Blogger templates

Aug 18, 2008

Apa Itu Epidural??

Aku asyik sebut pasal epidural aje dalam blog aku ni. Maybe ada yang tak tahu apa itu epidural & cara-cara pembiusannya. Lepas tu, ada yang bagi comment dalam blog aku pasal complication epidural ni. So dekat sini aku pastekan cerita pasal epidural dari website yang aku jumpa ni
http://www.papisma.org/nota/panduan/epidural.pdf . Hope dapat membantu sape-sape yang nak tau info berkaitan epidural ni.

"Teknik moden yang di yakini oleh doktor-doktor pakar bius dapat mengurangkan kesakitan bersalin sehingga hampir 100% ialah teknik pembiusan epidural. Teknik ini melibatkan suntikan
khas ubat bius setempat ke dalam lapisan lemak epidural (epidural space) yang mengelilingi cecair saraf tunjang (cereberospinal fluid) melalui celahan tulang belakang pada bahagian pinggang pesakit. Sejenis tiub halus turut dimasukkan ke dalam lapisan lemak epidural pesakit untuk memboleh ubat bius di masukkan secara berterusan ke sehinggalah ibu selesai bersalin. Ubat bius ini akan bertindak menghalang penghantaran isyarat kesakitan daripada bahagian rahim dan vagina daripada sampai ke otak.

Kesannya ialah kesakitan di bahagian pinggang dan ke bawah tidak di rasai oleh pesakit. Teknik ini memerlukan kepakaran dan latihan khusus dan hanya mampu dilakukan oleh Doktor bius yang telah mendapat latihan yang secukupnya. Sekiranya pembiusan ini dijalankan oleh doktor bius yang terlatih maka hampir tiada komplikasi yang bakal di alami oleh pesakit. Namun begitu sekiranya ianya dilakukan oleh doktor yang tidak terlatih maka ia boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala yang teruk untuk beberapa hari, ketidak stabilan tekanan darah, jangkitan kuman pada selaput saraf tunjang dan kelumpuhan sementara pada kedua-dua belah kaki.

Ibu-ibu yang hendak bersalin terutamanya anak sulung dan merasa takut dengan kesakitan bersalin bolehlah meminta perkhidmatan epidural daripada doktor bius di hospital berkenaan. Walau bagaimanapun tidak semua hospital menyediakan khidmat pembiusan epidural untuk ibu-ibu bersalin. Bertanyalah kepada bidan atau doktor bersalin semasa anda sedang mengandung berkenaan khidmat pembiusan epidural di hospital tersebut sekiranya anda ingin mendapatkannya."

0 Say (s):

Post a Comment

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)