Blogger templates

May 5, 2010

Tips Sekiranya Anak Mengalami Cirit-Birit


Ini Pic Ariana yang admitted dekat SDMC (Sime Darby Medical Centre) on 1st April 2010 bulan lepas gara-gara diarrhea under Doctor Ali observation. Kalo ingat-ingat balik situation waktu Ariana masuk hospital mase tuh memang kelam-kabut sangat-sangat aku rase. Masalahnye bukan Ariana sorang saje yang kena diarrhea. Danish, Damien termasuk aku sendiri pon terkena serangan diarrhea pada waktu yang sama jugak except untuk hubby aku *he's SUPERMAN :)*

Apa punca? Kate doktor maybe kami semua *alololo mama pon dah termasuk golongan budak kecik skali nih* sensitif dengan air kotor. Maklumla rumah aku waktu tuh blom lagik pasang water filter untuk menapis kotoran terlampau yang mengganggu sistem penghadaman kami *chewahhh~~* owhh tetapi kini, rumah kami sudah ada water filter & air RO aka Reverse Osmosis *yeayyy...*

Camnepon time tuh, aku, Danish & Damien takdela admitted dekat hospital walopun ikutkan doktor dah nak kuarkan letter untuk aku masuk hospital skali. Sebab pikir macam susah pulak untuk hubby aku handle Damien yang still kecik lagik dekat ngumah, aku kena make sure diri aku sesihat yang boleh walopun macam rase nak pitam. Apetaknye, bukan senang nak handle 2 orang anak yang sakit dengan diri aku yang tak berapa sihat. Jangan ditanye berape kali aku berulang-alik dari toilet dengan ruang tamu gara-gara Danish muntah dekat carpet & cirit-birit berulang-ulang kali. Baju kotor jugak secara tak langsung menimbun untuk diberus *perghhh~~* Damien pulak, walopun terkena cirit-birit jugak tapi lepas aku tukokan susu kepada soy-based dia dah bole tido, cirit-birit kurang & bole minum susu soy-based macam biase *alhamdulilah~~* Tak menanges ke aku?? haha... soklan sensitip tuh... siyes rase macam nak nanges tapi sebab PENAT tuh melampau sangat, aku sampai tak sempat nak kuarkan air mate. Dugaan dalam hidup tuh, kite anggap je macam process of life learning. Kalo kite pikir hidup kite susah untuk waktu tuh, ramai lagik yang hidup susah mungkin lagik hebat sampai bertahun-tahun berdepan dengan perkara yang sama. So macam biase, aku try  to be RASIONALE :)

Tapi kenape Ariana aku & hubby masukkan ke hospital? Sebabnye condition Ariana yang btol-btol lemah~dia langsung tak bole bangun, 4 days straight muntah-muntah, demam, tak bole makan ape-ape & cirit-birit non-stop. Ikutkan sebenarnye condition Danish pon lebih kurang sama macam Ariana cume Danish quite stronger than Ariana. Hubby akulah yang temankan Ariana dekat hospital selama 4 hari. Dan aku still jugak drive ke hospital untuk tengok-tengokkan Ariana. Maklumla Ariana memang manja sangat-sangat dengan mama dia yang chomel ini *sempattt lagik tuh~~ haha*.

Minggu yang sedey & cukup EXHAUSTED untuk aku. Sedey sebab suara-suara kecoh 3 orang budak kecik buat rumah kami jadi sunyi & exhausted sebab iyerrrr~~ aku kena bekerja 48jam sehari!

Kat sini, aku bagi tips untuk ibu-ibu atau bapak-bapak yang mengalami situation di mana anak korang ada tanda-tanda cirit-birit, muntah & demam lebih-lebih lagik untuk anak yang di bawah usia 2 tahun:

  1. Hentikan pemberian susu berasaskan lembu atau susu laktosa dengan serta-merta.
  2. Tukarkan kepada susu berasaskan soya atau susu tanpa laktosa sepanjang anak anda mengalami keadaan cirit-birit *jenama susu yang disyorkan ialah isomil ataupun bebelac*.
  3. Sekiranya muntah masih berlarutan, hentikan sebarang pemberian susu selama 2 jam untuk menstabilkan keadaan perut anak anda atau berikan Jus buah *yang biasanye terdapat dalam botol kecil seperti brand gerber atau heintz*. Air masak juga cukup digalakkan untuk mengelakkan anak anda dari mengalami kekurangan air dalam badan *dehydration*.
  4. Sapukan minyak telon ke bahagian perot & tapak kaki anak anda untuk memberikan sedikit kelegaan.
  5. Bawakan anak anda secepat mungkin ke klinik sekiranya masih menunjukkan tanda-tanda lemah & muntah secara berlarutan.

9 comments:

  1. semoga sekarang dah back to normal cik reena ye...ciannya bila budak2 masuk spital ni plg tak tahan bila kena cucuk tangan masuk air (drip water) tu...huhuhuhu...semoga anak2 cepat sembuh!

    ReplyDelete
  2. salam kak...ariana dah sembuh ker?

    lama tak singgah kat sini

    ReplyDelete
  3. kesiannya kat ariana...
    hope she's feeling much better now...
    and hope that you pun dah fully recovered!

    ReplyDelete
  4. dear sis, tips yg cukup membina.. TQ

    apa2 pun take care yea.. hrp2 si cumel tu dah ok... geram tgk rambut & pp dia,.. :-)

    ReplyDelete
  5. laling..same case ngan aisyah...nyaris admited..mmg doc dah kuarkan srh srh admitted..tp kami refused...monitor kat rumah..muntah macam air terjun..immediately stop susu..bg air masak & susu bdn je...alhamdulillah ok..tp hr ni dia still lemah sikit..huhu

    ReplyDelete
  6. lorr siannye budak2 ni kena cirit birit..thanks for info kak..bole apply nnti klau anak2 saya pun kena suatu ari nnt..

    ReplyDelete
  7. mami kalau anak kena cirit birit terus bagi air teh o pekat. kalau budak tak nak minum, masukkan je sikit susu dalam teh o tu. mmg mujarab. akan berhenti berak2 nanti

    ReplyDelete
  8. siannyer ariana .. we all pun 1 famly baru je baik demam .. musim penyakit la dear.. thnks for info..

    ReplyDelete
  9. Dah sihat ke semua anak-anak & mommy? My son kena mild diarrhea. Pegi ke paed, he just prescribed ubat angin, cirit birit & prolactor (kalau tak silap). Susu tukar dari Anmum Essential ke Mamex Gold Soya. Sekarang mcm dah ok tapi ubat kena continue.

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)