Blogger templates

Aug 23, 2010

Puri Epal a.k.a Apple Puree

Comelkan bunyi puree tu? Dengar nama pun dah comel, so kali ni aku nak share resepi untuk sape-sape yang ada baby antara umur 0-12 bulan itu  pun setelah mendapat special request dari Anim *yeay! Suka tak?*
 Ikutkan aku memang banyak resepi-resepi untuk makanan baby / bayi ni. Don't worry kawan-kawan sekalian, one by one hokeh :) Kalau tanya mana aku dapat resepi-resepi ni, semuanya dari buku-buku baby *ulat buku jugakkan aku ni? hihi~* Buku yang comel ada gambar baby aku jadi ulatlah, kalau buku study yang ada gambar pun kabur-kabur je mata memandang huh, haremm~aku nak ngadap lama-lama. Jadi ubat tidur adalah keh-keh-keh~

Kalau nak tau apa makna puree ni, en. wikipedia sedia membantu kita:
Purée and (more rarely) mash are general terms for food, usually vegetables or legumes, that have been ground, pressed, and/or strained to the consistency of a soft paste or thick liquid. Purées of specific foods are often known by specific names, e.g., mashed potatoes or apple sauce
Dah study, apa itu puri? jom aku bagitahu bagaimana cara-caranya nak buat Puri Epal ni *eh, bila sebut perkataan Epal teringat aku dekat member blog aku Cik Epal yang comel*

Sediakan 2 biji epal merah yang gebus *epal hijau pun boleh jugak tapi takut masam -____-*

Tanggalkan semua kulit-kulit epal yang terlibat dan potong dadu. Buang bahagian tengah epal yang keras itu.

Rebus epal yang dah siap dipotong sehingga kering air rebusan. *peringatan: jangan masukkan gula atau garam!*

Dah siap direbus, keluarkan epal dan lenyekkan epal dengan menggunakan garfu atau alatan-alatan lenyek yang anda ada *janji lenyek hihi~*

Tips menyediakan makanan baby/bayi : Cara lenyekan bergantung dengan usia baby anda. Kalau baby antara 4-8 bulan, gunakan blender untuk mendapat tekstur yang lagi halus. Bagi baby 8-12 bulan, biarkan tekstur epal yang sedikit kasar sebab baby dah mula tumbuh gigi pada usia begini *macam pic yang aku attach tu*. Usia-usia sebegini, baby lebih suka nak test gigi mereka untuk menggigit makanan yang anda beri *cutekan? :)*

 Simpan dalam bekas cute berpenutup.

Masukkan ke dalam fridge, dan anda boleh sediakan makanan untuk baby anda bila-bila masa sahaja dengan merendam bekas makanan tersebut di dalam air panas untuk beberapa minit *baby tak elok makan sejuk-sejuk*

Selamat mencuba para ibu muda semua :)

p/s: bila sebut macam ni macam terasa aku ni ibu tua pulak keh-keh-keh :P


3 comments:

  1. hye.. tq sbb bermurah ati nak share how to make a puree.. ehehe.. bby dah masuk 6 bln dah.. tp dia demam batuk n selesma.. dia lgsung xnak terima sbarang makanan.. tunggu dia sihat bru nak bg dia mkn.. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah... lebih elok macam gitu... pelan-pelan ajar dia makan solid food. Kalau dia tolak, tak payah paksa. Umur 6 bulan memang umur yang sesuai untuk mula makan solid food. Bila ckp macam gini teringat dkt anak-anak akak waktu kecik-kecik dulu. Hehehe

      Delete
  2. Asalam.nak tnyer kalau letk dlm peti ais, brape lame bleh tahan ye?

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)