Blogger templates

Mar 11, 2012

Download IOS Version 5.1 / Muat Turun IOS Versi 5.1

Sempena dengan pelancaran iPad 3 (iPad generasi 3 yang terbaru) pada 8hb Mac 2011 (waktu Malaysia), kini terdapat software update (kemaskini perisian) version 5.1 untuk kesemua produk keluaran Apple terutama sekali untuk iPhone, iPad dan iPod Touch. Untuk sesiapa yang masih kekalkan ke'original'an gadget Apple mereka, korang boleh muat turun (download) versi 5.1 tanpa rasa ragu-ragu melalui perisian iTune korang di komputer. Manakala untuk korang yang dah buat jailbreak pada iPhone / iPad / iPod Touch masing-masing kenalah fikir 2, 3 kali sebab lepas download versi terbaru ni segala aplikasi percuma (yang sepatutnya kena bayar melalui pembelian dekat Apps Store) akan hilang. Lebih kurang macam re-format komputer korang balik lah.

I tahu kebanyakan korang mesti ada masalahkan, nak download version 5.1 ni? Sebab terlampau ramai sangat manusia (satu dunia) yang berlumba-lumba nak pastikan versi pada iPhone / iPad / iPod Touch menjadi versi yang paling latest (terbaru). Masa untuk download version 5.1 pada iTune yang sepatutnya hanya memakan masa lebih kurang 60 minit sahaja bertambah menjadi berjam-jam. Ada sesetengahnya tu, loading pada komputer langsung tak bergerak gara-gara kesesakan trafik internet (dah mengalahkan traffic jam dekat Kuala Lumpurlah pulak).

Macam mana pun jangan risau, i ada jalan penyelesaian untuk korang semua supaya iPhone / iPad / iPod Touch korang dapat mendownload versi 5.1 dengan pantas dan tak dianggap sebagai ketinggalan zaman (outdated). Tapi disebabkan i merupakan Macintosh / Mac User (pengguna Macintosh) dan bukan Window User. Instruction / arahan yang dapat i berikan ialah berdasarkan komputer i (sorry korang) tapi untuk sesiapa yang guna selain daripada komputer jenama Apple (macam brand Dell, HP, Sony dan lain-lain lagi), i rasa tak banyak bezanya pun. Janji korang fahamkan betul-betul cara yang i gunakan ni ok?

Mula-mula pastikan iTune korang telah dikemaskini (update) pada version terbaru iaitu iTune 10.6.
Kemudian korang pergi ke SYSTEM PREFERENCES,
klik pada NETWORK dan klik pada bahagian ADVANCED seperti dalam gambar di bawah.


Klik pada DNS,
Copy / salin nombor yang terdapat pada DNS Servers sebagai tujuan back-up. Yelah mana tahu, tiba-tiba waktu nak download untuk iPhone, server korang buat masalahlah pulak (adehhh... tak ke nyesal nanti).
TUKAR NOMBOR PADA DNS SERVERS KORANG YANG ASAL kepada nombor ini ---> 8.8.8.8




Tekan OK dan sambungkan iPhone / iPad / iPod Touch pada USB cable terus kepada komputer korang untuk memulakan operasi memuat turun version 5.1.

Untuk memastikan iPhone / iPad / iPod Touch korang dapat dimuat turun secara smooth (lancar). I cadangkan korang picit perkataan Download Only apabila paparan pada iTune menunjukkan pilihan antara CANCEL / DOWNLOAD ONLY / DOWNLOAD and UPDATE. Setelah selesai mendownload keseluruhan version 5.1 pada komputer korang, barulah korang UPDATE NEW VERSION pada iPhone / iPad / iPod Touch korang (yeay!)



Apa ciri-ciri baru yang best pada IOS version 5.1 ni? 

1. Kini terdapat sokongan untuk Bahasa Jepun bagi Siri;
2. Gambar kini boleh dipadamkan terus melalui Photo Stream;
3. Ikon Kamera kini sentiasa kelihatan pada Kunci Skrin untuk iPhone 4S, iPhone 4, iPhone 3GS dan iPod (generasi ke-4);
4. Pengesanan muka (face detection) pada aplikasi kamera membolehkan semua muka dapat dikesan sewaktu mengambil gambar;
5. Applikasi Kamera yang direka semula untuk iPad;
6. Audio pada iPad kini mempunyai bunyi yang lebih kuat dan jelas;

Dan untuk mengetahui ciri-ciri lain pada IOS version 5.1, korang boleh rujuk di sini ---> http://www.macupdate.com/app/mac/28341/apple-ios


p/s : Fuhhh... 2 jam baru habis download untuk iPhone dan iPad (setiap satu ambil masa 60 minit). Streamyx langsung tak membantu walaupun dah upgrade jadi 2GB (hampehh...)

2 comments:

  1. plusx2..pening lalatlh reena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak makan lalat memang macam tu selalu pening lalat. Hahaha

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)