Blogger templates

Jun 30, 2012

Pemeriksaan Kesihatan

Assalamualaikum dan hai semua, terasa macam lama sangat i tak jengah blog ni kan? Kesian korang yang tertunggu-tunggu kehadiran i (eh, ada yang tunggu ke? Hehehe...) Ikutkan, i pun rindu sangat nak membebel dalam blog ni. Macam-macam cerita i nak ceritakan tapi tulah, kesuntukan masa nak berlegar lama-lama dalam internet, faktor kesihatan, beban kerja pejabat dan keutamaan untuk keluarga buatkan i kena berikan perhatian untuk mana yang lebih penting (huhuhu... tulah sebab kena korbankan masa berblog. Sorry ye korang).

Haishh... bukan senang jadi orang dewasa yang dah bekeluarga ni tau? Hehehe... Kalau dulu, i selalu berangan nak jadi dewasa cepat-cepat. Motifnya? Sebab nak kerja, dapat duit gaji tiap-tiap bulan, pakai mekap dan baju cantik-cantik dan boleh buat keputusan sendiri (hahaha... motif lah sangat kan?) Tapi bila dah dewasa ni (atau perkataan dahsyatnya semakin tua. Kehkehkeh). I harap sangat masa boleh bertukar balik ke belakang sebab i lebih rela ibu dan ayah buat keputusan untuk i, lebih rela kena marah dengan cikgu dan lebih rela mengadap peperiksaan dengan buku. Hahaha... senang cakap, jadi budak-budak ni tak payah nak fikir banyak benda pun. Tak nak kena marah, ikut jelah cakap orang tua. Habis cerita.

Macam mana pun janganlah korang fikir yang i macam give-up jadi orang dewasa pulak ye... Seronok jugak jadi dewasa ni, macam-macam pengalaman yang kita lalui hari-hari. Banyak sangat benda yang kita kena fikirkan atas apa pun keputusan yang kita ambil. Bila jadi dewasa, tak boleh pentingkan diri sendiri je, kena jaga hati keluarga. Kena tahu batas-batas tertentu, kena didik diri sendiri dulu sebelum didik anak-anak. Kena belajar terima teguran orang lain (selain ibu bapa) dengan hati terbuka. Kena kurangkan emo dan selalu tanamkan perasaan positif dalam diri. Yang sebenar-benarnya bila jadi dewasa ni kita kena selalu banyak bersabar (tarik nafas pelan-pelan kemudian lepaskan ye kawan-kawan. Hehehe...)

Oh, apa lagik perkara penting yang patut kita buat bila jadi dewasa? Hah... periksalah kesihatan selalu (seelok-eloknya setahun sekali) tak kiralah untuk kaum wanita atau pun lelaki. Sebab apa? Sebab banyak lagik perkara yang kita nak terokai setiap hari. Ye tak? Lagipun macam orang putih cakap prevent is better than cure (mencegah lebih baik daripada mengubati). Hehe...


ANTARA PEMERIKSAAN KESIHATAN YANG WAJIB KORANG LAKUKAN SETIAP TAHUN IALAH :-

1. Mengukur berat badan dengan ketinggian bagi mendapatkan berat badan yang ideal.

Body Mass Index (BMI) merupakan pengukuran yang membandingkan berat dan tinggi badan seseorang. Meskipun nilai yang dihasilkan dari formula BMI bukan berdasarkan jumlah lemak dalam tubuh, namun nilai BMI biasanya dijadikan pengiraan adakah seseorang memiliki tubuh yang ideal. Formula BMI digunakan di seluruh dunia sebagai alat diagnosis untuk mengetahui masalah berat badan seperti terlalu kurus, kurus, normal, atau gemuk. Kelompok hasil BMI telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh WHO. Di Asia nilai BMI nya adalah berbeza dengan nilai BMI di negara Barat.

Nilai pengiraan dari formula BMI lebih sesuai digunakan untuk orang dewasa. Untuk kanak-kanak, wanita hamil, dan orang yang berotot, nilai BMI ini tidak dapat digunakan. Nilai BMI juga boleh menentukan risiko terkena penyakit akibat berat badan, seperti jantung dan diabetes.

Sumber : kumpulan.info


Jom kita kira berapa BMI berat badan nak?

Menilai Berat Badan Anda (BMI)
Berat Anda (kg)
__________________ = BMI
Tinggi (m)
< 18.5 Berat Badan Berkurangan
18.5 - 22.9 Berat Badan Ideal
23.0 - 27.9 Berat Berlebihan
> 28.0 Obesiti


2. Pemeriksaan tekanan darah.

Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada arteri atau pembuluh darah ketika ia dipam oleh jantung ke seluruh anggota badan. Ujian tekanan darah dilakukan dengan mengambil dua ukuran dengan bacaan bagi tekanan darah normal adalah 120/80 mmHg. Nombor 120 menunjukkan tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung atau sistolik. Nombor 80 pula menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman dipanggil diastolik. Masa paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa berehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa tinggi daripada kadar biasa secara berlarutan, seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi.

Sumber : Utusan Malaysia

Sumber jadual : arbibm.blogspot.com

3. Pemeriksaan paras gula dalam darah.

Adalah penting bagi anda menjalani ujian paras gula darah sekiranya:

1. Anda mempunyai berat badan yang berlebihan
2. Anda mengalami kehilangan berat badan mendadak walaupun anda berselera makan
3. Ibu atau bapa anda penghidap diabetes
4. Anda kerap merasa dahaga, keletihan dan kerap kencing
5. Anda kerap kali mendapat kudis dan jangkitan
6. Anda mengandung


Sekiranya keputusan ujian paras gula darah anda tinggi, anda berkemungkinan seorang penghidap Diabetes. Diabetes boleh terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja walaupun ia lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa. Ramai penghidap Diabetes berasa sihat dan hanya menyedari mereka mengidap penyakit Diabetes apabila mereka menjalani ujian paras gula dalam darah.

Bagaimanakah ujian paras gula dalam darah dijalankan?

• Satu tusukan kecil jarum di hujung jari anda akan menghasilkan setitis dua darah. Titisan darah ini akan diletakkan di atas jaluran kertas khas dan dimasukkan ke dalam mesin kecil yang dipanggil glucometer. Dalam beberapa saat sahaja anda akan mengetahui keputusan paras gula darah.


• Ujian kedua memerlukan pengambilan beberapa mililiter darah dari salur darah vena di lengan dengan menggunakan jarum yang lebih besar. Darah ini akan dimasukkan ke dalam botol khas dan dihantar ke makmal untuk ujian. Anda boleh memperoleh keputusan ujian ini dalam masa beberapa jam ataupun dalam masa sehari.

Sumber : izieherb.net

Sumber : steviapage.blogspot.com

4. Pemeriksaan Payudara.

Pemeriksaan payudara diri bagi mengesan kehadiran benjol pada payudara perlu dilakukan sendiri setiap bulan, iaitu pada tiga atau empat hari selepas haid. Jika didapati ada perubahan pada buah dada, segera berjumpa doktor. Antara perubahan itu ialah kulit menjadi kasar, wujud nodus (benjol keras), penterbalikan puting atau kulit, kulit berkedut dan menjadi merah, keluar cecair gelap atau darah dari puting atau nodus limpa di bawah ketiak membengkak.

Ujian pemeriksaan kanser dilakukan secara manual (tangan) dan mamogram hanya untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bagaimanapun, wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi barah payudara perlu menjalani ujian mamogram lebih awal, iaitu pada usia 35 tahun. Usah takut untuk jalani pemeriksaan kesihatan, terutama wanita muda yang aktif melakukan hubungan seks. Ujian ini perlu dijalani sekurang-kurangnya setiap dua tahun sepanjang hayat walaupun usia mencecah 65 tahun.

Untuk cara pemeriksaan sendiri payudara dan keterangan lanjut, korang boleh rujuk di sini ---> http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemeriksaan_payudara_diri


5. Pemeriksaan Pap Smear.

Apa itu Pap Smear?

Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu Serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti. Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Untuk keterangan lanjut, boleh baca dekat sini ---> kpmcpuchong.com.my


6. Pemeriksaan gigi.

Pemeriksaan pergigian secara berkala penting untuk mengekalkan kesihatan gigi dan kesihatan secara keseluruhan.

Kenapa perlu anda melakukan pemeriksaan pergigian secara berkala?

Pemeriksaan gigi secara berkala penting bagi :-

1. Pencegahan penyakit gigi
2. Pengesanan awal penyakit gigi.
3. Penyeliaan penjagaan sendiri.

Sumber : izieherb.net


Alhamdulilah, pejabat i baru je adakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk ke semua stafnya (pheww...  best kan? Save budget i. Kehkehkeh). Walaupun sebenarnya, setiap tahun i selalu pergi ke SDMC atau pun nama panjangnya Sime Darby Medical Centre (dulu dikenali sebagai SJMC - Subang Jaya Medical Centre) untuk jalani pemeriksaan kesihatan dengan Dato' Dr. Siti Zaleha Zainal (nilah doktor gynae favourite i yang dah bantu lahirkan ketiga-tiga anak i) dan giliran nak berjumpa Dr. Siti memang lama (sebab ramai betul pesakit yang pilih dia). Tapi sebab tengok semangat Dr. Siti yang melayan semua pesakitnya dengan senyuman tanpa mengira waktu buat i rasa penantian i berbaloi sangat.

Ok korang tu je nak cerita... Bye-bye. Jaga kesihatan selalu tau.

Tengah tunggu giliran nak jumpa Dato' Dr. Siti Zaleha. 



p/s : tunggu punya tunggu punya tunggu sampai dah takde orang dah. Hehehe...

16 comments:

  1. ooo rindu plak nak ke SDMC ... hehehe...takde motip ...


    dari dulu smpi skrg, saya mmg failed betul nak baca tekanan darah tu ...hihihi

    semoga Allah beri kita semua nikmat kesihatan yang baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Saya pun tak faham jugak Mak Encik bila doktor kata tekanan darah awak rendah. Main angguk-angguk kepala je, tang nombor mana yang rendah. Tak juga faham. Hahaha... Sebab tu lah create entry ni sebab senang nak tengok balik.

      Delete
  2. yang dah lame tak cek...cek gigi..hehehe..

    yang lain tu selalu buat...free aje kat tempat kerja...
    pap smear pon dah buat...:)
    thank info ni reenna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghh... free aje, lepas tu boleh selalu buat. Bestnya!!!

      Your welcome dear!

      Delete
  3. hai reena...emm bile dh dewasa ni byk perkara kena amik perhatian kan..jga kesihatan iyer (^_^)

    ReplyDelete
  4. sy mmg takut gi medical check up..setiap kali pegi,mesti badan shaking.. pastu doktor dah risau kenapa dengan sy n takut sy ada sakit lain hakhkaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... duh macam gitu sekali ke dia punya takut. Confirmlah doktor pun panik :)

      Delete
  5. tulah kak. kadang2 kite pon selalu rasa nak kembali ke zaman silam. cewahhh. poyo gile ayat. zaman silam. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... zaman silam yang mana tu Wana?? :P

      Delete
  6. tak penah check la.. kalau rajin pun time mengandung jer..

    tp bulan lepas first time check pap smear tu pun kebetulan checkup anak2 i dan nurse suggest kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahh... kita pun lebih kurang je dengan Far tapi sekarang ni nak cuba ubah perangai. Nak jaga kesihatan baik-baik. Hehehe...

      Delete
  7. elok kita jaga kesihatan utk kita jaga org2 sekeliling yg kita sayng kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Itulah yang sebaik-baiknya :)

      Delete
  8. aku rs aku overweight #tetibe bfikir nak start apa dulu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagik Jue, cepat ambil tindakan. Hehehe... :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)