Blogger templates

Jun 7, 2012

Dataran Merdeka / Merdeka Square

Dah lama i tak jejakkan kaki dekat Dataran Merdeka. Kali terakhir i datang ke sini rasanya pada tahun 1990. Waktu tu i kecik lagik, datang jalan-jalan pun dengan ibu dan ayah i sempena cuti sekolah. Kalau dulu bila tiba musim cuti sekolah, i rasa excited je nak datang jalan-jalan dekat Kuala Lumpur. Yelah, bila sebut perkataan KL zaman dulu-dulu, dah terasa metropolitan habis dah umpama macam pergi London gitu. Semua tempat i rasa nak jelajah dekat Kuala Lumpur ni. Kagum sangat tengok bangunan-bangunan tinggi dan cantik yang ada dekat Kuala Lumpur. Siap pernah berangan nak tinggal dekat sini bila i dah dewasa. Dan yang buat i tak sangka sangat rupa-rupanya impian i dari kecil jadi kenyataan (alhamdulilah). Macam mana pun bila dah 10 tahun menetap dan bekerja dekat Kuala Lumpur, takde pulak i terfikir nak melawat tempat-tempat menarik yang ada dekat Kuala Lumpur ni macam Jambatan Gantung KLCC, Planetarium, Muzium Negara dan lain-lain lagi. Tapi peliknya shopping complex larat pulak diredahnya taip-tiap minggu. Hehehe... Alaa... kira tempat menarik jugaklah tu kan?

Takpe, memandangkan anak-anak i pun dah semakin membesar rasanya aktiviti berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur ni boleh i mulakan bila-bila masa. Korang pun bolehlah ikut i jalan-jalan sama. Jalan-jalan dalam blog i jelah sambil tengok gambar yang i ambil. Nak bawak naik kereta i, alahai kereta i kecik je. Tak muat nak masukkan korang semua yang comel-comel belaka. Hehehe...

Sebelum i tunjukkan korang gambar i sekeluarga yang habiskan masa hujung minggu berjalan-jalan dekat Dataran Merdeka dan jenis-jenis bangunan yang ada di sekitar Dataran Merdeka. Apa kata korang baca dulu sejarah Dataran Merdeka / Merdeka Square dekat bawah. I pun sebenarnya dah terlupa mengenai beberapa fakta menarik mengenai Dataran Merdeka ni selain daripada laungan "Merdeka" yang dilakukan oleh YAM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah, turut dikenali sebagai BAPA MALAYSIA atau BAPA KEMERDEKAAN. Jadi marilah kita tambahkan ilmu pengetahuan bersama-sama (chewah!) Hehehe...

Di padang inilah bendera Malaysia dikibarkan buat pertama kalinya menggantikan bendera Union Jack pada pukul 12.01 malam 31 Ogos 1957 menandakan tamatnya kuasa Inggeris di Tanah Melayu dan negara ini bebas dari cengkaman penjajahan. Di sini juga perayaan menyambut detik tengah malam 31 Ogos diadakan setiap tahun yang disertai oleh ribuan rakyat dari pelbagai kaum dan keturunan. Sambutan dan perarakan ulang tahun kemerdekaan Malaysia sering diadakan di sini. Tiang bendera setinggi 95 meter yang didirikan di penjuru padang ini merupakan antara yang tertinggi di dunia.

Dataran Merdeka asalnya Padang Kelab Selangor yang ditubuhkan pada tahun 1884 oleh Inggeris semasa penjajahannya di Tanah Melayu. Kedudukannya yang strategik dan eksklusif menyerupai suasana dan persekitaran sebagaimana yang terdapat di tanah air mereka sendiri. Padang Kelab ini antara lain menjadi kelab sosial dan sekali-sekala digunakan untuk permainan kriket. Di penjuru padang ini terdapat sebuah pancuran air yang dibina pada tahun 1897.

Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan bersejarah termasuk Bangunan Kelab Diraja Selangor yang terletak di penjuru padang di mana orang-orang penting Kuala Lumpur sering bertemu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan Peringatan yang dibina 1909, kathedral St Mary's Anglican, bangunan bercirikan Gothik yang berusia lebih seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden yang menakjubkan.

Bendera Malaysia megah berkibar.





Belakang i tu Bangunan Dayabumi.

Berlatar belakangkan Televisyen Gergasi

Cantikkan permandangan Kuala Lumpur dari Dataran Merdeka.

Bangunan Sultan Abdul Samad.

Muzium Tekstil Negara.

Mural berhadapan dengan Galeri Kuala Lumpur.

Perpustakaan Kuala Lumpur.

Restoran Warisan - Orang kahwin ramai adakan resepsi dorang dekat sini.

I LOVE Kuala Lumpur. Yes i do.

p/s : Menarikkan semua gambar bangunan dekat sini?


19 comments:

  1. wah diam tak diam dh 10 thn jadi warga KL iya reena...hihihi eh tapi mmg betullah dulu masa kecik2 klu taim cuti skola,itulah tmpt yg akan jadi "agenda" percutian jln2 tuk para murid ...

    jgn tnye sya dh jejak iya..opkoslah reena dh taw jwpnnye hahaha...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyee... sekejap je dah 10 tahun. Tapi masa saya jadi murid-murid cikgu tak bawak pergi sini. Dia bawak pergi tengok Muzium Negara.

      Delete
  2. Saya yang dah duduk dekat kl ni dalam 4 tahun belum sampai lagi dekat sini, i mean lalu jelah tak penah turun nak jelajah. hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan akak pun sama, dalam 10 tahun duduk KL. Nilah first time datang. Boleh gitu? Hahaha

      Delete
  3. eh dah lama mun tak p sini tau..alasan sebab malas nak masuk kl..hahahhaaa

    ReplyDelete
  4. akak x love kl sbb x duk kl..hehe

    ReplyDelete
  5. i love kl tooo. sebab banyak tempat sopink walaupon terseksa sebab selalu jam. hahaha

    ReplyDelete
  6. saya pon dah lame tak ke sini last mase tahun 2000 kot...mesti dah banyak perubahan...

    ReplyDelete
  7. Hai kak reena!*hug* sy baru jumpe blog akak.. Hm, love at the first sight..hehe..i adore u sebab akak ada 3 anak tapi maintain cute sgt..suke baca cerita2 akak..teruskan berblogging :)

    "Kalau dulu bila tiba musim cuti sekolah, i rasa excited je nak datang jalan-jalan dekat Kuala Lumpur." Haha..sama lah kita..terkenang zaman budak2..

    ReplyDelete
  8. selalu lalu je bila pg kl tp tak pnh nak benti huhu. next time maybe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... seronok sekali-sekala singgah tempat yang jarang-jarang pegi ni :)

      Delete
  9. bosan dah aku aih hari hari lalu kat sini..hahahaha

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)