Blogger templates

Showing posts with label Nikon D7000. Show all posts
Showing posts with label Nikon D7000. Show all posts

Apr 10, 2013

Everyday is a Blessing / Setiap Hari Adalah Rahmat #4







I suka ambil gambar candid yang melibatkan expression wajah dan gaya santai anak-anak i (of course lah termasuk gambar hubby i sekali). Tapi kata hubby, kalau gambar candid muka i sendiri mesti nampak 'garang'. Kahkahkah! Ye ke Yang? Kejamnya statement. Macam tak percaya pun ada jugak ni. Actually, i tak pernah tahu pun muka sendiri nampak garang kalau dalam keadaan normal dan tak senyum *tahan gelak*. Lagipun takkanlah setiap masa nak senyum kan, nanti orang ingat dah kenapa?! Don't worry, muka je garang (tu pun kalau tak senyum), tapi kalau senyum dan start bercerita korang pun tak sanggup nak hadap gelak i.

Bila tengok hasil gambar-gambar dekat atas ni semua buat i terkenang balik short holiday kami di Cameron Highland pada 6 April 2013, Sabtu lepas (huwaaa... nak holiday lagik!) Waktu ni, kami semua tengah tunggu lunch order di Restoran Erra, Tanah Rata (tapi frust sebab owner dia bukan Erra Fazira. Eh, hehehe). So far, i tak jumpa lagi tempat makan yang best dekat Cameron Highlands untuk suggest kan dekat korang semua. Makanan dekat sini pun kategori biasa-biasa je. Tapi kalau korang nak cuba, apa salahnya kan? I cuma recommend Mee Hoon Goreng untuk korang test-try-ngap. Lain-lain tu, bolehlah... Janji kenyang. Hehehe....


p/s : Senyum-senyum-senyum (cak!)

Dec 29, 2012

Fotografi Bunga / Flower Photography #1

















Korang agak-agak dekat mana lokasi sebenar gambar bunga yang i dan hubby tangkap ni? Mesti dekat Taman Bunga ni... (ewahhh... menjawab dengan high confident level tu). Tapi silap rupa-rupanya jawapan yang diberikan kawan-kawan (malunya! Tihihi) Kalau korang nak tahu bunga-bunga ni semua berada dekat keliling rumah keluarga mertua i di Kedah. Hah, macam tak percaya kan? Anyway, seronok tau bila rumah penuh dengan macam-macam jenis bunga ni, terasa segar, tenang dan berwarna-warni gitu, feeling dating hari-hari (ehemmm! Hehehe...)

Senarai nama-nama bunga mengikut urutan gambar dari atas ke bawah :-
(thanks to hubby sebab dia memang terror dengan nama-nama pokok / bunga. Kalau korang tanya i, sure hancur...)

1. Light Pink Roses
2. Ixora Sunkist
3. Jasmine Flower
4. Old Leaves (atau dalam bahasa melayunya, daun-daun tua. Hehehe)
5. Oncidium Cebolleta
6. Portulaca Grandiflora
7. Zephyranthes Candida
8. Purple Flowers (sorry, yang ni hubby tak tahu apa nama saintifiknya. Dia dah pening fikir.)
9. Red Anthurium
10. Heliconia
11. Red Bougainvillea
12. Serangga tak bernama (dah macam nama lagu pulak. Hahaha)
13. White Bougainvillea
14. White Flowers (sama kes macam bunga no. 8)
15. Wildflowers
16. Arachis Pintoi

Kesemua gambar dekat atas ditangkap dengan menggunakan kamera Nikon D5100 dan Nikon D7000.


p/s : jom jadi minah / mamat bunga pulak. Hehehe...

Sep 17, 2012

Suasana Hari Raya Johor 2012

I nak kongsikan beberapa keping gambar (belakang tabir) keluarga kecil kesayangan i sepanjang menyambut hari raya tahun 2012 (kalau nak tengok gambar family i saja boleh picit entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2012/09/selamat-hari-raya-2012.html). Rasanya tak banyak beza pun kan dengan orang lain? Ringkas, sederhana dan yang paling penting ikatan silaturrahim yang terjalin dapat dieratkan (ewahhh! Hehehe).

Untuk pertama kalinya ada penambahan ahli keluarga baru yang sambut raya bersama-sama keluarga i tahun ni iaitu isteri adik i a.k.a adik ipar i yang baru. I harap tahun depan suasana hari raya keluarga kami bertambah-tambah meriah, mana tahu munculnya baby / anak saudara baru pulak. Weee...

I GUNA KAMERA DAN LENSA APA?
Untuk pengetahuan korang, semua memori ini ditangkap / capture dengan Nikon D5100 (melalui lensa AFS NIKKOR 50mm f1.4G) dan Nikon D7000 (melalui lensa AF-S DX VR Zoom-NIKKOR 18-200mm f/3.5-5.6GII ED). I dan hubby gunakan mode dial AUTO, Potrait dan Program (program tu yang mana satu? Ala... yang ada huruf P tu).

Nak tahu lebih lanjut mengenai fungsi kamera mode dial, korang boleh baca dekat entry i yang ini ok ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/kegunaan-mode-dial-mode-dial-function.html

Nak tengok sambutan hari raya di rumah keluarga mertua i pulak, bolehlah pergi sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/09/suasana-hari-raya-kedah-2012.html


p/s : "Picture explain thousand words" atau dalam bahasa melayunya "Gambar menerangkan beribu perkataan" (gitulah. Hehehe...)

Jul 8, 2012

Nikon D7000

Semenjak i ada kamera DSLR Nikon D5100 ni (nak baca kisah i beli Nikon D5100 bolehlah klik sini ya ---> http://www.reenaonline.com/2011/10/nikon-d5100.html). I dan hubby banyak belajar sama-sama untuk memahirkan cara / teknik ambil gambar dan mengetahui aksesori yang bersesuaian yang perlu ada bagi menghasilkan gambar yang super cantik. Kalau dulu bila guna kamera compact biasa (dulu i pakai panasonic Lumix), tak pernah pun i ambil tahu pasal lensa, pasal aperture, pasal speed light dan lain-lain lagi. Apa yang i tahu, point and shoot (hala dan tembak) je. Cantik ke tak, belakang kira. Janji ada gambar untuk kenang-kenangan.

Tapi sekarang ni dah tak buat perangai macam tu lagik dah. Seboleh-boleh mungkin nak ambil gambar super cantik yang ala-ala profesional gitu (ala-ala je tau. I tak rasa pun diri i dah sampai lagik tahap profesional). Cuma ada masa-masa tertentu i ketinggalan untuk ambil mana-mana gambar penting disebabkan sibuk nak kawal anak-anak i atau pun bateri kamera dah habis (alaa... part ni memang i frust kalau jadi). Lagipun dengan hanya satu kamera Nikon D5100, i dan hubby terpaksa bergilir-gilir ambil gambar kesukaan kami. Maklumlah, setiap dari kita kan, ada point of view (pandangan) masing-masing bila ambil gambar. Mungkin i nampak biasa je kawasan yang nak ambil gambar tu, tapi hubby pulak nampak luar biasa, begitu jugak sebaliknya.

Jadi, disebabkan terasa macam sukarnya mengharapkan pada satu kamera DSLR je bila nak ambil gambar. Bersempena dengan harijadi hubby i yang ke-39 tahun ni, i hadiahkan satu kamera DSLR untuk hubby (alahai, mama suka sangat tengok muka papa yang super excited bila dapat tahu mama nak hadiahkan kamera DSLR). Apa jenis atau pilihan kamera yang hubby nak, i serahkan pada hubby (birthday boy lah kena buat pilihan, mama tukang bayar aje). Akhirnya hubby pilih Nikon D7000 (yeay, i dah ada geng Nikon. Hehehe...) Ikutkan kamera hubby lagik canggih dari i (kamera Nikon D7000 ni hampir kepada fungsi kamera Nikon D90. Perghhh...). Dan lagik besar daripada D90, D300s dan D5100 (milik i). Kemain kan? Tapi takpe, boring-boring guna Nikon D5100 i boleh pinjam guna Nikon D7000 pulak (keh-keh-keh). Lagipun apa yang best, kedua-dua kamera ni boleh berkongsi lensa sebab dalam format yang sama (DX Format). Hah, kan jimat tu, tak payahlah kita orang beli lensa banyak-banyak.

Bila dah ada kamera masing-masing, nampaknya kamera dah jadi salah satu aksesori yang melekap dekat badan i selain daripada handbag. Haishh... nampaknya kena cepat-cepat cari beg kamera yang comel-comel lepas ni (hehehe...)

Nak baca perbandingan antara Nikon D7000 dengan Nikon D90. Korang boleh tengok dekat sini ---> http://www.dpreview.com/reviews/nikond7000

Manakala kalau nak baca ulasan / review berkaitan Nikon D7000 pulak, klik sini ---> http://www.trustedreviews.com/Nikon-D7000_Digital-Camera_review

Nak tahu harga Nikon D7000, pergi sini ---> http://www.nikon.com.my

Nak tengok brochure Nikon D7000, dekat sini ---> http://www.nikon-asia.com/Brochures/D7000_16p.pdf


Ciri-ciri penting Nikon D7000
  • 16.2MP CMOS sensor
  • 1080p HD video recording with mic jack for external microphone
  • ISO 100-6400 (plus H1 and H2 equivalent to ISO 12,800/25,600)
  • 39-point AF system with 3D tracking
  • New 2016 pixel metering sensor
  • Scene Recognition System (see 2016 pixel sensor, above) aids WB/metering + focus accuracy
  • Twin SD card slots
  • 3.0 inch 921k dot LCD screen
  • New Live View/movie shooting switch
  • Full-time AF in Live View/movie modes
  • Up to 6fps continuous shooting
  • Lockable drive mode dial
  • Built-in intervalometer
  • Electronic virtual horizon
  • Shutter tested to 150K actuations

Ok, jom tengok gambar nak?

Banyaknya handbag ku. Hehehe... 
Hubby tengah setting kamera.
Hari pertama kedatangan Nikon D7000 ke rumah kami.

Bahagian hadapan Nikon D7000.

Bahagian belakang Nikon D7000. Skrinnya tak boleh tutup / terbalikkan macam Nikon D5100 tapi banyak fungsi butang.
Bahagian ni i jelous sebab Nikon D7000 ada skrin kecil dekat atas kamera, Nikon D5100 takde.
Perbezaan saiz kamera dan kedudukan fungsi butang antara kamera Nikon D5100 (kiri) dan Nikon D7000 (kanan)


p/s : Walaupun Nikon D7000 hubby nya best, i tetap suka Nikon D5100 milik i. Sebab apa? Sebab i suka saiz Nikon D5100 yang simple dan kecil tapi hebat untuk ambil gambar.