Blogger templates

Showing posts with label Telur Ayam. Show all posts
Showing posts with label Telur Ayam. Show all posts

Oct 22, 2012

Resepi : Telur Separuh Masak

Resepi telur separuh masak? Aik, setakat buat telur separuh masak pun tak reti ke? Ish... tak baik cakap macam gitu tau kawan-kawan. Siapa kata senang nak buat telur separuh masak ni? Kalau tak reti nak seimbangkan suhu dan tempoh masa untuk menghasilkan telur separuh masak, silap-silap bila pecahkan, telur still mentah lagik. Nak tak nak, terpaksalah ubah menu telur separuh masak jadi telur mata kerbau. Takkanlah nak buang pulak kan. Membazir nanti.

Sekarang ni pun sebenarnya banyak alatan untuk hasilkan telur separuh masak tanpa perlu bersusah-payah. Memandangkan i ni jimat-cermat orangnya (hahaha! Yelah... buat apa nak bazirkan duit semata-mata beli alatan macam ni sedangkan takdelah susah mana pun nak buatnya). Jadi i lebih suka gunakan cara tradisional sebelum kewujudan alatan untuk telur separuh masak (macam berkurun lamalah sangat bunyinya! Hahaha).

Senang je kawan-kawan nak buat telur separuh masak ni. Jom ikut masuk dapur i.

Cara-cara :

1. Sediakan periuk sederhana kecil bersesuaian dengan kuantiti telur ayam yang akan korang masukkan nanti.
2. Masukkan air ke dalam periuk. Pastikan sukatan / anggaran air boleh menenggelamkan telur.
3. Masak air di dalam periuk sehingga mendidih. Ingat! Jangan masukkan telur lagi sewaktu proses mendidihkan air.
4. Selepas mendidih, tutup api periuk dan masukkan telur ke dalam periuk yang berisi air mendidih tadi. Tutup periuk dengan penutup serapat-rapatnya. Dan mulakan kiraan selama 10 minit dari tempoh korang menutup periuk.
5. Selepas 10 minit, angkat telur dan sejukkan dengan air paip dalam beberapa saat bagi mengelakkan jari-jemari korang melecur sewaktu proses pecahkan kulit telur.
6. Sedia untuk dimakan bersama kicap dan lada sulah (nyam-nyam!)

Betul tak i cakap, senang je kan nak buat telur separuh masak ni. Pagi-pagi breakfast dengan telur separuh masak, lepas tu cicah dengan roti Gardenia fuhhh... memang best!

Apa Khasiat Telur Separuh Masak ?

Masa zaman kecik-kecik dulu, tiap-tiap pagi ibu mesti hidangkan telur separuh masak untuk i sebelum pergi ke sekolah. Tension jugak bila hari-hari hadap telur separuh masak je (biasalah budak-budak kalau tang makan benda berkhasiat memanjang semuanya tak best. Hehehe). Kata ibu, telur separuh masak bagus untuk tumbesaran dan tambahkan berat badan. So, betullah kata ibu tu. Telur kan sumber protein yang baik untuk tubuh badan terutama sekali untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Yang penting korang pilihlah telur yang ada Omega ok. Tapi untuk orang-orang tua (i maksudkan orang dewasa. Kira tualah tu kan? Hehehe) tak boleh banyak sangat makan kuning telur ya, kolestrol jadinya.






p/s : Malam nanti i akan announce untuk pemenang Giveaway. Jeng-jeng-jeng!