Blogger templates

Showing posts with label Selamat Hari Raya 2012. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Raya 2012. Show all posts

Sep 17, 2012

Suasana Hari Raya Kedah 2012

Suasana Hari Raya di Kedah (kampung hubby i) lebih terasa kekecohannya berbanding dengan Suasana Hari Raya di Johor (nak tengok gambar raya i di Johor boleh picit sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/09/suasana-hari-raya-johor-2012.html). Hahaha... sajakan mention perkataan kecoh tu, sebenarnya kekecohan tulah yang buat i seronok. Maklumlah, hubby i datang dari keluarga yang agak besar dan meriah dengan anak-anak saudara. Jadi ada saja aktiviti yang tak pernah sunyi, dalam rumah keluarga mertua kesayangan i.

Untuk hari raya tahun 2012 ini, aktiviti kami ialah berbarbecue / BBQ dan dalam pada masa yang sama kita orang buat sambutan harijadi untuk Mak (rasanya sesiapa yang follow / mengikuti instagram i mesti dah tahukan, aktiviti kami waktu tu?). Anyway comel je tengok Mak tiup lilin birthday sambil dikelilingi cucu-cucu lain. Hehehe...

"Semoga Mak diberi kesihatan yang baik dan happy selalu. Kami semua sayang Mak!"






p/s : Macam mana i sayangkan keluarga i sendiri, begitulah juga dengan keluarga mertua i. I rasa bertuah dikelilingi orang-orang yang i sayangi (alhamdulilah).

Suasana Hari Raya Johor 2012

I nak kongsikan beberapa keping gambar (belakang tabir) keluarga kecil kesayangan i sepanjang menyambut hari raya tahun 2012 (kalau nak tengok gambar family i saja boleh picit entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2012/09/selamat-hari-raya-2012.html). Rasanya tak banyak beza pun kan dengan orang lain? Ringkas, sederhana dan yang paling penting ikatan silaturrahim yang terjalin dapat dieratkan (ewahhh! Hehehe).

Untuk pertama kalinya ada penambahan ahli keluarga baru yang sambut raya bersama-sama keluarga i tahun ni iaitu isteri adik i a.k.a adik ipar i yang baru. I harap tahun depan suasana hari raya keluarga kami bertambah-tambah meriah, mana tahu munculnya baby / anak saudara baru pulak. Weee...

I GUNA KAMERA DAN LENSA APA?
Untuk pengetahuan korang, semua memori ini ditangkap / capture dengan Nikon D5100 (melalui lensa AFS NIKKOR 50mm f1.4G) dan Nikon D7000 (melalui lensa AF-S DX VR Zoom-NIKKOR 18-200mm f/3.5-5.6GII ED). I dan hubby gunakan mode dial AUTO, Potrait dan Program (program tu yang mana satu? Ala... yang ada huruf P tu).

Nak tahu lebih lanjut mengenai fungsi kamera mode dial, korang boleh baca dekat entry i yang ini ok ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/kegunaan-mode-dial-mode-dial-function.html

Nak tengok sambutan hari raya di rumah keluarga mertua i pulak, bolehlah pergi sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/09/suasana-hari-raya-kedah-2012.html


p/s : "Picture explain thousand words" atau dalam bahasa melayunya "Gambar menerangkan beribu perkataan" (gitulah. Hehehe...)

Sep 14, 2012

Main Bunga Api

Dulu-dulu bila ada pengumuman hari raya dekat televisyen, itulah saat-saat debaran yang paling ditunggu semua orang kan? I ingat lagi kemeriahan waktu dekat kampung 20 tahun lepas, sampaikan selalu berebut-rebut duduk dekat depan televisyen comel milik arwah Tok Bak dengan cousin dan pakcik-makcik yang lain. Bila pengumuman tengah get ready lepas tu ada je yang mula keluarkan suara-suara suspen. I, cousin dan pakcik (yang umur hampir sebaya dengan i) ramai-ramai pakat buat bunyi "syyhhh" kononnya nak kusyuk dengar apa yang akan disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Tapi sebenarnya lebih kepada nak buat kecoh je. Hahaha... dengki lah katakan. Masa tu, excited betul nak tahu, anak bulan dah keluar ke belum? Rasanya siapa yang lahir awal 80-an dulu mesti tahukan jokes pasal anak bulan ni. Dan i yang naif giler waktu tu, selalu terfikir macam manalah agaknya rupa baby bulan yang selalu dorang teropong tu kan? Mesti cute. Hahaha!

Bila pengumuman sahkan lusa hari raya, i dan geng-geng cousin yang lain mulalah buat muka tension mogok lapar apataknya kena tambah sehari lagi puasa (aiseyman!). Macam mana pun kalau pengumuman keluarkan kenyataan esok hari raya pulak. Kita orang punyalah meloncat happy bagai nak rak TAPI jeng-jeng-jeng hahaha... siaplah lepas tu rumah arwah Tok Bak bukan setakat bingit dengan bunyi periuk belanga, suara arahan ibu i yang berdendang pun join sama. Ishhh... kacau daun betul! Baru nak happy-happy lawan dengan kampung sebelah siapa meriam buluh dan mercun roket paling kuat berdentum, dah kena panggil untuk kerahan tenaga kerja dapur (duhhh!) Waktu ni memang rasa tension betul jadi perempuan, tambah sakit hati bila tengok cousin dan pakcik berenjoy sakan dengan mercun masing-masing. Hahaha... tapi tu dulu, dulu i spesis tak takut langsung dengan meriam buluh dan mercun ni (spesis tomboy sikit kot. Hehehe). Suruhlah cucuh mana-mana mercun pun. Siap boleh pegang mercun tu pakai tangan then baling dengan selambanya. Bila dah masuk usia fasa remaja dan televisyen mula tunjukkan macam-macam cerita budak yang kudung jari dan buta mata gara-gara main mercun. I terus taubat tak nak sentuh langsung. Takut! Tak pasal-pasal sampai sekarang ni, i jadi takut dengar bunyi mercun. Nak dekat apatah lagik (kecoh betul minah ni kan? Hahaha).

Memandangkan i sendiri pernah merasai keseronokan bermain bunga api dan mercun. Jadi raya tahun ni, i beri peluang buat pertama kalinya untuk anak-anak i merasai macam mana happy nya bermain bunga api. Tapi setakat bunga api jelah. Nak cucuh mercun? No way! Hahaha! Tu pun even bunga api je tu, i rasa macam nak semput memantau dorang ni. Bayangkanlah boleh pulak tengah-tengah main bunga api, tiba-tiba bunga api tu stop sekejap. Anak i yang curiosity melampau ni, mulalah nak belek kenapa bunga api ni tak menyala. Kalau i tak perasan, mahu lain jadinya. Faham-faham jelah bunga api yang keluar macam-macam warna ni kan apinya memang suka sangkut-sangkut (macam dah masuk angin). Kena explain berkali, kali dan kali lagik. Bila bunga api dah tak menyala masukkan terus dalam baldi yang ada air, tak payah nak buat eksperimen pelik-pelik, cucuh dekat daun ke, dalam tanah ke (walaupun sebenarnya mama dia dulu lagik hebat buat macam-macam eksperimen. Hahaha. Kepala eksperimen ialah pakcik saudara koranglah a.k.a cousin mama. Nak jugak salahkan orang lain tu. Keh-keh-keh). Jangan datang dekat-dekat dengan pakcik (adik i) yang tengah sibuk main mercun. Duduk main bunga api dekat dalam area rumah je dan jangan halakan bunga api dekat dengan orang. Fuhhh... agak-agak korang boleh rasai tak kesemputan i waktu tu. Hahaha! Anak-anak mama, korang redha ajelah ye. Bukan apa, mama SAYANG anak-anak mama semua.

Ok, kita tengok gambar anak-anak i nak? Jom!


Atok layan cucu-cucu comel yang first time nak main bunga api dan mercun pop-pop. Mercun pop-pop? Hah.... yang ni approved by mama. Hehehe...






Damien good boy, tengok orang main bunga api dan mercun dari dalam rumah. Phewww... senang sikit mama nak control. Hehehe...

p/s : Kadang-kadang kebebasan tu penting jugak untuk beri dorang pendedahan belajar dari pengalaman. Tapi kenalah berpada-pada. Tak gitu?

Sep 13, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Orang lain awal-awal lagi dah sibuk bagi ucapan hari raya dekat blog masing-masing. I pulak baru terhegeh-hegeh nak bagi ucapan 'Selamat Hari Raya' kan? (alamak... teruknya dah nak habis bulan Syawal pulak tu. Hehehe). Sepanjang 2012, nilah buat pertama kalinya i pecah rekod bila dah dekat sebulan berehat panjang dari berblogging (gaya sebut perkataan berehat panjang dah macam retis lah kononnya - eceh! Korang layankan ajelah. Kui-kui-kui).

Ikutkan takdelah busy mana pun. Biasalah rutin harian dengan kerja pejabat (huhuhu... rasanyakan sepanjang lebih 10 tahun i bekerja. Nilah penderaan kerja paling havoc i rasakan sebelum dapat bercuti panjang selama 10 hari. Ok, sila nangis sambil nyanyi lagu Dendang Perantau), lepas tu busy sediakan barang-barang nak bawa balik kampung lagik (untuk pengetahuan korang, kampung i dan hubby umpama cerita Kutub Utara dengan Kutub Selatan), berhappy sakan dengan keluarga sendiri dan keluarga hubby (maklumlah jarang-jarang dapat lepak kampung lama-lama) dan macam-macam aktiviti sosial yang dijalankan (sosiallah sangat. Hahaha!) Takpe nanti i cerita dekat korang apa aktiviti yang i buat sepanjang bercuti raya hari tu.

Yang penting korang tunggu entry i tau. Janji eh! Lepas tu confirm i mesti dapat mesej dari korang "awak, mana entry baru awak?" sebab tuan blog sendiri lambat nak update (Ish, geram kan dekat tuan blog ni? Dush-dush-dush sama dia). Yang paling terharu, bukan setakat kawan-kawan yang i kenal melalui blog atau twitter yang selalu ingatkan i untuk update blog. Kawan-kawan dekat pejabat pun ada jugak yang tertanya-tanya. Hohoho! Macih ye korang. Tiba-tiba rasa malu dengan kawan pejabat sendiri (sorok muka bawah bantal). Maklumlah dekat pejabat, kehidupan i sama je macam korang (tak best pun! Kahkahkah). Tapi kehidupan luar waktu pejabat. Jeng-jeng-jeng itu yang i jarang share dengan siapa-siapa. Macam mana pun korang jangan risau i bukan superhero yang ada dua identiti tu eh. Hahaha!

Agak-agak korang ingat lagik tak entry i yang bersusah-payah nak dapatkan baju raya dekat PopLook (http://www.reenaonline.com/2012/08/radzuan-radziwill-for-thepoplook.html) dan First Lady (http://www.reenaonline.com/2012/08/jovian-mandagie.html). Untuk korang yang tertanya-tanya macam mana rupa sebenar baju raya i untuk tahun 2012 ni dan dekat mana i beli? Korang bolehlah tengok gambar dekat bawah. Ikutkan i dan hubby jarang tetapkan (dan tak pernah rasanya) buat tema warna sedondon untuk raya. Biasanya i dapatkan baju raya untuk i dulu, kemudian barulah i cari baju raya hubby yang warnanya seiras atau berdekatan dengan baju raya i. Jadi tahun ni warna baju raya kami ialah peach, pink dan merah (hamboi! multi-color gitu. Hehehe). Paling best, i dapat diskaun hampir 50% untuk baju raya i ni. Harga sebenar ialah hampir RM300.00. Walaupun lepas diskaun sepatutnya cuma jadi RM180.00 je. Tapi i cuba nasib untuk tawar sampai jadi RM150.00 dan korang nak tahu, misi tawar-menawar i berjaya pulak tu! Tak tahulah samada tuan kedai ni tertekan sebab takde pelanggan yang datang dekat situ ke (biasanya bila bulan puasa kalau dekat Jalan TAR a.k.a Jalan Tuanku Abdul Rahman ni, kebanyakan orang lebih suka tertumpu dekat Bazar Jalan TAR daripada masuk ke kedai-kedai dalam shopping complex atau butik). Tak pun mungkin juga penjual tu tak sampai hati tengok muka kesian i hari tu (hihihi... yes! Alhamdulilah). Kalau korang nak tahu, lokasi baju raya ni i dapatkan dekat dalam Shopping Complex Semua House, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Nilah tempat biasa yang akan i pergi, kalau dah tak jumpa mana-mana baju raya yang i berkenan.

Manakala untuk baju raya hubby pulak dari jenama John Master. Agak-agak untuk para jejaka, suami dan lelaki yang letih nak bersesak-sesak nak dapatkan baju raya untuk tahun akan datang. Korang pergi je dekat Jaya Jusco dan Parkson memang banyak pilihan baju raya dari jenama John Master ni. Yang paling penting ada diskaun. Hahaha! Sampin baju melayu hubby pulak, kita orang dapatkan dekat kedai Omar Ali, Wisma Yakin berdepan dengan Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Dan untuk anak-anak, tahun ni mama papa tak shopping baju melayu dan baju kurung sebabnya tak jumpa langsung baju siap yang bersesuaian (alahai... apataknya kebanyakan baju raya kanak-kanak yang i jumpa semuanya tak menepati citarasa i). Takpe, tahun depan mama papa usahakan untuk cari baju raya yang comel-comel ok.

Akhir kata, i nak mengambil kesempatan sempena bulan Syawal yang mulia ini dengan mengucapkan,

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk semua kawan-kawan yang mengenali i di dunia realiti mahupun melalui blog, Twitter, Instagram dan pembaca-pembaca blog yang sudi tinggalkan komen, berkongsi pandangan dan cerita dengan i serta kawan-kawan yang lain tak kira di mana pun korang berada. Terima kasih yang tak terhingga sebab sudi luangkan masa korang untuk membaca blog i. Sekiranya ada entry i yang menyinggung perasaan, blog yang masih belum sempat i singgah dan komen-komen yang belum berjawab. I minta maaf banyak-banyak. I sedaya-upaya cuba penuhi hutang-hutang soalan dan lawatan. Mungkin tak boleh jadi secepat Mee Maggi Cepat Dimasak, Sedap Dimakan tapi Insya-Allah i tetap akan tiba ke 'rumah' korang. Semoga Hari Raya kali ini membawa sejuta erti untuk kita semua. Amin."








I terlupa nak beli tudung yang matching dengan baju kurung i. Last-last dapat idea, combine kan dua warna tudung. Pheww... nasib baik nampak ok.

p/s : Soalan yang confirm korang akan tanya dan jawapan yang akan i jawab. I tak buat open house. Tapi kalau sesiapa yang sudi nak datang. Bolehlah bagitahu i ye. Nanti i masak sedap-sedap. Hehehe...