Blogger templates

Jan 13, 2012

Legoland Malaysia

Dengar tajuk entry i ni, korang dah rasa excited tak? I pun awal-awal lagi dah excited bila diuar-uarkan yang Legoland akan dibuka di Malaysia. Macam mana pun, apa yang i tahu, Legoland berkemungkinan besar akan dibuka kepada orang ramai pada bulan Oktober 2012. Lokasinya pulak terletak di Nusajaya, Johor. Wahh!! Bangga tau i sebagai anak jati Johor (eceh! Hehe).

ANYWAY LEGOLAND MALAYSIA DAH DIBUKA PADA 15 SEPTEMBER 2012, NAK BACA PENGALAMAN I, JOM KLIK SINI --->
http://www.reenaonline.com/2012/11/legoland-malaysia-kami-di-sini.html


Rasanya mesti korang taukan apa itu Lego? Eh, ada jugak yang tak tau Lego tu apa? Takpe-takpe meh sini i bagitau, Lego ni merupakan mainan kanak-kanak (toys) dalam bentuk kepingan blok yang kita kena bina dan pasang dulu. Selepas siap cantumkan kesemua kepingan blok tu ikut instruction (arahan cara pemasangan) yang dia sertakan sekali dalam kotak lego tu, barulah lego ni kita boleh jadikan sebagai mainan atau pun sebagai collection items.  Walaupun ada yang kata Lego ni hanya untuk budak-budak kecik tapi i rasa orang tua pun ramai jugak yang minat Lego ni walaupun dah jadi suami, isteri atau dah beranak-pinak sekalipun. Eleh, toksah kelentong lah. Hehe. Cuma orang tua tak boleh excited nak main Lego ni lebih-lebih sebab confirm boleh jadi peperangan besar berebut dengan anak-anak dorang (ish, tak malu tau, macam budak-budak je. Haha).

So, korang bayangkanlah kalau dekat Legoland, Lego mainan yang selalu korang tengok tu jadi 20 atau 30 kali ganda lebih besar daripada saiz sebenar. Dan yang best tu, korang boleh sentuh, cuba dan naik atas Lego tu (eeee... seronoknya!! opps... excited dah datang balik. hehe). Jadi apa itu sebenarnya Legoland? Kalau korang nak tau, Legoland ni ialah sebuah amusement park / theme park atau orang melayu panggil Taman Tema Hiburan. Alaa... macam ala-ala dekat Genting Highland Theme Park tu tapi bezanya Taman Tema Legoland ni lagik best. Apataknya Legoland ni dah lama wujud di luar negara (oversea gitu tau!). Selain Malaysia, lokasi Legoland di luar negara ialah:-

Legoland Billund, Denmark
Legoland Windsor, United Kingdom, England
Legoland Deutschland, Germany
Legoland California, USA
Legoland Florida, USA

Kiranya Legoland ni merupakan Taman Tema Hiburan Antarabangsa (international hokeh!) yang pertama di Malaysia (Hebat tak? Hebat tak?) Ada bermacam-macam aktiviti yang korang boleh lakukan  bersama dengan keluarga antaranya korang boleh membina blok-blok besar Lego, menaiki roller-coaster Lego yang boleh buat korang kecut perut, menjelajah istana besar (the giant castle) dengan naga, menjelajah tempat-tempat yang penuh misteri, berlumba dengan kereta Lego, beramai-ramai memadam api dari trak bomba (fire truck) dan meninjau pelbagai bandar di dunia yang diperbuat daripada Lego. Apa yang i bagitau ni cuma sebahagian je. Dengan keluasan 70 ekar, Legoland menempatkan lebih daripada 40 permainan / aktiviti interaktif yang boleh korang lakukan. Fuhh, untuk mereka yang berusia 30 tahun ke atas pastikan stamina korang cukup waktu masuk dalam Legoland ni ye (eh, hehe).





pinjam gambar dari website Legoland Malaysia (sebagai gambaran untuk korang)

Harga tiket masuk ke Legoland ialah seperti di bawah:

TIKET UNTUK SEHARI
Dewasa - RM140.00
Kanak-kanak (dari umur 3 hingga 11 tahun) - RM110.00


PAS TAHUNAN (SEPANJANG TAHUN)
Dewasa - RM275.00
Kanak-kanak (dari umur 3 hingga 11 tahun) - RM210.00

Walaubagaimanapun sekarang ni, Legoland ada buat tawaran istimewa tiket bagi PAS TAHUNAN bersempena pembukaannya tak lama lagi (pre-opening annual pass). Kalau dah sebut harga tawaran tu mestilah harganya boleh buat korang double excited. Tawaran ni hanya sah melalui pembelian di atas talian / internet (online) sahaja dan untuk jangkamasa yang tertentu sahaja. Jadi, korang kenalah cepat-cepat beli sebab pada pendapat i, harga pas tahunan ni berbaloi sangat-sangat! Dan untuk harga yang ditawarkan ini korang boleh masuk ke Legoland tanpa henti sepanjang dari tahun 2012 (bermula dari masa pembukaan Legoland) sehingga penghujung 2013. Mesti korang dah tak sabar nak tau berapa harganya kan? Yelah-yelah i bagitau. Hehe.

PAS TAHUNAN PEMBUKAAN LEGOLAND

Dewasa - RM195.00
Kanak-kanak (dari umur 3 hingga 11 tahun) - RM150.00


Murah tak kengkawan?
Klik link bawah ni, kalau korang nak tiket pas tahunan secepat mungkin (yeay!)
http://www.airasiaredtix.com/

Cuma i nak ingatkan dekat korang semua sebelum beli pre-opening annual pass ini. Korang jangan terkejut kalau tetiba kena bayar lebih sebabnya akan ada sedikit caj tambahan yang dikenakan oleh Air Asia Red Tix sebanyak RM3.00 seorang untuk setiap tiket yang korang beli dan hanya RM5.00 untuk caj tempahan (booking charge) untuk sekali transaksi. Maksudnya kalau korang beli tiket dewasa untuk dua orang, jumlah yang perlu korang bayar ialah (RM195 + RM3.00) + (RM195.00 + RM3.00) + RM5.00 = Jumlah keseluruhan yang korang akan bayar ialah RM401.00.

Eh, macam mana i tau pasal caj ni? Hehe, mestilah i tau sebabnya hubby i dah belikan tiket pre-opening annual pass ni pada 6hb Januari 2012. So, kami berlima (i, hubby dan anak-anak) nanti confirm jadi pelawat tetap Legoland (pengsanlah korang tengok gambar kita orang nanti. Hehe). Apa-apa pun, untuk pengetahuan korang selepas berjaya membuat pembayaran melalui Air Asia Red Tix ini. Dorang akan hantar e-ticket melalui emel korang. E-ticket ni korang kenalah cetak (print) bagi mendapatkan pas tahunan yang sebenar di Legoland. Tempoh penebusan (redemption) e-ticket ni bermula dari masa pembukaan Legoland sehingga 31hb Disember 2012 sahaja. So, sesapa yang lewat tu, tak dapek lah den nak nolong. Hehe

Jeng-jeng-jeng. Ehem, jeles tak? Hehe


p/s: Ada sesapa yang dah beli pre-opening annual pass ni jugak tak? Jom kita serbu sesama.

Untuk keterangan lanjut, korang bolehlah jenguk ke Legoland Malaysia


UPDATE / KEMASKINI TERBARUAnyway kita orang dah berseronok sakan dekat sini, teringin nak baca. Mehla klik sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/11/legoland-malaysia-kami-di-sini.html

Macih!

16 comments:

  1. kak reena,adik saya sllu masuk situ..!!!

    we are proud as johorean too!!!

    ReplyDelete
  2. @Uchi kay-f @hmad Eh, adik awak keje dalam Legoland ke? Bestnye..

    Walaupun orang Johor tapi akak bukan orang Jawa tau. Hehe.

    ReplyDelete
  3. hhhuuuu~~ memang eksaited mak, nyah. hahahhaha.. ticket price dah ala ala universal studio dah.

    eh ko beli tiket berlima je ke. bukan berenam ke.
    (aku punya tiket mana. mana. mana. hahahahha)

    ReplyDelete
  4. saiazuan tu selalu dpt tiket free tp dia tak dapat pegi sebb dia study kat arau. jadi drpd membazir dia pass kat aku. yang tiket kedua ni dia ada offer kat kawan yg lain tp semua tak free. aku je yg free jd dia bagi kat aku.

    dia bg kat kawan blogger yg rajin tweet ngan chat ngan dia kat fb. kalau nak rajinla nyembang ngan dia. hihi

    ReplyDelete
  5. @Hanie Dew Eh, laa.. tak tau pulak yang aku ada anak TUA lagik sorang eh? Haha.. apa kata kau pergi POW boipren kau sekarang Hanie.

    ReplyDelete
  6. @Hanie Dew Ish, tak retilah aku nak menyembang dengan dia Hanie. Takpe, lenkali kau pow banyak-banyak sikit dari dia k. Lepas tu pass dekat aku sekali 5 tiket. Mekacih. Hehe

    ReplyDelete
  7. @Reena:oh no..no..compny adik saya ade project dlm tue legoland tu ade byk fasa..yg kak reena tulis ,itu baru fasa prtama "main entrance"..

    ReplyDelete
  8. @Uchi kay-f @hmad ohyeke? Untungnya adik dia dapat masuk free pulak tu. Hehe

    ReplyDelete
  9. Dh dibuka ke belum ni confuse lak.. Huhuu

    Emel sy leh? : pinguincomel@gmail.com

    Excited nk pegi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Incik Pingu, Legoland ni belum dibuka lagi. Kemungkinan besar pada bulan Oktober 2012. Jadi sekarang ni dia tengah buat promosi pembelian pas tahunan dengan harga yang murah. Belilah cepat-cepat sebelum tawaran habis :)

      Delete
  10. pn reena, kalo beli pas tahunan tu kire bleh p bile2 mase smpai hujung tahun 2013 ke? xkesah ke bape kali pon nk p?

    ReplyDelete
  11. assalam pn reena saya nak try beli tiket nie, nak tny lambat tak dia reply setelah buat pembayaran? habis tu nak kena cepat2 print ke (sbb kat uma takde printer) - nina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Nina :)

      Lepas je buat pembayaran, Air Asia Red Tix akan terus hantar e-tiket ke emel awak. Jadi bila-bila masa awak boleh print tiket tu :)

      Delete
  12. bapak mahal tiket dy =="
    haih.tgk gambo pun jadi le..tu je yg mmpu..huhu ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah memang mahal pun :( Ni kalau tak best Legoland ni, siaplah (hehehe)...

      Takpelah dear, nanti tengok gambar akak pergi sana jelah :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)