Blogger templates

Jan 20, 2012

Buku Belajar Bahasa Inggeris

Setiap kali kalau tengok tv atau dengar deejay (juruhebah) radio yang berbangsa melayu boleh bercakap bahasa inggeris dengan fasih umpama macam kunyah coklat ferrero rocher. I rasa kagum sangat. Bestnya kalau i sendiri boleh cakap macam tu dengan sesiapa pun. Bukanlah i tak tahu langsung berbahasa inggeris cuma kurang keyakinan (confident) je nak bercakap dengan orang. Walaupun ikutkan semua memo, surat atau report untuk kerja yang i buat pun dalam bahasa inggeris. Kiranya i boleh menulis / mengarang dalam bahasa inggeris tapi bila bercakap, i jadi fobia. Haha. Yang kelakar pulak, kalau i rasa marah, rasa stress atau over-excited dengan satu-satu keadaan tu, boleh je i cakap bahasa inggeris laju-laju. Sampai i pun tak sangka boleh cakap macam tu punya hebat (pulak dah haha). Bila i prepare ayat-ayat untuk bercakap, habis segala ayat yang i nak gunakan tu berterabur entah ke mana. Sudahnya, i tergagap-gagap nak mulakan satu perbualan tu (huhuhu). Agak-agak, korang ada tak menghadapi masalah macam i? Masalah fobia nak cakap bahasa inggeris (boleh gitu?).

Bukanlah i nak membangga-banggakan sangat bahasa inggeris tapi bahasa inggeris ni sebenarnya penting dalam kehidupan kita. Dengan memahirkan bahasa inggeris, mana tau kita jadi bertambah yakin nak berkomunikasi dengan semua bangsa dalam dunia ni. Lagipun bahasa inggeris ni kan bahasa antarabangsa. Dan melalui kemahiran bahasa inggeris tu insya-Allah kita akan jadi lebih berjaya daripada sekarang ke? Siapa tahu kan?

Disebabkan daripada kelemahan ni, i cuba cari buku-buku yang sesuai untuk membantu i belajar bahasa inggeris tapi semua buku-buku yang jumpa buat i hanyut ke laut lepas je. Eh, apa tu? Tidurlah tu maksudnya (hehehe). Tapi entah macam mana satu hari tu, i terjumpa satu buku yang betul-betul buat i jadi bersemangat balik nak kuasai bahasa inggeris. Buku ni officemate i yang perkenalkan, tu pun mula-mula i buat pandang sebelah mata je nak tengok isi kandungannya. Yelah, sebab selalu sangat jumpa buku-buku yang buat i kecewa jadi i malas nak mengharap sangat. Tapi terus-terang i cakap buku ni memang lain daripada yang lain, bila i selak, makin selak dan selak, i jadi seronok nak baca. Hari yang sama juga, i pergi MPH Bookstore dapatkan bukan satu tapi dua edisi untuk buku ni (Sorry, i tak pasti samada kedai buku lain ada jual buku ini atau pun tak).

Nama tajuk buku ni ialah :-

English Fast & Easy (Useful phrases for work and everyday life)
*kalau dalam bahasa melayu: Inggeris Cepat dan Senang (Frasa berguna untuk kerja dan kehidupan harian)* [nak jugak dia translate kan tu. Hehehe]

dan

English Fast & Easy 2 (Useful word for work and everyday life).

Pengarang : Marianna Pascal
Harga sebuah buku ialah RM29.90

Apa yang menarik mengenai buku-buku dekat atas ni? Ianya mengajar kita menggunakan perkataan dan ayat inggeris yang bersesuaian dalam apa jua situasi / kegiatan harian yang kita lakukan. Setiap contoh yang dipaparkan disertakan sekali dengan gambar-gambar komik yang menarik untuk memudahkan kita faham apa yang ingin disampaikan. Ada kuiz untuk kita selesaikan bagi menguji tahap kefahaman kita. Dan yang best, buku ni juga ada dikeluarkan untuk versi poket (pocket version) jadi senanglah untuk kita bawa ke mana-mana.

Kedua-dua buku ni memang banyak membantu i meningkatkan tahap komunikasi i dalam bahasa inggeris. I cadangkan sangat buku ni untuk semua orang, tak kiralah korang muda ke, tua ke, bekerja ke, tak bekerja ke, belajar ke, tengah termenung ke.... Yang penting kalau korang rasa nak meningkatkan self-confidence korang berkomunikasi bahasa inggeris dengan orang lain. Inilah buku yang paling tepat sekali.

Apa-apa hal pun, jom tengok macam mana rupa sebenar buku i yang katakan ni.

BUKU EDISI PERTAMA
English Fast & Easy (Useful phrases for work and everyday life)


Ada puzzle kena selesaikan tapi i tak buat pun sebab sayang nak conteng


BUKU EDISI KEDUA
English Fast & Easy 2 (Useful word for work and everyday life).




Cantikkan pengarang buku  ni?

p/s : menuntut ilmu tu takde batasannya :)

12 comments:

  1. omg! kak reena baguslah ade smngt nk perbaiki BE..

    ala kak reena,dgr lagu pmputeh je nnti beser taw dan confident nk spoken ..

    lagipun kan..yg ckp omputeh tu kdg bkn ikut grammer pun.."mem belasah"..

    so.good luck to spoken english..


    eem what is your name?

    hahaha lariiiii

    ReplyDelete
  2. @Uchi kay-f @hmad Hah?? Haha.. maybe i'm not fluent speaking in english but i can write very well in english.

    For your information uchi, one of the easiest but effective ways to learn speaking fluent english is to listen radio and tv shows hosted by native english speakers. I don't think that through english song you can build and improve your communication skills better.

    By the way, let me correct your mistake. It's not good luck to spoken english but it should be good luck to speak in english.

    Lepas perkataan 'to' tak boleh guna perkataan 'past participle' tau, kena guna 'present tense'.

    Eh, panjang pulak komen akak. Hehehe... What is your name tu betul.

    My name is reena.

    Peace :)

    ReplyDelete
  3. @Reena:pergh..awesome! ni dah kire fluent abis ni..sebijik ayt dlm surat kabor news street times lah kak reena!

    thumb -up!

    i accept u opinion!

    ReplyDelete
  4. Cik Reena, so sekarang ada perubahan tak? saya sekarang masih mengalami masalah yang sama untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.Ada semacam masalah..kalaula dalam dunia ni bahasa melayu sebagai bahasa antarabangsa kan bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tanyakan soalan ini :) so far, alhamdulilah buku-buku yang saya perkenalkan ni banyak membantu saya untuk gunakan ayat-ayat lain selain dari ayat harian / simple yang biasa kita gunakan bila bertutur dalam bahasa inggeris. Mungkin tak selancar seperti mana mereka yang sememangnya fasih dalam bahasa inggeris tapi sedikit sebanyak ianya membantu.

      Untuk melancarkan bahasa inggeris tak semestinya kita kena membaca dan menonton filem-filem inggeris sahaja, apa yang penting kena yakinkan diri untuk converse dalam bahasa inggeris dengan orang lain. Jangan takut untuk mencuba, mulakan je dengan ayat yang simple. Lama-kelamaan awak akan biasa. Sama-sama kita berusaha ok. Saya pun sekarang ni tengah cuba untuk belajar bahasa Jepun pulak. Nampaknya kenalah berkenalan dengan orang Jepun.

      Jangan putus asa! :)

      Delete
  5. i wanna grab this book..tq for d info.very helpful xiexie=)

    ReplyDelete
  6. Thanks . Info yang sangat membantu .

    ReplyDelete
  7. Macam best je buku ni...kat mane ade jual ek...

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)