Blogger templates

Sep 9, 2008

Cara Mudah Memasak di Rumah

Staff hubby : Encik xxxx berbuka apa hari ni?
Hubby : Berbuka dekat rumah aje, wife aku masak.
Staff hubby : Eh, iyelah tu. Takkanlah reena memasak, sempat ke dia nak masak dekat
rumah?
Hubby : Eh, sempatlah, apa yang tak sempatnya.

Nilah... antara soalan-soalan keraguan yang selalu orang tak percaya yang aku ni sebenarnya memasak dekat rumah (even hari bekerja). Bukan setakat staff hubby aku aje tak percaya, office-mate aku yang lain pun sama. Pelik sangat ke kalau aku memasak? Adehh... kadang-kadang tu naik malas aku explain. Yelah... kita cerita yang betol, dia orang ingat kita ada-adakan cerita aje. So, jalan yang terbaik, jawapan aku senang aje, "suka hatilah, nak percaya, percaya. Tak nak percaya, takpe."

Pada aku takdelah susah mana pon nak memasak dekat rumah ni. Mungkin antara faktor orang malas nak masak sebab banyak benda remeh yang nak kena buat. Contohnya, kena potong sayur dulu, tunggu ayam yang beku tu cair, nak kena cuci pinggan dan macam-macam lagik lah.

Tapi sebenarnya ada cara untuk jimatkan masa waktu memasak ni. Nilah antara cara-cara yang dipraktikkan oleh aku. Nak tahu? Jom tengok :-

  1. Setiap kali balik kerja atau nak mula masak, aku keluarkan ayam/daging/ikan dari peti ais dulu. Then masukkan dalam microwave untuk didefrost.
  2. Lepas tu, perkara kedua yang aku buat ialah masak nasi.
  3. Alatan memasak macam pisau, sudip, senduk, tempat pemotong dan lain-lain lagi semuanya aku gantung berhampiran dengan tempat memasak. Bukan apa, senang untuk aku capai bila memasak nanti.


  4. Sama juga dengan bekas garam, ajinomoto, lada sulah, sos tiram, sos cili, jintan manis semuanya aku letak berhampiran dengan tempat memasak.


  5. Seelok-eloknya sediakan ruang untuk memotong sayur/ayam/daging bersebelahan dengan tempat memasak. Jadi tak payahlah nak bergerak banyak.

  6. Pastikan kuali/periuk untuk memasak tu gunakan yang non-stick coating. Selain mudah nak cuci, ianya memudahkan kita memasak (tak lerr... melekat ikan kita tu cik bedah oii... ~ gaya cakap ala-ala chef wan gitu).

  7. Untuk sayur macam carrot, lobak putih, kacang botol, kacang panjang, cendawan dan sayur-sayuran yang berkaitan semuanya aku dah potong siap-siap dan masukkan dalam container yang kedap udara (macam tupperware). Jadi, setiap kali masak. Aku tak payahlah susah-susah nak potong lagi, campak aje terus dalam kuali.
  8. Sediakan satu bekas khas besar untuk bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit (kentang pon boleh gak join sekali dalam bekas ni). Sebab semuanya ni, benda wajib untuk buat perencah masakan. Tak payahlah nanti kita tercari-cari.

  9. Gunakan pisau yang bersesuaian untuk kerja potong-memotong. Contohnya, pisau potong daging/ayam matanya lagik runcing berbeza dengan pisau potong sayur. Dan yang penting pisau tu kenalah tajam (seboleh-bolehnya asah seminggu sekali).
  10. Sambil tunggu masakan yang dimasak tu masak. Bolehlah cuci segala alatan memasak yang dah digunakan.
Ha... kan ke boleh jimat masa tu... So, jangan malas-malas masak k. Banyak kelebihan masak sendiri ni. Selain jimat duit, makanan yang dimasak tu terjamin kebersihannya. Dah tu, dapat mengeratkan kasih-sayang gitu.

9 comments:

  1. wahhh.. sgt kagum ngn u okehhhh... sgt bagus kongsi sme ni ngn sume ibu2 out there!!!

    p/s: good job. =)

    ReplyDelete
  2. hehehhe..my umi oso buat mcm yg kak reena buat!! sonang!!
    nak pulak lesung batu dah hancur kan..smua benda di blend...hehhehehe..

    ReplyDelete
  3. munirah abd - a'ah..ye btol...lupe pulak nak masukkan tips pasal blend tuh...

    ReplyDelete
  4. wah wah wah.. tips yg sangat bagus dan detail. tp mcm mana kalau xreti masak? sampai ke sudah xjadik2 lauknye walaupun sume benda dah susun dekat2. hehehe (org le tu!) =P

    ReplyDelete
  5. cik choki - tak dpt den nak nolong wehh...ekekke

    ReplyDelete
  6. wah..ni kena berguru nih.. ariana x nangis ke time memasak..?

    ariana sgt kiuuuut.. nsb baek jauh..kalau dekat suda kena cium..
    hahaha

    ReplyDelete
  7. bluesberry - so far ariana ok jek...dia nangis pon kalo lapo. lagipun setiap kali dia tido straight 2-3 jam sekali, lepas tuh bangun minum susu sampai 5 oz (dasat tol). lepas burp tido ler balik...very easy.tuh yg boleh relax main masak2 ni.

    kiss from ariana to u ;0 muahh.. ekekek

    ReplyDelete
  8. Salam Reena. Myza pun buat macam tu jugak! Siap blend bawang cili dll. Tapi the most important thing is that whether you want to cook or not! Kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih! Even kat tmpt keje Myza pun sama! Diorang pelik sbb Myza sempat prepare bfast and lauk utk lunch anak- anak!Boleh bawak bekal lagi!Kalau dah ada sifat 'M' besar tu, mmg susahlah nak masak jawabnya!

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)