Blogger templates

Showing posts with label Minum Petang. Show all posts
Showing posts with label Minum Petang. Show all posts

Apr 6, 2013

Resepi : Sambal

Sebenarnya i tak sure nak letakkan nama apa untuk resepi sambal yang i nak kongsikan dengan korang ni. Resepi Sambal Cili Padi Ikan Bilis kah? Sambal Cili Merah kah? Atau Sambal Cili Goreng kah? Haishhh... fikir punya fikir punya fikir, i letak jelah nama resepi sambal. Kalau dah bahan-bahannya ada cili hidup lepas tu, bila siap je bertukar jadi colour merah menyala mestilah berkaitan dengan sambalkan? Takkanlah air sirap kot. Hehehe... Tapi andai kata ada antara korang yang tahu nama real sambal ni ke. Apa kata korang pulak bagitahu dekat i. I ni cuma tahu masak je (ikut citarasa tekak sendiri), nama-nama resepi tak pernah langsung nak ambil kisah sangat. Janji hasilnya sedap. Kalau tak sedap takde maknanya i nak heboh dekat dalam internet ni hah. Hahaha!

Sambal ni, adalah favourite hubby dan anak i yang sulong. Nilah request dorang setiap kali bila i masak ubi rebus goreng untuk minum petang (nyam-nyam). Kalau korang nak ubah citarasa makan dengan makanan lain pun boleh jugak macam makan dengan nasi ke, cicah goreng pisang ke, cicah jemput-jemput ke. Perghhh... memang best tahap marvelous!

Jom kita tengok, apa benda yang kena ada sebelum terhasilnya sambal macam yang i masak dekat gambar bawah ni. Teringin nak lagik meletop sampai berasap telinga, korang tambah jelah kuantiti cili tu. Selamat mencuba semua!


Bahan-bahan :

5 batang cili merah (dibuang biji)
5 batang cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis (anggaran je, boleh tengok gambar dekat bawah untuk lebih jelas)
1/2 inci halia
2 sudu besar gula
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit (agak-agak dalam setengah sudu kecil je)
Sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan


Cara-cara :

1. Kisar / blend cili merah, cili padi, bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan halia bersama-sama tiga sudu besar air (air ni bertujuan untuk memudahkan proses melumatkan segala bahan-bahan, kang berketul-ketul pulak jadinya).

2. Kemudian, panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi. Gaulkan kesemuanya dan letakkan gula, garam dan serbuk kunyit.

3. Tutup api selepas sambal kelihatan likat dan masak. Yeay! Ready untuk dibaham.

Senang gilakan?!! Hah, apa lagik. Takde alasan untuk katakan memasak itu leceh (ewah! Malas ye korang?). Finger click gitu tau. Tak percaya? Cuba buat. Hehehe.







p/s : lapar pulak tengok masakan sendiri (telan air liur).

Feb 12, 2013

Resepi : Badak Berendam

Assalamualaikum kawan-kawan!

Dah lama kita tak main masak-masak kan? So, kali ni i nak kongsikan dengan korang step by step resepi badak berendam untuk korang cuba. Kalau i boleh buat, korang pun mesti boleh punya! (Ewah.... semangat badak berendam gitu. Hehehe). Badak berendam ni kalau korang nak tahu, adalah antara kuih favourite i untuk berbuka sepanjang bulan Ramadhan. Tapi peliknya kalau bulan-bulan lain, takdelah i hairan sangat nak makan kuih ni. Nak sebut nama 'badak' pun tak teringat. Memandangkan stok badak berendam ni selalu sangat jadi masalah untuk i dapatkan dekat mana-mana pasar / bazaar Ramadhan especially yang betul-betul kena dengan tekak i yang rakus ni. Jadi i ambil keputusan nak cuba buat sendiri dekat rumah (baru puas hati ku!) Apa taknya bila beli kuih badak berendam ni asyik terjadi konflik dalam diri je. Yelah, karang kalau beli banyak-banyak takut tak sedap pulak. Bila dah belinya sikit, tak puas pulak makan sebab cepat sangat habis gara-gara sedap (hadoi! Masalah betul! Hahaha).

Sekarang bila dah terror buat sendiri (eceh-ceh-ceh). Rasanya, i dah tak hairan sangat dah dengan mana-mana kuih badak berendam dekat pasar / bazaar Ramadhan tu. Lagi best, badak berendam yang i buat ber colour pink gitu (kau hado? Hehehe). Lepas tu bila anak-anak i tanyakan apa nama kuih yang i buat ni, automatik otak i berikan nama cute - pinky hippo. Keh-keh-keh... Kang bila sebut nama badak berendam, letih pulak nak bersoal-jawab dengan dorang. "What is badak, Mama?" "Badak should live in a zoo" "Why we can eat this badak, Mama?" Adehhh... nanti badak tah ke mana, mama yang kelaparan tak dapat makan badak gara-gara menjawab soalan genius dorang nanti. So far, bila i sebut nama pinky hippo, dorang kekaguman dengan muka excited. Siap tak sabar nak tunggu macam mana rupa pinky hippo ni bila masak. Hahaha! Yes, teknik nama baru menjadi nampaknya. Senang kerja mama. Kihkihkih.

Macam biasa, jemput-jemputlah masuk dapur i yang tak seberapa ni. Anyway resepi ni i refer dari Kak Besah (thanks Kak, memang terbaik lah!) Ada 3 langkah yang perlu korang ikuti. Jom!


LANGKAH 1

Bahan-bahan untuk Inti Kelapa :

Sebiji kelapa parut (ambil bahagian putih yang lembut je tau)
1 cawan gula merah
1 cawan air
3 sudu besar gula pasir (secukup manis)
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu kecil garam

Cara-cara untuk buat Inti Kelapa :

1. Gula merah dimasak bersama-sama dengan air. Bila mendidih. Tutup api dan ketepikan.
2. Sediakan kuali, masukkan kelapa parut, gula, daun pandan, garam dan gula merah yang telah dimasak tadi. Gaul sebati semua bahan-bahan, masak sehingga kering dan berkilat.
3. Sejukkan dan bulat-bulat inti kelapa dengan cara menggenggamnya dengan kuat dan padat (agak-agaklah saiz yang sepatutnya untuk badak berendam korang. Jangan buat sama besar dengan badak sebenar sudah. Hehehe...)


LANGKAH 2

Bahan-bahan Untuk Kuah :

2 1/2 cawan santan
2 sudu tepung beras
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

Cara-cara untuk buat Kuah :

1. Campurkan kesemua bahan, kacau atas api sehingga pekat, lebih kurang 10 minit dan ketepikan.


LANGKAH 3

Bahan-bahan (untuk 20 hingga 25 biji) :

2 cawan tepung pulut
Lebih kurang 1 1/2 cawan perahan air daun pandan (i gunakan 1 1/2 cawan air dicampur dengan 1 sudu kecil pandan flavour / perisa pandan jenama Nur)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna (suka hati nak pilih warna apa)
2 helai daun pandan disimpul
Inti kelapa secukupnya

Cara-cara :

1. Campurkan garam pada air pandan. Kemudian gunakan campuran itu untuk menguli tepung pulut sehingga menjadi doh yang senang dibentuk. Jangan lupa titikkan sedikit pewarna.
2. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan leperkannya. Letakkan inti di dalamnya, kelim rapat dan bentukkan kembali menjadi bulat. Buat sehingga habis. Letakkan atas plastik atau paper baking untuk mengelakkanya dari melekat.
3. Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan. Selepas itu, masukkan semua 'badak' / bebola pulut tadi kedalamnya.
4. Bila kesemua 'badak' / bebola pulut timbul / terapung, biarkan mendidih lebih kurang 3 hingga 4 minit, barulah angkat dan toskan.
5. Sedia dihidangkan bersama-sama kuah (hoorey!)

Untuk gambaran lebih jelas bagaimana proses Badak Berendam dilakukan. Silalah lihat gambar di bawah.

Good luck!












p/s : Comel tak pinky hippo i? Hehehe...

Dec 20, 2012

Resepi : Lasagna

Semalam i dah bercerita pasal Cheese a.k.a Keju (dekat entri yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/12/rsmy-house-of-real-beriani.html). Dan hari ni i nak bercerita sekali lagi pasal makanan yang ada kaitan dengan Cheese jugak. Amacam suka tak korang? I tahu kalau sebut je perkataan Cheese confirm semua tunjuk muka teruja dalam kelaparan. Walaupun Cheese tu sebenarnya adalah penyumbang kepada tumBESARan, semua pakat buat-buat macam tak perasan je ayat tumBESARan tu. Keh-keh-keh... Cuma yang bestnya kali ni, kisah Cheese yang akan i ceritakan akan disertakan sekali dengan step-by-step memasak. So, demi Cheese... moh la kita ke dapur berperang dengan kuali bagai. Kiranya lepas kita bakar lemak, kita ternak balik semula lemak tu siap bagi triple extra large lagi. Heee...

Kalau korang nak tahu Resepi Lasagna ni i selidik dari Kak Ana (thanks Kak Ana) tapi i gubah sikit-sikit supaya jadi lebih simple / ringkas. Lagipun pada i, bila kita cepat habis masak, cepatlah kita kerjakan hasil masakan kita tu atau dalam erti kata lain yang kurang sopan, cepatlah kita melantak makanan tu (oppss... hehehe). Dah-dah, tak nak bebel banyak-banyak jom belek resepi lasagna simple yang super duper sedap dekat bawah ni. Good luck korang. Majulah perut demi lasagna tercinta. Sekian.

Bahan-bahan (untuk 3 hingga 4 orang makan) :

Bahan untuk Dicelur :

7 keping instant lasagna (dari jenama San Remo)

Bahan untuk Menggoreng :

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tin cendawan butang
1 bungkus daging cincang 400 gram (i guna jenama Azmy)
2 biji tomato
Suku bahagian lobak merah diparut (kalau suka lebih, boleh lebihkan)
Beberapa helai daun sup
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar perencah pati ayam (i guna jenama Tumix)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

Bahan untuk Sos Putih :

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2½ cawan susu (i guna susu Dutch Lady Full Cream)
2 keping keju cheddar (i guna keju jenama Chesdale)
Sedikit garam

Bahan Tambahan Wajib untuk Menyedapkan Lasagna :

Sedikit Lada Hitam / Black Pepper yang ditumbuk kasar atau beli yang dah siap dalam botol
Sedikit Oregano (jenama McCormick)
1 bungkus Parutan Keju Mozzarela / Shredded Mozzarela (jenama Emborg)


Cara-cara :

1. Celurkan kepingan lasagna dengan air panas (yang baru lepas mendidih). Pastikan kesemua lasagna tenggelam di dalam air panas tersebut. Ini bagi memastikan lasagna lebih lembut sewaktu dibakar nanti. Ketepikan.

2. Cincang bawang merah, bawang putih, cendawan butang, tomato dan daun sup. Manakala lobak merah diparut halus.

3. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan cendawan butang, tomato dan daun sup yang dicincang tadi bersama dengan lobak merah dan daging cincang. Gaul kesemua bahan sehingga sebati.

4. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, perencah pati ayam dan garam secukup rasa. Gaul dan tutup api apabila masak (pastikan ianya tidak terlalu kering). Ketepikan.

5. Cara membuat sos putih. Sediakan periuk sederhana besar, buka api kecil dan panaskan mentega. Setelah cair, masukkan tepung dan gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan susu, gaul sekali lagi dan akhir sekali masukkan keju cheddar serta garam secukup rasa. Gaul dan tutup api apabila kesemua bahan kelihatan sedikit likat.

6. Keluarkan kesemua kepingan lasagna yang dicelur. I gunakan sudip rata untuk elakkan lasagna daripada terkoyak.

7. Sediakan bekas untuk membakar lasagna. I gunakan bekas kaca berukuran 6" x 9" x 2.5". Untuk pengetahuan korang, bahan-bahan yang disediakan di atas akan menghasilkan 3 layer / lapisan lasagna.

8. Lapisan pertama : Susun 2-3 keping lasagna di dalam bekas sehingga menutupi kesemua ruang. Ratakan bahan yang digoreng di atas permukaan lasagna. Kemudian tuangkan satu lapisan sos putih di atas permukaan daging. Taburkan lada hitam, oregano dan parutan keju.

9. Ulang sekali lagi langkah 8 bagi lapisan kedua, begitu juga untuk lapisan ketiga.

10. Panaskan / preheat ketuhar / oven dahulu pada suhu 180ºC. Kemudian, bakar lasagna dengan suhu 180ºC  selama 35 hingga 40 minit.

Peringatan :

Lasagna yang baru dikeluarkan kebiasaannya memang lembik dan susah untuk dipotong. Jadi kalau nak kekalkan shape / rupa paras lasagna supaya lebih kemas bila dipotong, korang biarkan dahulu lasagna supaya sejuk.

Tips atau Nota Tambahan :

I ingat lagi, pengalaman pertama memasak lasagna boleh dikatakan fail dan tak menjadi. Frustnya... i rasa waktu tu, apa taknya kepingan lasagna yang i buat bukannya jadi lembut tapi keras. Lepas tu bahan-bahan untuk daging cincang pun, punyalah masin dan masam. Haishhh... pelik juga, sedangkan i ikut sebiji-sebijan resepi yang ada pada kotak San Remo lasagna instant tu.

Akhirnya barulah i faham, untuk menghasilkan lasagna yang lembut, sos putih memainkan peranan penting dalam kehidupan lasagna (eh, kehidupan ke? Hehehe). Maksudnya lagi banyak sos putih, lagilah menjamin kelembutan lasagna (auwww...) Tapi macam mana pun i suka cara Kak Ana supaya celurkan terlebih dulu lasagna sebelum dibakar. I rasa ini adalah cara yang lebih selamat. Sebab lasagna ni quite degil jugak nak lembut walaupun pada kotak arahan ada dinyatakan yang kepingan lasagna tak perlu dibuat apa-apa sebelum dibakar (ahhh... i tak nak percaya lagi instruction dekat kotak tu...)

Lagi satu, kenapa bahan-bahan daging cincang yang i buat dulu jadi terlampau masin dan masam? Sebenarnya step untuk membuat bahan-bahan daging cincang sebelum ni, kebanyakan i olah semula dari cara i memasak sos untuk spaghetti bolognese (resepi yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2008/09/aku-ni-kalo-malas-sangat-nak-masak.html). Rupa-rupanya i silap, kemasaman tomato puree bila berlawan dengan cheese, jadikan lasagna yang i buat terlampau masam dan masin. Belajar dari kesilapan, i tak gunakan lagi puri tomato tapi i gantikan dengan original tomato (sebagaimana resepi yang korang tengok sekarang ni). So, usaha tangga kejayaan. I pun tak payah lagi nak order beef lasagna dekat Domino's Pizza sebab dah terror buat lasagna sendiri (ecehhh!)


Anyway kalau ada sesiapa yang kurang faham dengan cara-cara yang i tunjukkan dekat atas. Korang bolehlah belek gambar dekat bawah ye.












Lapisan ketiga / terakhir.
Woww!!! Nyam-nyam lasagna.
Bismillahirrahmanirrahim ... jemput makan semua.

p/s : Bulan ni je dah dua kali buat lasagna. Punah diet!

Nov 15, 2012

Resepi : Ubi Keledek Bakar

Simple je kan bunyi resepi yang i nak tunjuk dekat korang hari ni. Ikutkan, i memang suka resepi yang jenis ringkas begini. Senang masak, cepat boleh makan dan yang paling penting sedap. Yang bestnya resepi simple macam ni bukan setakat orang tua je yang suka makan, budak-budak pun suka jugak tau especially bila kita sediakan untuk waktu minum petang (dah nama pun resepi simple, takut pulak kalau buat untuk makan malam, silap-silap ada pulak yang perutnya bergendang mogok sebab tak cukup makan. Hehehe...)

Kalau korang nak tahu ada kisah yang terjadi dari munculnya resepi ini. Seumur hidup i, i tak pernah makan ubi keledek jepun (atau sesetengah orang panggil ubi keledek merah). Entah macam mana satu hari tu, officemate i bawa ubi keledek bakar ni ke pejabat. Mula-mula tengok, timbul perasaan pelik, "kenapalah dia ni makan ubi keledek macam ni aje. Tak ke rasa macam mentah," hati i terasa musykil. Maklumlah selalunya orang makan ubi keledek bersalut dengan tepung ke atau pun buat cucur badak ke. Tapi bila officemate i suakan ubi keledek bakar untuk i cuba. I dengan rasa serba-salah makanlah sedikit. Haishh... tak sampai hati nak hampakan permintaan orang. Tapi yang kelakarnya, dari satu suap terus bertambah jadi dua, tiga dan empat kali suap (adeh... serba-salah lah sangat kan tadi? Hahaha). Serius, i memang tak sangka dengan keadaan rupa ubi keledek bakar yang cukup sempoi ni. Rasanya memang sedap, manis dan lembut (wuhuhu... anak siapalah yang jakun ni? Tihihi...) Jadi semenjak dah tahu betapa sedapnya ubi keledek jepun, i terus memulakan ekspedisi mendapatkan ubi keledek jepun di pasaraya yang berdekatan (alaa... dekat Jusco pun ada jual kawan-kawan).

So, kalau korang teringin nak rasa kesedapan sebenar Ubi Keledek Bakar. Jom tengok macam mana cara nak buatnya. Kalau agak-agak tak faham, korang boleh tengok gambar yang i letakkan dekat bawah. Good luck!


Bahan-bahan :

3 atau 4 batang ubi keledek jepun / merah
(kalau tukang makannya ramai, korang lebihkanlah ye. Hehehe)

Cara-cara :

1. Potong penghujung ubi keledek yang kotor (peringatan : tak perlu buang kulit).
2. Cuci ubi keledek bersih-bersih.
3. Bungkus di dalam aluminium foil.
4. Bakar dengan suhu 220℃ selama 30 minit.
5. Yeay, siap untuk dimakan.


Senang gilakan? Hehehe...






p/s : Salam Maal Hijrah kawan-kawan.

May 26, 2012

Uncle Lim's Cafe

Selalunya bila tiba hujung minggu, lepas dah selesaikan semua kerja-kerja dekat rumah. I dan hubby akan bawa anak-anak kecik kita orang pergi jalan-jalan dekat shopping complex yang berhampiran (hampir tak hampir 30 minit jugaklah daripada rumah. Hehehe...) Budak-budak kan suka berjalan, mana boleh duduk diam je dekat rumah. Kalau nampak mama papanya ada dekat rumah dan tak pergi kerja, soalan wajib dorang ialah "bila kita nak pergi jalan-jalan mama?" Jadi selalunya i akan jawab, "if you're listen to mama papa, clean-up your toys yang bersepah and don't be naughty. Nanti mama papa bawa jalan-jalan." Ikutkan kalau i tak cakap macam ni pun, alhamdulilah dorang memang mendengar kata dan tak banyak karenah pun.

Cuma i suka selalu ingatkan dorang bertalu-talu. Nak tahu kenapa? Budak-budak yang berumur 1 hingga 6 tahun nilah yang paling mudah dilentur dan paling mudah lupa. Bila kita selalu ingatkan perkara-perkara yang baik dan beritahu dorang perbezaan baik dan buruk. Mereka akan jadikan perkara tu habit / amalan. Kadang-kadang tu bila i dekat dapur tengah memasak, i akan dengar yang tua sulung akan berkata dekat adik-adik dia yang lain, "Please don't make a mess, nanti mama marah. Put your toys back on their place." Sejuk hati rasa bila dengar. Yelah, selalunya yang sulunglah jadi contoh terbaik untuk adik-adikkan?

Jadi bila dah bawa berjalan-jalan (tak shopping pun), aktiviti utama mestilah ada makan-makan (wajib ni. Hehehe). Tempat yang jadi pilihan utama kita orang bila berada dekat Ikano Power Centre ialah Uncle Lim's Cafe. Soalan pertama yang bermain dalam kepala korang mesti, halal ke tempat ni? Ya, memang ada logo halal dekat kedai makan ni. Kalau tak percaya, korang boleh pergi ke website / laman web Uncle Lim Cafe dekat sini ---> http://www.unclelimscafe.com/. I nak ambil gambar logo tanda halal tu serba-salah sebab baru terpandang ada logo no camera dekat situ (adehh...)  Kalau tak puas hati lagik, korang aju je soalan korang dekat website Pakcik Lim ni.

Hampir semua menu dekat sini, i dah cuba. Best dan sedap! (Nak tengok menu-menunya yang mengancam perut korang, cuba picit dekat sini ---> http://www.unclelimscafe.com/menu.htm). Servis perkhidmatan pun laju. Baru sembang 5 minit, makanan dah muncul depan mata. Kawasan tempat makannya pun luas cuma bila waktu hujung minggu memanjang penuhnya. Tapi jangan risau setakat ni i berjaya je makan dekat sini. Korang buat-buatlah berdiri dekat sebelah meja orang yang dah habis makan tapi tak reti nak bangun tu. Insya-Allah mesti dorang rasa serba-salah dan beredar (hahaha... kejamnya aku).

Alamat Uncle's Lim Cafe ialah :-

LG 15 (P1), IKANO Power Centre
No. 2, Jalan PJU 7/2
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon : [03] 7725 4381
Nombor Faks : [03] 7725 5425

Waktu operasi :-
9:30 pagi hingga 10:00 malam (dari hari Isnin hingga Jumaat)
9:30 pagi hingga 10:30 malam (hari Sabtu dan Ahad)

Lain-lain cawangan Uncle's Lim Cafe ialah di Subang Parade dan SStwo Mall
Alamat boleh rujuk dekat sini ---> http://www.unclelimscafe.com/index.htm


Jom tengok gambar i sekeluarga yang makan-makan di Uncle Lim's Cafe.

Senarai menu makanan dan harga yang ada dekat sini.
Senarai harga minuman dekat Uncle Lim's Cafe.

Ni nama dia Uncle Lim's Laksa. Kuah dia best sangat! Harga RM8.90.

Nama air ni Cham. Campuran teh dengan kopi. Harga RM3.50.

Otak-otak demok yang sedap! Harga RM3.40.


Hubby i makan Nasi Lemak Ayam Goreng. Harga RM9.90.

Danish, menu sama macam papa.

Damien tak kisah langsung, sibuk dengan games (huhuhu...)

p/s : Mana Ariana? Ariana tidur (duh... sedangkan dia yang beriya-iya ajak jalan-jalan tadi). Anyway, apa aktiviti korang hari ni?

May 21, 2012

Resepi : Kek Cotton Cheese / Cotton Cheesecake

Lambat pulak i pos entry baru untuk hari ni, selalunya pagi-pagi sebelum subuh mesti dah masuk entry baru kan? Kalau korang nak tahu, ada cerita disebalik kenapa i lewat nak pos entry ni, takpe nanti i cerita ok. Sebelum tu, nak cerita dulu pasal projek kek yang i buat untuk hubby dan anak-anak i minggu lepas. Projek kek yang paling ringkas / simple untuk orang-orang yang sentiasa sibuk dengan macam-macam aktiviti (senang cakap macam i dan korang di sana yang sewaktu dengan i. Hehehe...) Ikutkan ni kali kedua i buat kek cotton cheese / cotton cheesecake ni. Dan i memang cadangkan sangat untuk korang cuba buat sebab hasilnya memang super sedap! Kalau korang teringin nak buat untuk keluarga ke, mak mertua ke, kawan-kawan pejabat ke atau sekadar nak show-off dengan boyfriend korang betapa korang memang terror / pandai buat kek (selain daripada pandai makan kek je... Hihihi...) Inilah resepi yang sepatutnya korang salin dan simpan elok-elok dalam diari. Dengan jaminan 100% daripada i, korang akan dapat pujian yang membanggakan (eceh-ceh... Hehehe...) Tak percaya?? Hah... siapa yang tak percaya tu, korang memang rugi besar tau (bunyi macam nak bagi hadiah RM sejuta je kan?)

Tanpa berlengah lagik, i nak kongsikan resepi Kak Alma dalam dapur comel i untuk kawan-kawan kesayangan semua (terima kasih sangat Kak Alma untuk resepi yang best ni!) Lepas ni korang tak payah susah-payah pergi kedai kek semata-mata nak dapatkan cheesecake. Korang pun boleh buat sendiri (hoorey!)

Bahan-bahan (untuk saiz kek 8 inci)

BAHAN A :
250 gram cream cheese (i guna jenama krim keju Philadelphia)
50 gram mentega
100 ml susu segar (macam biasa i guna jenama Dutch Lady Full Cream)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 sudu kecil garam
60 gram tepung kek / tepung superfine
20 gram tepung jagung (cornflour / cornstarch)

BAHAN B :
140 gram gula (gula biasa je)
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon (i letak 3 sudu kecil)

Cara-cara :

Untuk adunan A : Cairkan cream cheese, mentega dan susu dengan teknik double boiler (sama macam cara i cairkan coklat dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/05/chocolate-fondue-coklat-fondue.html). Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian ambil satu bekas lain dan isikan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon. Campurkan ke semua bahan ini dengan aduan cream cheese yang telah sejuk dan gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sahaja atau whisk).

Untuk adunan B : Dalam bekas lain pula, pukulkan putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih-buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai ianya bertanduk (soft peak).

Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang telah gebu dan kacau dengan senduk / whisk sampai sebati. Sediakan tin / bekas kek yang bulat berukuran 8 inci. Griskan keliling tin / bekas kek dengan sedikit mentega.  Salutkan juga dengan kertas baking / baking paper pada bahagian tepi tin / bekas kek (i tak salut pun dengan kertas baking). Tuang kesemua adunan kek dalam tin / bekas kek.

Bakar kek kira-kira sejam, dengan cara au bain-marie (waterbath), pada suhu 160ºC (atau 325ºF). Pada sesiapa yang kurang pasti waterbath tu macam mana, buatnye ringkas sahaja. Lepas letakkan adunan dalam tin / bekas kek, balut bahagian bawah tin / bekas kek hingga separuh tinggi tin / bekas kek dengan aluminium foil. Ini sebagai double protection agar air tak masuk ke dalam tin / bekas kek terutama sekali yang guna springfoam pan. Tak nak balut pun boleh jugak cuma cara ini sebagai langkah berjaga-jaga. (Kalau korang tanya cara i pulak, i tak balut pun).

Letakkan tin / bekas kek di atas dulang pembakar, tuangkan air pada dulang pembakar, seelok-eloknya ½ tinggi tin / bekas kek tu, lepas tu masukkan ke dalam oven untuk dibakar. Tunggu dengan sabar selama sejam dan sedia untuk dihidangkan kepada mereka yang tersayang.

Agak-agak kalau tak berapa faham dengan cara-cara yang dinyatakan dekat atas, korang bolehlah tengok gambar yang i sertakan dekat bawah. Selamat berjaya kawan-kawan.


Nilah teknik double boiler.

Asingkan putih telur dan kuning telur.

Adunan B yang dipukul sampai 'bertanduk' hehehe...

Rupa adunan yang dah ready nak masuk dalam tin / bekas kek.

I beli bekas kek love ni dekat Daiso. Comel kan?

Teknik yang ni pulak dipanggil waterbath.

Yeay!! Dah siap dah.

Jangan rebut-rebut, i bagi sorang sikit ok.

Yang ni i bakar guna bekas kek springfoam pan. Hah... kan cukup untuk korang semua.

p/s : Sebab i macam tak sempat nak blogwalking rumah korang hari ni. Jadi i hadiahkan sorang sikit kek cotton cheese ni. Jemput makan, jangan malu-malu ye. Hihi...