Blogger templates

Jan 8, 2012

Tips Apa Yang Perlu Ada Selepas Membeli DSLR

Wahh! Buat tajuk entry berbaur profesional gitu (hahaha!). Takdela profesional mana pun, saja nak sharing seciput info yang i tau ni dengan korang. I kan caring orangnya (ahaks!)

Ikutkan masa awal-awal beli kamera Nikon D5100 DSLR dulu tu pun i main hentam je (boleh baca pengalaman i beli kamera dekat sini http://www.reenaonline.com/2011/10/nikon-d5100.html) Maklumla, nak tanya orang-orang yang pro ni, i sendiri tak tau nak buat soalan macam mana. Bila i tanya, "macam mana kau buat gambar ni boleh jadi rupa macam ni?" Jawapan yang dorang bagi, terus buat i nganga (tapi dalam hati je la). Muka habis serius dengar explanation dorang sambil angguk-angguk kepala. Habis dengar, tak paham-paham jugak (kompom kalau time sekolah ni, kena masuk kelas corot. Oh no!) So, i pikir kalau setakat dengar je memang susah betul nak lekat dekat kepala. Nak tak nak kenala check balance dekat ATM, kena gak pujuk-pujuk hubby (mintak top-up sikit tihihi) dan kena jugak rembat seketul DSLR. Yelah, setakat baca dan dengar orang bercerita tanpa picit-picit kamera sebenar macam mana kita nak betul-betul paham. Nak tak nak kena berkorban $$$ (kaching!) sikit. Pengalaman tu yang penting, tak boleh ditukar ganti. Terasa seronoklah sikit tangkap moment penting dalam hidup dengan kamera DSLR ni, rasa macam gambar tu boleh bercakap (gitulahhh :)).

Kalau korang nak tau (untuk orang yang baru kick-start dengan kamera macam i lah), selain korang kena sediakan ongkos perbelanjaan beli kamera, korang kena jugak sediakan duit tambahan beli aksesori penting. Macam waktu i beli kamera Nikon D5100, i dah dapat 3 free gifts iaitu Beg kamera Nikon, Tripod dan Kad SD (SD Card). Tapi biasalahkan, nama pun free biasanya kad SD yang dorang tawarkan tu, kad SD yang paling simple untuk DSLR. Kad ni memang boleh guna cuma dari segi kelajuan untuk capture gambar atau nak buat movie tak berapa sesuai sebab dia quite slow (takut tersangkut-sangkut pulak). Jadi, macam i sendiri orang kedai tu offer untuk trade-in SD Card yang i dapat free tu dengan SD Card yang pantas macam roket (perkataan roket tu saje i tambah. Hehe). Biasanya SD Card yang hebat/pantas ni ada mention perkataan CLASS 10. Cuba korang tengok pic bawah ni. Nilah SD Card yang i guna :)

SD Card takde dalam bekas ni sebab apa? Sebab dah masukkan dalam kamera la. Hehe

Bila dah ada SD Card berkuasa tinggi ni senanglah i nak tangkap gambar secara laju-laju (eceh!). Lepas tu benda kedua yang penting yang i beli untuk pastikan kamera Nikon D5100 DSLR berada dalam keadaan yang selamat sejahtera ialah Lens Filter. Lens Filter ni penting untuk memelihara lens kamera korang dari diapa-apakan. Dah beli barang mainan mahal, kenalah jaga elok-elok kan? Tujuan lens filter diperlukan ialah untuk mengurangkan kemasukan cahaya UV, menjadikan objek jauh lebih jelas serta melindungi daripada habuk, calar, kelembapan dan fingerprints (for sure CSI tak boleh detect ni. Hehe). So, dekat bawah ni ialah lens filter yang i beli berjenama iLens. Tak kisah pun apa brand yang korang nak beli, janji tujuan lens filter yang korang beli tu sama macam yang i bagitau tadi.

Rasanya mana-mana bekas lens filter sama je rupa camgini.

Perkara asas ketiga yang i beli selepas ada kamera Nikon D5100 DSLR ialah Camera Cleaning Kit (dalam bahasa melayu bunyinya macam gini kot, Alatan Kecil Pencuci Kamera. Boleh gitu? Hehe) Benda-benda ni untuk memastikan lens korang tak berdebu atau berhabuk dan memastikan gambar yang terhasil lagi cantik dan sharp. Camera cleaning kit milik i ni terdiri dari Blower, Marker (ni untuk padam sebarang kesan cap jari yang ada dekat lens) dan kain lap cermin mata (eh, haha.. i tak tau nama saintifik kain ni). Nak tengok macam mana rupa sebenar benda-benda yang i ceritakan ni. Sila tengok pic bawah.

Selalunya blower untuk keyboard komputer i kecik je, sekali tengok blower untuk kamera. Hambik kau!

Lepas ni, i story lagik pasal alatan-alatan / aksesori baru yang i beli untuk kamera Nikon D5100 DSLR i ni k. Sebenarnya perkara yang i bagitau dekat entry ni bukan hanya untuk pengguna DSLR Nikon je, untuk pengguna DSLR lain pun sama je kena tau dan wajib ada benda-benda ni semua. Sebab i tau, nanti korang akan tanya soalan dekat i, "awak pakai kamera apa eh?" Sebab tulah dari awal sampai habis entry ni, korang akan perasan yang i asyik-asyik mention nama Nikon D5100 (gitulah... hehe).

p/s: Happy click-click semua! Tata

10 comments:

  1. Nak tanya awk beli lens filter & camera cleaning kit berape yer?? & beli dekat mane.

    ReplyDelete
  2. @Norshakila Kalau nak tau specific price, sorry sangat-sangat sebab dah tak ingat berapa harga sebenarnya. Tapi untuk 2 items yang awak tanyakan ni, total price nya lebih kurang RM50++ (atau mungkin dapat lebih murah daripada tu). Saya beli dekat Plaza Low Yatt. Kena ronda keliling dulu untuk buat comparison harga. Penat tapi insya-Allah berbaloi :) hehe

    ReplyDelete
  3. @Norshakila BTW Kila, akak cuba nak bagi komen dekat blog awak tapi tak boleh bukaklah :( Sori

    ReplyDelete
  4. pergh terbaeklah kak reena,dah boleh jadi sumber rujukan kaki camera entry ni!

    ReplyDelete
  5. @Uchi kay-f @hmad Haha, takdela hebat sangat dek oii. Still lagik dalam process learning. Tapi memang seronok tgk hasil capture kamera DSLR ni tau. Gambar biasa-biasa pun nampak macam best je tengok :)

    ReplyDelete
  6. tengah survey harga nikon D5100 nie. u beli harga berapa eh. hebat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah hebat. Hehehe... boleh baca entry kita yang ini ok http://www.reenaonline.com/2011/10/nikon-d5100.html :)

      Delete
  7. Gelak baca your entry ni. .Siap bacakan kuat2 kat enche hubby (yg tgh drive sblh ni) smbil nak usha dia sponsor NIKoN D5100 nih heheh. .Doakan I berjaya mengLobi ok mengSurvey dah sudah ;-)

    Lay man explaination jadi boleh ler
    Orang macam I memahaminyerr,tengkiu dear

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)