Blogger templates

Sep 7, 2008

:: Movie :: Eiffel I'm In Love

Pernah tengok movie ni tak? Movie ni dah lama sebenarnya, tak salah aku tahun 2003 lagik dah keluar. Tapi macam mana pun, dalam banyak-banyak movie Indonesia, nilah satu-satunya movie yang tak pernah buat aku bosan. Best bangat! Dari pelakonnya yang cute dan handsome tu, jalan ceritanya yang ala-ala romantik-kelakar tu, dan style penggambarannya yang cantik tu buat aku suka sangat tengok movie ni. Tak tahulahkan pendapat orang lain macam mana. Movie ni sesuailah untuk pasangan yang tengah bercinta (untuk pasangan yang berkahwin macam aku pon, ok hape??) sebab biasalah cerita cinta remaja gitu...

Meh aku cerita sikit sinopsis untuk movie ni - Adit (si heronya) adalah future hubby Tita (heroinnya) tapi dia orang tak pernah kenal antara satu sama lain (kiranya dia orang ni dah ditunangkan oleh family dia orang sendiri masa kecik). Sampailah satu hari tu, Adit dan ayahnya (dari Paris) datang berjumpa dengan Tita. Waktu nilah Tita mengenali Adit. Masalahnya Adit ni perangainya 'hangin' satu macam. Ada saja benda yang dia nak cari pasal dengan Tita ni sampaikan Tita selalu rasa tersinggung dengan perangai Adit ni. Ikutkan Adit ni takdelah pembengis mana pun, dia saje nak kenakan Tita sebab nak tengok reaction Tita macam mana. Pada Adit, Tita ni macam budak-budak, manja sangat. Adit ni pun boleh tahan romantiknya juga tapi konon-kononnya nak control macho, tu yang jual mahal melebih-lebih sangat. Dalam geram-geram Tita pada Adit tu, Tita barulah dapat tahu yang Adit ni sayang sangat-sangat dekat dia bila satu hari tu Adit sedarkan Tita yang Ergi (boipren Tita sebelum ni) main kayu tiga dengan perempuan lain. So start dari situlah, Tita senyap-senyap ter'falling' in love dengan Adit. Tapi walaupun Adit tahu Tita falling in love dengan dia. Adit still lagik tak nak tunjukkan yang dia pun ada perasaan yang sama dengan Tita jugak (mahu tapi malu nak luahkan ~ lebih kurang gitulah). Lepas tu apa jadi, hmm... kenalah tengok sendiri barulah boleh feel. Susah sebenarnya aku nak describe watak si Adit ni senang cakap dia ni jenis lelaki yang berat mulut nak cakap i love you (jual mahallah tu kan?). Lepas tu, dia malu nak mengaku yang dia ni romantik orangnya.

2 comments:

  1. salam...
    hoho...dis is my fav indonesian movie too...
    same lak..ngehngeh...
    xtau brape kali dh tgk

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)