Blogger templates

Jun 3, 2008

Jwp Poll : Kenapa Kita Berkahwin?

Rasa2nya kalo nak dihimpunkan jawapan pd soalan ni satu page pon belum tentu cukup. semua org ade jawapannya tersendiri tapi rasanya kebanyakan dari kita berkahwin disebabkan CINTA, nak hidup bersama orang yang kita sayang & nak lahirkan zuriat bersama pasangan masing-masing. bagaimana dengan aku?? aku berkahwin sebab aku dah jumpa orang yang betul2 memahami & menerima aku seadanya, sayangkan siapa aku yang sebenarnya, boleh berkongsi apa sahaja cerita suka atau duka, sanggup bersama-sama dengan aku dlm susah atau dalam senang dan sentiasa ada bila aku perlukannya. bukan sahaja menjadi suami aku, bapa kepada anak-anak aku tapi merupakan seorang rakan baik, abang & pendengar yang setia. kerana ciri-ciri yang ada pada suami aku inilah aku memilih diri dia sebagai pasangan aku & kami berkahwin. terus-terang aku katakan kami bukanlah pasangan yang serba-serbi perfect tapi disebabkan kami mengamalkan sikap give & take semua perkara menjadi mudah. melalui keserasian dan sikap tolak-ansur, maka lahirlah cinta dan daripada cinta tu, jadilah sebuah perkahwinan.

0 Say (s):

Post a Comment

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)