Akta Komunikasi & Multimedia 1998
yang aku dapat kat sini
yang aku dapat kat sini
Akta nih bertujuan untuk mereka yang menyalahgunakan internet untuk tujuan tertentu...
Jadi, kalo anda berasa anda TIDAK SELAMAT @ DIANCAM di alam misteri cyber nih...
Bolelah rujuk akta nih k...
*chewah... dah macam loyer ler plak aku nih... hihi...~ loyer buruk aku pandai la*
Walopun ikutkan time study dolu menci giler nak hafal law... perghhh...
Bolelah rujuk akta nih k...
*chewah... dah macam loyer ler plak aku nih... hihi...~ loyer buruk aku pandai la*
Walopun ikutkan time study dolu menci giler nak hafal law... perghhh...
Akta 588, Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998
BAHAGIAN X - AM
Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan
Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.
(1) Seseorang yang : -
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar : -
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan
(2) Seseorang yang secara sedar : -
(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau
(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),
adalah melakukan suatu kesalahan.
(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
kenapa lah sejak zaman blaja dulu sampai sekarang ni masa baca entri ko ni mata aku automatic terus mengantuk bila baca pasal LAW?hehehe
ReplyDeletehaha... aku pggl buku law nih obat tido...
ReplyDeleteini a very very gud info sis *wink wink*
ReplyDeletethanks kak....
ReplyDeleteutk n3 nih...
dapat sket pengetahuan....
=D
yang.. lana copy paste tau.. nak simpan nk bt refer.. tq dear
ReplyDeleterasp & yanie - ur welkam dear
ReplyDeletelana - bole je dear...
ReplyDelete