Blogger templates

Aug 24, 2010

PLUS Hotline - Sekiranya Berlaku Kecemasan Sila Hubungi 1800-88-0000

Korang biasa dengar ayat dekat atas tuh tak? Ayat ni selalunya memang banyak terpampang dekat tiang-tiang tepi lebuhraya PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan). Kalau sekali tengok macam tak penting ajekan? Tapikan sebagai pengguna tetap yang mengkayakan PLUS hari-hari *hihi~* aku memang simpan nombor PLUS ni dekat handphone. Bukan apa banyak faedahnya. Apa faedahnya? Moh, kita tengok -->




Antara faedah-faedahnya :

FIRST : Boleh mengetahui info trafik dengan kadar segera.
Actually, memang kita boleh dengar dekat radio je tapi masalahnya macam aku ni. Bila dengar info trafik dekat radio ni, tang lagu senang je telinga aku nak tangkap tapi bila info trafik tu muncul, macam hembusan angin bayu kus-kus aje lalu dekat telinga aku ni jadinya. Yang kelakar tu, bila info trafik tu dah habis ke udara. Eh, barulah aku tersedar menggelabah nak tau mana-mana jalan yang jammed *keh-keh-keh kecoh betul*. So, bila dah ada nombor telefon PLUS ni, asal sikit aku nampak jammed je dekat depan mata. Cepat-cepat aku akan telefon PLUS *yelah~ada ke orang sanggup duduk dalam jammed lama-lama? Tak kuasa aku nyah!* Jadi aku dah boleh tahu lorong mana yang tersangkut, accident apa yang berlaku dan jalan mana yang boleh aku cantas supaya cepat sampai. Dan info trafik ni betul-betul berguna waktu raya dan pergi balik kerja. Time raya, korang sedia maklumlah dia punya jammed memang kaw-kaw punya dahsyat. Dan soalan famous aku, kalau terperangkap dalam jammed waktu-waktu nak balik raya macam ni, ialah "Encik, berapa kilometer jammed ni sebenarnya?" Kalau dia sebut 10km, nak tau apa aku buat. Confirmed, aku akan berhenti dekat mana-mana kawasan rehat atau keluar je dari tol yang berhampiran pergi minum-minum dulu. Tak pun siap sempat shopping express lagik *ekekeke~gila shopping betul!*
SECOND :  Boleh melaporkan apa-apa perkara yang menyebabkan bermulanya kesesakan jalan raya. 
Aku rasakan semenjak aku simpan nombor telefon PLUS ni, dah macam-macam perkara aku dah inform dekat PLUS ni *dah macam pelapor free untuk PLUS dah aku ni gamaknya hihi~* Apetaknya, aku pernah laporkan ada bangkai kambing dekat lorong laju *lorong kanan*. Entah dari mana datang bangkai ni pun aku tak tau. Aku pernah laporkan ada anjing baru lepas kena langgar. Wehh~tapikan horror gila tau kejadian ni. Gara-gara kereta depan langgar anjing ni, habis splash darah anjing ni dekat cermin depan kereta kita orang. Nasib baiklah waktu tu, hubby aku yang drive. Kalaulah aku yang drive, mesti panik gila aku rasa tengok darah tak pasal-pasal *perghh~*. Aku pernah laporkan ada anak kucing baru lepas kena langgar tapi anak kucing tu hidup lagi. Kesian anak kucing, dalam sakit-sakit kena langgar still boleh berjalan dekat tengah-tengah laluan highway tu. Dan yang best tu, bekas tayar lori yang tercabut pun aku laporkan jugak tau *haha~consent betul aku ni kan?* Tak.. tak.. bukan consent hokeh, tapi more to caring *amacam, baikkan aku? :)* Bukan apa, at least bila aku dah laporkan dulu semua kejadian-kejadian macam ni, aku harap takdelah kejadian-kejadian buruk berlaku lepas tu. Tak ke membahayakan orang lain. Lagipun rasanya, tak sanggup aku nak bukak paper tiap-tiap hari baca pasal accident je memanjang *kesian sangat tau :(*

THIRD : Dapat membantu mereka-mereka yang memerlukan bantuan *dapat pahala tau, hihi~*

Contoh macam pagi tadi waktu aku nak pergi kerja dekat area Jejantas Sungai Buloh. Kesian sangat aku rasa dekat sorang lelaki ni. Tak semena-mena kereta dia boleh mati enjin dekat tengah jalan. Masalahnya kereta dia ni, betul-betul rosak dekat lorong kanan highway tu *lorong laju*. Korang bayangkanlah, dengan baju kerja dan satu kain *maybe tuala kot*. Dia keluar dari kereta duduk dekat belakang kereta dia, kibar-kibarkan tuala supaya orang nampak yang kereta dia rosak. Tak ke merbahaya macam tu? Kalau kereta belakang perasan, takpelahkan. At least kereta tu boleh elak. Kalau kereta belakang tak perasan sebab laju sangat, tak ke boleh jadi drama lepas tu *duhh~* So, kesian punya pasal. Aku pun telefonlah PLUS maklumkan pasal kejadian ni. Aku harap lelaki ni ok.

Kesimpulannya, tak rugi pun kalau kita jadi orang-orang yang prihatin dengan keadaan sekeliling ni. Yang penting bukan prihatin dalam bab-bab kain dalam orang hokeh! *ini bukan prihatin tapi penyibuk! haha~*
p/s: owh, by the way prihatin sekadar tengok kereta rosak/accident tepi jalan pun tak guna jugak hehehe~

1 comment:

  1. Hehe pandai Reena snap pic..kg sy keluaq ikut signboard BB, PB, Serdang tu lah..ekeke

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)