger templates

Showing posts with label Kemaskini blog dengan iPhone. Show all posts
Showing posts with label Kemaskini blog dengan iPhone. Show all posts

Sep 12, 2016

Aplikasi iPhone Untuk Kemaskini Blog bagi Blogger

First time ni nak guna aplikasi dalam iPhone untuk update blog. Direct hokeh! Terasa sangat berteknologi gitu. Hahaha! Kalau dekat kampung atau tengah on the move, biasanya aplikasi macam ni i gunakan untuk edit mana-mana posting yang i rasa perlu atau bila dapat komen dari kawan-kawan yang kata ada ayat yang i taip macam terawang-awang, maksudnya tak sampai ke lubuk minda dorang. Haishhh! Yela-yela... Tak syok pulak kalau kita taip tapi orang yang baca tak paham apa yang kita nak explain.

Lagi tension bila kita dah bantu terangkan dengan jelas siap bersuluh HD, boleh pulak dia tanya lagi berkaitan posting kita. Contohnya, 'saya nak tahu boleh tak awak sediakan blablabla, tanyakan pada pihak blablabla, macam mana saya boleh dapatkan barang blablabla dan etc etc'. Waktu ni bukan setakat mak ko tukar colour jadi ijo, mak ko kuning, pink, purple semua keluar tau! Hahaha! Aduhh... Mak ko ni jugak bukan KAUNTER receptionist bergerak sayang oi! Menangis dalam gelak bila baca soalan-soalan korang yang diluar dari kapasiti daya 'membantu'. Sayang-sayang sekalian, nama pun blogger, dah tentulah i lebih kepada share pengalaman sendiri. Kalau nak tahu details kenalah tanya orang yang bersesuaian ye. Tak pun susah-susah, pakcik Google sedia je membantu korang dengan rela hati sebab dialah sebenarnya KAUNTER receptionist bergerak, bukan i... Kehkehkeh.

Ok, aplikasi yang i tengah gunakan sekarang ni ialah aplikasi Blogger (contoh tengok gambar bawah ni) dan lagi satu ialah aplikasi BlogPress. Kedua-duanya pada i sama je fungsi dan penggunaannya. Simple, easy and straight forward especially kalau korang just nak update macam i tengah buat sekarang ni.






Macam mana pun untuk handphone lain selain daripada iPhone bolehlah share dengan i ye, apa applikasi yang korang guna untuk update blog di henpon. Anyway enjoy blogging tak kira di mana pun korang berada. Tata-titi-tutu