1. Kalau guna kaedah epidural -
- Aku lebih relax sepanjang contraction yang datang (siap tidur dengan nyenyaknya lagi). Tak perlu tahan sakit sebab dari paras pinggang sampai ke hujung jari kaki aku tak rasa apa-apa (lebih kurang macam paralyse lah). Nak gerakkan kaki sikit pun tak boleh.
- Dan sebab sakit contraction tu terlampau kuat & bukaan aku baru 2cm. Aku rak rasa apa-apa pun waktu doktor masukkan ubat bius bersama-sama dengan tiub halus ke tulang belakang aku. Tiub halus ni ditinggalkan dekat tulang belakang aku sepanjang proses nak bersalin & dikeluarkan sejurus selepas selesai. Memang macam ngeri bunyinya tapi alhamdulilah aku ok & selamat.
- Cuma untuk proses meneran baby. Aku kena dapat guide dari doktor sebab aku tak tahu bila contraction datang. Part ni, memang leceh sangat sebab memang tak rasa apa-apa langsung. Frust jugak bila dua kali teran, aku dah termengah-mengah (lagipun ini first experience aku, so aku tak tahu macam mana nak bayangkan macam mana nak push baby keluar). So nak tak nak kena episotomy & doktor terpaksa vac baby aku.
- Bila kesan bius hampir hilang, perlahan-lahan aku rasa macam aku baru ada kaki. Memang macam pelik sangat.
- Alhamdulilah aku tak kena apa-apa komplikasi untuk epidural ni. Cuma rasa macam lenguh sikit dekat tulang belakang waktu awal-awal. Tapi sekarang ni dah ok.
2. Manakala kalau guna kaedah gas pelali & suntikan ubat penahan sakit -
- Suntikan penahan sakit hanya tahan untuk 4 jam sahaja. So disebabkan selepas tempoh 4 jam tu, aku masih belum deliver baby dan bukaan baru 5cm. Jadi pada aku, suntikan ni tak berkesan langsung apataknya aku kena tanggung contraction yang semakin kuat. Cuma sekurang-kurangnya aku dapat rest sekejaplah sebelum tu.
- Dan sepanjang tempoh bukaan dari 5 ke 10cm aku gunakan gas pelali. Setiap kali contraction datang aku dikehendaki sedut gas ni. Tapi yang peliknya aku sedut macam mana sekalipun tak rasa pun contraction tu kurang.
- Untuk proses kali ni aku rasa lagi mudah nak keluarkan baby, aku macam tahu-tahu je bila dan macam mana aku nak push baby. Tak payah nak tunggu doktor bagi instruction aku dah push baby dengan terrornya. No episotomy & no vac, 2 kali teran je baby dah keluar. Bangga jugaklah aku...hehe
Tapi antara kedua-duanya, kaedah no. 2 lah yang aku paling terasa sakitnya. Betapa tuhan jadikan perempuan ni walaupun mempunyai naluri yang lembut tapi dalam apa jua kepayahan dia masih boleh laluinya kan? Aku still lagi macam tak percaya aku masih mampu tersenyum selepas lahirkan baby.
Kak. Sori to interupt.
ReplyDeleteSbenanye kaedah epidural ni dh semakin MAJU ke depan.
Dh tau dh masalah dia ibu tak rasa apa2 kn. Tak tau bila nk teran....
But i just delivered my 2nd bb. And opt for epi. My first also on epi and i just couldn't get enough of epi. On my 1st expirience. Mmg mcm akak la. Apa pn tak rasa. Tp i can know when my contraction come from monitor yg die monitor jantung baby + contraction tu. Each labour room kn mesti ada mesin tuh. Alhamdulillah, i don't have to vac my bb masa tu. Cuma kene episotomy ke apa bendalah tu. Hik hik..1st expirience kt ppum..
and on my 2nd. I went to hukm. Lepas tu mmg magic. I can feel the contraction come. Menurut doktor tu. Dorg dh overcome masalah ibu tak rasa contraction coming or baby coming. I tenang. Bole tdo. but still i can feel ada bende nk kluar from my vagina. Die just release pain from my leg... my peha... my blakang badan. My ari2. Tp sure la weih i can still feel my vagina. I tau bb dh nk kuar.
So kesimpulannya. Jgn la org2 suma nk kondem sgt epi ni if dorg tak tau the facts. I tau, i ni penakut that's why amik epi. Tp i bkn membuta tuli amik epi. I learn. I read. I feel and i experiment sendiri. And kdg2 ase mcm doktor je. Kekekekeke