Blogger templates

Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Mar 22, 2013

Bahulu Seri Geliga, Kuala Kemaman

Awal Februari hari tu, bersempena dengan cuti Hari Wilayah yang jatuh pada hari Jumaat (hoorey, automatik dapat cuti berganda!), i sekeluarga habiskan masa bercuti di Cherating. Sebahagian daripada kisah Cherating ni, i dah pernah ceritakan dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2013/02/pantai-cherating.html.

Kali ni jugak, banyak tempat-tempat makan baru yang berjaya kita orang cover dekat area Cherating dan Kuala Kemaman. Jangan tension-tension kalau lepas ni korang kena paksa rela baca segala entry review restoran dan gerai makan yang selamat dihadamkan oleh kita orang menjadi dotdotdot... Eh! Hehehe... Untuk korang-korang yang kaki makan macam i, mesti excited nak tahu kan? (Eceh, lagi tak nak ngaku). Yang penting, tekak korang kenalah sama taste dengan tekak i yang high demand ni (hamboi! Bunyi demand tu macam selalu sangat makan dekat restoran high class gitu). Ishhh... tempatnya tak kelas mana pun tapi kalau makanannya kelas... siapa nak kisah kan? Janji perut happy. Hehehe... Jom, ikuti pengembaraan i dengan makanan (wahhh...)

Tempat makan pertama yang i nak perkenalkan dekat korang untuk edisi jalan-jalan cari makan area Kuala Kemaman, Terengganu ialah gerai kuih bernama Bahulu Seri Geliga. Hah, gerai kuih je ke?!! Kuih tradisional pulak tu... Relak-relak semua... kalau korang nak tahu, gerai kuih ni bukan sebarang gerai tau. Ikutkan, kali pertama i jejakkan kaki dekat sini tahun 2004 (mak aihhh, gila lama kan?) Waktu ni kita orang baru je kahwin-kahwin (ehemmm... kiranya masih dalam mood honeymoon gitu). Dan yang kelakarnya, lepas 9 tahun (plus beranak-pinak dah pun. Hahaha!) I tak sangka sangat yang gerai ni masih wujud lagi. Paling best, kuih akok yang pernah jadi antara kuih favourite i dan hubby waktu first time datang ke sini dulu-dulu tetap sama rasa sedapnya. (perghhh.... terbaik!)

Alamat Bahulu Seri Geliga :

Kampung Geliga
24000 Kuala Kemaman
Terengganu

Lokasi gerai Bahulu Seri Geliga terletak pada laluan yang sama dengan Warung Aziz Satar.

No. Telefon : 019-9455997 / 017-9512441

Waktu operasi : Apa kata korang contact nombor dekat atas ni. Hehehe...


Pendapat / Ulasan / Review mengenai Bahulu Seri Geliga, Kuala Kemaman

1. Kedudukan gerai Bahulu Seri Geliga betul-betul terletak di tepi jalan. So, bila parking kereta tu harap korang parking elok-elok ye. Kang tak pasal-pasal hilang punggung kereta korang tu. Eh! Hehehe...
2. Bila berdiri je dekat depan gerai, automatik lubang hidung korang tertusuk dengan bau-bauan harum kuih bahulu yang best! (hmmm.... nyam-nyam).
3. Antara senarai harga dan jenis kuih yang terdapat dekat sini ialah Bahulu Coklat (5 biji = RM1.00), Bahulu Pandan - bentuk bunga (5 biji = RM1.00), Bahulu Pandan - bentuk ikan (5 biji = RM2.00), Bahulu Cermai (5 Biji = RM1.00), Akok (2 Biji = RM1.00), Kuih Bakar (3 Biji = RM1.00) dan Bingka Pulut (3 Biji = RM1.00).
4. Untuk rasa? Agak-agak korang i nak bagi berapa bintang? Jeng-jeng-jeng i bagi 5 bintang untuk semua kuih dekat sini (walaweh! Full mark tu!) Serius memang best!
5. So, kalau korang datang sini, i cadangkan korang supaya rembat kuih akok dulu sebelum pilih kuih-kuih lain. Sebab apa? Sebab kuih akok nilah yang paling laris dekat sini.

Teringin nak tengok rupa sebenar kuih akok? Jom, tengok gambar dekat bawah sebelum i pengapa-apakan keadaan rupa bentuknya yang comel tu. Hehehe... Ngap!






Ni nama dia Kuih Akok

Ni pulak nama dia Kuih Bingka Pulut


p/s : Banyak-banyak kuih moden zaman sekarang ni, kuih tradisional jugak yang paling mantap!


Feb 12, 2013

Resepi : Badak Berendam

Assalamualaikum kawan-kawan!

Dah lama kita tak main masak-masak kan? So, kali ni i nak kongsikan dengan korang step by step resepi badak berendam untuk korang cuba. Kalau i boleh buat, korang pun mesti boleh punya! (Ewah.... semangat badak berendam gitu. Hehehe). Badak berendam ni kalau korang nak tahu, adalah antara kuih favourite i untuk berbuka sepanjang bulan Ramadhan. Tapi peliknya kalau bulan-bulan lain, takdelah i hairan sangat nak makan kuih ni. Nak sebut nama 'badak' pun tak teringat. Memandangkan stok badak berendam ni selalu sangat jadi masalah untuk i dapatkan dekat mana-mana pasar / bazaar Ramadhan especially yang betul-betul kena dengan tekak i yang rakus ni. Jadi i ambil keputusan nak cuba buat sendiri dekat rumah (baru puas hati ku!) Apa taknya bila beli kuih badak berendam ni asyik terjadi konflik dalam diri je. Yelah, karang kalau beli banyak-banyak takut tak sedap pulak. Bila dah belinya sikit, tak puas pulak makan sebab cepat sangat habis gara-gara sedap (hadoi! Masalah betul! Hahaha).

Sekarang bila dah terror buat sendiri (eceh-ceh-ceh). Rasanya, i dah tak hairan sangat dah dengan mana-mana kuih badak berendam dekat pasar / bazaar Ramadhan tu. Lagi best, badak berendam yang i buat ber colour pink gitu (kau hado? Hehehe). Lepas tu bila anak-anak i tanyakan apa nama kuih yang i buat ni, automatik otak i berikan nama cute - pinky hippo. Keh-keh-keh... Kang bila sebut nama badak berendam, letih pulak nak bersoal-jawab dengan dorang. "What is badak, Mama?" "Badak should live in a zoo" "Why we can eat this badak, Mama?" Adehhh... nanti badak tah ke mana, mama yang kelaparan tak dapat makan badak gara-gara menjawab soalan genius dorang nanti. So far, bila i sebut nama pinky hippo, dorang kekaguman dengan muka excited. Siap tak sabar nak tunggu macam mana rupa pinky hippo ni bila masak. Hahaha! Yes, teknik nama baru menjadi nampaknya. Senang kerja mama. Kihkihkih.

Macam biasa, jemput-jemputlah masuk dapur i yang tak seberapa ni. Anyway resepi ni i refer dari Kak Besah (thanks Kak, memang terbaik lah!) Ada 3 langkah yang perlu korang ikuti. Jom!


LANGKAH 1

Bahan-bahan untuk Inti Kelapa :

Sebiji kelapa parut (ambil bahagian putih yang lembut je tau)
1 cawan gula merah
1 cawan air
3 sudu besar gula pasir (secukup manis)
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu kecil garam

Cara-cara untuk buat Inti Kelapa :

1. Gula merah dimasak bersama-sama dengan air. Bila mendidih. Tutup api dan ketepikan.
2. Sediakan kuali, masukkan kelapa parut, gula, daun pandan, garam dan gula merah yang telah dimasak tadi. Gaul sebati semua bahan-bahan, masak sehingga kering dan berkilat.
3. Sejukkan dan bulat-bulat inti kelapa dengan cara menggenggamnya dengan kuat dan padat (agak-agaklah saiz yang sepatutnya untuk badak berendam korang. Jangan buat sama besar dengan badak sebenar sudah. Hehehe...)


LANGKAH 2

Bahan-bahan Untuk Kuah :

2 1/2 cawan santan
2 sudu tepung beras
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

Cara-cara untuk buat Kuah :

1. Campurkan kesemua bahan, kacau atas api sehingga pekat, lebih kurang 10 minit dan ketepikan.


LANGKAH 3

Bahan-bahan (untuk 20 hingga 25 biji) :

2 cawan tepung pulut
Lebih kurang 1 1/2 cawan perahan air daun pandan (i gunakan 1 1/2 cawan air dicampur dengan 1 sudu kecil pandan flavour / perisa pandan jenama Nur)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna (suka hati nak pilih warna apa)
2 helai daun pandan disimpul
Inti kelapa secukupnya

Cara-cara :

1. Campurkan garam pada air pandan. Kemudian gunakan campuran itu untuk menguli tepung pulut sehingga menjadi doh yang senang dibentuk. Jangan lupa titikkan sedikit pewarna.
2. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan leperkannya. Letakkan inti di dalamnya, kelim rapat dan bentukkan kembali menjadi bulat. Buat sehingga habis. Letakkan atas plastik atau paper baking untuk mengelakkanya dari melekat.
3. Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan. Selepas itu, masukkan semua 'badak' / bebola pulut tadi kedalamnya.
4. Bila kesemua 'badak' / bebola pulut timbul / terapung, biarkan mendidih lebih kurang 3 hingga 4 minit, barulah angkat dan toskan.
5. Sedia dihidangkan bersama-sama kuah (hoorey!)

Untuk gambaran lebih jelas bagaimana proses Badak Berendam dilakukan. Silalah lihat gambar di bawah.

Good luck!












p/s : Comel tak pinky hippo i? Hehehe...