Blogger templates

Jan 31, 2012

Ayam Bakar Wong Solo

Hai, jom kali ni kita cuba makan dekat Restoran Ayam Bakar Wong Solo. Kalau korang nak tau, restoran ni sebenarnya berasal dari Indonesia. Dan di sana ianya lebih dikenali dengan nama Rumah Makan Ayam Bakar Wong Solo. Motto yang disampaikan restoran ini iaitu Ayam Bakar Wong Solo Halalan Thayyiban, di mana pemiliknya cuba mengetengahkan konsep Islam melalui rumah makan yang dikelolakannya. Nak tahu mengenai sejarah Rumah Makan Ayam Bakar Wong Solo? Korang boleh baca dekat sini ---> http://www.wongsolo.com/tentang.php?nama=profile

Apa yang istimewanya pasal Ayam Bakar Wong Solo ni? Of course lah sebab makanannya kan? Pada pendapat i, bila sekali korang dah cuba makan dekat sini mesti berkali-kali nak datang lagi (tak percaya cakap i? Hah... kenalah pergi, baru korang tau macam mana sedapnya). Ikutkan menu yang dihidangkan sama je macam kebanyakan restoran ayam penyet yang lain. Cuma pilihannya lagik banyak sebab korang boleh buat order tambahan ala-carte contohnya macam Nasi Goreng Biasa, Emping, Gado-gado, Cah Kangkung, Balado Petai, Ayam / Daging Lada Hitam, Pecel Lele (ikan keli goreng rangup), Ulam dan lain-lain lagi. Harganya berbeza-beza untuk setiap hidangan ala-carte ni tapi pada i masih lagi reasonable (maksudnya kategori harga munasabah yang tidak menjerut leher kita bila lepas makan. Hehe).

Kalau korang nak makan dalam keadaan jimat (save budget gitu), korang pilih je makanan yang jenis set macam Set Ayam Penyet, Set Ayam Bakar, Set Empal Sapi dan Set Pecel Lele. Setiap set merangkumi nasi putih, balado terung (terung goreng berlada), tempe goreng, tahu goreng, salad dan air mineral sejuk. Harga untuk set ini cuma RM10.90 je (yeay! Berbaloi-baloi kan?). Untuk menambahkan kelazatan makanan yang korang pilih, biasanya dorang akan sediakan kicap cili api dan sambal. Hah, part sambal dekat Wong Solo ni memang favourite i habis. Kadang-kadang makan sambal tu sampai macam orang menangis. Tapi tangan tak nak berhenti nak tambah lagik. Hehe.

Nak tau apa lagik yang i suka dekat Restoran Ayam Bakar Wong Solo ni? I paling suka minuman jusnya. Dua jus yang selalu menjadi pilihan untuk i order ialah Jus Alpukat (Avocado) RM6.00 (siap ada campur coklat cair) dan Jus Jagung Sakinah RM5.50 (ahh... terbaik! Hehe).

Teringin nak pergi ke cawangan Ayam Bakar Wong Solo? Ok, cepat salin alamat dekat bawah ni.

No. 8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P
Pusat Komersial Seksyen 7, Seksyen 7
40000 Shah Alam
Selangor
No. Telefon : [03] 55111835

No. 8-G-1 & 9-G-1, Seksyen 9
Jalan Medan Pusat Bandar 4A
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
No. Telefon : [03] 89253414

No. G-18 & 19, Jalan Dagang B/3A
Taman Dagang
68000 Ampang,
Selangor
No. Telefon : [03] 42701947

No. 57, Jalan Raja Alang
Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
No. Telefon : [03] 26911680

No. 37, Jalan Sentosa Villa 1/1
Taman Sentosa Villa
Kajang
(Belakang Hospital Kajang)
No. Telefon : [03] 8734 4728

No. 25 & 27, Dataran Dwitasik, Jalan Dwitasik 1
Bandar Sri Permaisuri, Cheras
56000 Kuala Lumpur
No. Telefon : [03] 9171 1143

Dibuka dari hari Isnin hingga Ahad.
Pukul 11:30 pagi hingga 11:30 malam.

Buat masa ni, i dah pernah pergi dua cawangan Ayam Bakar Wong Solo iaitu dekat Taman Dagang dan Kampung Baru. Kedua-dua cawangan ni memuaskan hati i dari segi layanan dan kebersihan kedainya. Kemudahan tandas dan tempat bersolat juga ada disediakan. Menariknya macam dekat cawangan Kampung baru, korang boleh telefon mereka untuk bungkus makanan apa yang korang nak order. Macam mana pun Wong Solo tidak menyediakan perkhidmatan delivery tau, so korang kenalah ambil sendiri. Agak-agak kalau korang nak buat makan-makan dekat office tu, sesuailah telefon Wong Solo ni.

Ok, jom tengok gambar i yang kelaparan. Bismillahirrahmanirrahim....

Set kegemaran i ialah Set Ayam Penyet

Nak lepak-lepak sambil makan bersila pun boleh tau dekat sini.
Hubby i suka Set Ayam Bakar
Sambal dekat sini memang meletop! Tambahlah berapa banyak kali pun, takde sape yang marah.
Inilah Jus Jagung Sakinah (yummy!) 


p/s : Ayam Bakar Wong Solo membuktikan makanan simple pun boleh jadi sedap. Hoorey!


13 comments:

  1. aaaaa i ni dhla hantu ayam penyet. mmg i ada dgr tmpt ni sedap tp tak pnh try lg. nk tryla nanti hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, akak pun samalah Cha. Mana-mana nampak ayam penyet mesti nak try. Tapi ayam penyet dekat sini memang terbaik!! Dijamin best oleh akak. Tihihi..

      Delete
  2. wah air jagung itu buat sya terliur pn.reena!

    psst,reena kwn bloger sya aritu mkn kat restoran WS ni tapi ddk bersila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah rasanya kebanyakan Wong Solo ada sediakan tempat untuk bersila ni tapi tak penah lagik nak cuba duduk bersila makan kat sini. Hehe...

      Delete
  3. wong solo mmg my all time favourite!!!




    *subhanallah kak, cantiknyaaaaaa :')
    dah lama tak jenguk sini, bz sikit plus ada satu masa tu link blog akak di blog saya rosak cemana ntah. sorry :(

    i am so happppyyyy and soooo proud of u :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh.. seplah kita yang...

      Alahai... patutlah dah lama tak nampak dia jenguk akak. Takpelah, ni dah datang ni. Nasib baik dapat jumpa balik blog akak eh? Mekasih awak <3 <3 <3

      Delete
  4. ayu pun selalu mkn kt sini. masa mabuk2 ngandungkan fateh, nasi wang solo je boleh mkn..hehe. Ayu selalu pergi kt sec.7 tu.

    makin cantikla reena :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... agaknya kalau kita peknen lagik, kita pun mesti hari-hari nak pergi sini. Nasi Wong Solo ni walaupun takde kuah tapi special sangat rasa dia kan yang...

      Alahai mekacih Ayu :)

      Delete
  5. ke sini lps tya en google nombo contact wong solo bangi..haha..
    plan nak buke situ..tenkiu =)
    salam ramadan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... bestnya berbuka dekat Wong Solo. Anyway Salam Ramadhan juga.

      Delete
  6. Saye suka ayam bakar wong solo.. Remind me of Indonesia.. Sy suke sbb ayam die ayam kampung.. Hubby sy yg org malaysia pun suke sgt tempat ni.. Memang best la.. Sambal tu sy suke sampai habis and tambah lagi, dan.. Walo makan byk sambal tp x sakit perut.. Hehehe.. Btw, love your post and nice blog.. :)

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)