I tak pernah lagik bercerita dekat korang pasal mesin sulam Janome Memory Craft 300E ni kan? Ikutkan mesin sulam ni dah lama i beli, sejak tahun 2009 lagik. Kira-kira dua bulan selepas i beli mesin jahit Janome Harmony 2049 (nak baca kisah mesin jahit Janome Harmony 2049, korang boleh klik dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2009/07/nihla-dia-toys-baru-aku-ahaks-oldies.html) Harga mesin sulam Janome ni ialah RM5,999.00 (phewww... mahalkan?) Tapi sebab fungsi yang ada pada mesin sulam Janome ni memang terbaik dan hasil sulaman yang super cantik, i taklah rasa terkilan sangat nak berbelanja lebih. Beli barang biar puas hati. Betul tak?
Sebelum i ambil keputusan nak beli mesin sulam Janome Memory Craft 300E, i dah survey mesin sulam dari jenama lain tapi tak tahulah hati macam dah jatuh cinta dengan jenama Janome jugak. Ni pun gara-gara i terpandang seorang kakak yang belajar dekat kelas Epal (Epal ni Pusat Latihan dan Kraftangan yang merupakan ejen tunggal menjual mesin jahit jenama Janome. Keterangan lanjut ada dekat sini ---> http://www.epal.com.my/index.php) tengah gunakan mesin sulam Janome Memory Craft 300E untuk buat sulam pada baju kurung yang akan dijahitnya.
Waktu kejadian terpandang kakak tu, i datang ke Pusat Latihan dan Kraftangan Epal yang terletak di Kompleks Kotaraya, Kuala Lumpur semata-mata nak ambil mesin jahit Harmony 2045 (nak tahu alamat / cawangan Pusat Latihan dan Kraftangan Epal di seluruh Malaysia, korang picit link ni ok ---> http://www.epal.com.my/index.php?option=displaypage&Itemid=41&op=page). Selepas dapatkan beberapa info daripada Kak Zura mengenai Janome Memory Craft 300E, i beranikan diri nyatakan hasrat hati dekat hubby. Yelah, sebelum buat keputusan kenalah berbincang dulu dengan hubby. Mana tahu, mungkin hubby ada idea yang lebih menarik. Alhamdulilah, hubby langsung tak membantah tapi menggalakkan i untuk teruskan dengan minat i (macih hubby *terharu* sebab selalu sokong apa sahaja yang i buat. Maklumlah minat i ni ada macam-macam. Hehehe).
Waktu kejadian terpandang kakak tu, i datang ke Pusat Latihan dan Kraftangan Epal yang terletak di Kompleks Kotaraya, Kuala Lumpur semata-mata nak ambil mesin jahit Harmony 2045 (nak tahu alamat / cawangan Pusat Latihan dan Kraftangan Epal di seluruh Malaysia, korang picit link ni ok ---> http://www.epal.com.my/index.php?option=displaypage&Itemid=41&op=page). Selepas dapatkan beberapa info daripada Kak Zura mengenai Janome Memory Craft 300E, i beranikan diri nyatakan hasrat hati dekat hubby. Yelah, sebelum buat keputusan kenalah berbincang dulu dengan hubby. Mana tahu, mungkin hubby ada idea yang lebih menarik. Alhamdulilah, hubby langsung tak membantah tapi menggalakkan i untuk teruskan dengan minat i (macih hubby *terharu* sebab selalu sokong apa sahaja yang i buat. Maklumlah minat i ni ada macam-macam. Hehehe).
Sebagai seorang amatur dalam dunia jahitan, i yakin sangat dengan produk Janome sebab tak sangka walaupun hanya belajar melalui buku panduan yang disediakan i boleh menjahit macam dah lama pegang mesin jahit. Orang yang pertama kagum dengan hasil jahitan i mestilah hubby i (hahaha... ikutkan i pun kagum sama jugak. Serius macam tak caya). Tujuan i beli mesin jahit ni selain daripada kepuasan diri sendiri nak menjahit pelbagai barangan, i ingat suatu hari nanti i nak berkecimpung dengan dunia yang melibatkan jahit-menjahit ni (insya-Allah, doakan i ye kawan-kawan). Cuma nak laksanakan impian i ni untuk masa terdekat rasanya memanglah tak boleh. Komitmen kerja di pejabat dan rumah dengan, hubby serta anak-anak yang perlukan perhatian i, i rasa macam tak mampu. Jadi bila i betul-betul bersedia, koranglah antara orang-orang terawal yang akan i bagitahu (yeay!)
Ciri-ciri / Fungsi pada Mesin Sulaman Bergaya Profesional Memory Craft 300E
1. Pengendalian mesin yang mudah dengan kawalan skrin sentuh.
2. Mengemaskan benang atas dan bawah dengan pemotong benang secara automatik.
3. Pemasang benang automatik.
4. Terdapat pemotong benang secara manual pada gelendung (tempat isi benang bobbin).
5. Perubahan saiz paten yang boleh dibesar dan dikecilkan dalam lingkungan 90% - 110%.
6. Perubahan pada paten yang boleh diputar 45 darjah - 90 darjah.
7. Keupayaan menggabungkan beberapa corak pada mesin menjadi satu paten yang baru.
8. Keupayaan menduplikasi corak.
9. Memori mesin yang menyimpan 100 paten pelbagai sulaman objek dan bunga-bungaan.
10. Terdapat 3 jenis corak tulisan yang menarik.
11. Keupayaan mesin yang mampu menyimpan memori ke dalam kad ATA.
12. Ruangan maksimum sulaman ialah 5.5'' x 7.9'' menggunakan Giga Hoop.
13. Kelajuan 650 mata jahitan per minit.
14. Kecanggihan mesin yang berfungsi tanpa memerlukan pengawasan.
15. Sensor akan berbunyi sekiranya benang terputus atau perlu menukarkan benang.
16. Kemahiran menjahit tidak diperlukan kerana anda hanya perlu mahir mengendalikan mesin sahaja.
Keistimewaan Memory Craft 300E mampu menghasilkan :-
1. Sulaman
2. Kerawang
3. Lace / Renda
4. Corak 3 Dimensi
5. Cross Stich
6. Jahitan Abjad / Perkataan
7. Seni Tampal
8. Brush-Out
9. Logo
Macam mana? Ada yang dah rasa tertarik menarik dengan mesin sulam Janome Memory Craft 300E ni. Hehehe... jemput-jemputlah tengok gambar mesin jahit Janome kesayangan i ni.
![]() |
| Mesin sulam Janome Memory Craft 300E dari bahagian depan. |
![]() |
| Mesin sulam Janome Memory Craft 300E dari bahagian tepi. |
![]() |
| Slot-in ATA card untuk memasukkan rekabentuk sulam pada Memory Craft 300E. |
![]() |
| Antara sebahagian daripada design sulam yang i beli dekat internet. |
![]() |
| Ada 3 pilihan hoop untuk Memory Craft 300E yang boleh dibeli di pusat Epal. Kalau beli Mesin Sulam Memory Craft 300E ni korang akan dapat percuma satu hoop yang dekat bahagian kiri. |
![]() |
| Benang sulam. |
![]() |
| Buku panduan Memory Craft 300E. |
![]() |
| Sebahagian daripada koleksi rekabentuk sulam yang ada pada Memory Craft 300E. |
![]() |
| Template sebagai rujukan pada hoop. |
![]() |
| Dua buah mesin jahit Janome kesayanganku. Mesin Jahit Harmony 2049 dan Mesin Sulam Memory Craft 300E. |
![]() |
| Apron bersulamkan nama teacher Danish. |
![]() |
| Ini hadiah sempena Hari Guru 2011. |
p/s : Nak tahu kenapa i minat bidang kraf? Kraf je satu-satunya cara i berkreatif tanpa rasa bersalah. Macam-macam idea i boleh ciptakan. Maklumlah kerja i dekat pejabat takde langsung peluang nak berkreatif. Balik-balik tengok Excel, tengok Word. Duhh... Hehehe...













