Blogger templates

Feb 8, 2012

Cikgu Nasi Ulam / Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan

Akhirnya sampai jugak ke senarai nombor tiga untuk jalan-jalan cari makan di Kota Bharu, Kelantan versi tekak Reena. Alahai ni je ke? Takde lagik ke senarai-senarai lain? Eh, jangan risau. Confirm punya ada nanti. Tapi korang kenalah tunggu i pergi Kota Bharu lagik sekali. Baru i boleh bagi review / ulasan secara jujur, telus dan ikhlas (ecehhh). Untuk senarai lain jalan-jalan cari makan di Kota Bharu, Kelantan yang i dah buat review / ulasan korang boleh picit link bawah ok :-



Apa senarai yang nombor tiga pulak untuk jjcm kali ni? (Wahh... JJCM gitu tau). Jeng-jeng-jeng, ni juga antara kedai makan yang popular dekat Kota Bharu, Kelantan yang hangat diperkatakan oleh warga internet iaitu Cikgu Nasi Ulam atau pun nama sebenarnya ialah Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan. Adakah Nasi Ulam ni hanya boleh dimakan oleh cikgu-cikgu sahaja. Taklah, semua orang dipersilakan untuk memenuhkan ruang perut masing-masing dekat sini tanpa segan-silu.

Jom baca serba sedikit sejarah Cikgu Nasi Ulam.
Ianya dikenali dengan nama Cikgu Nasi Ulam bersempena dengan nama pemiliknya iaitu Cikgu Hamid Idris yang merupakan bekas guru Ekonomi lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM). Terdahulu, Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan ini sebenarnya adalah kedai makan kecil yang dibuka di hadapan Universiti Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian 15 tahun yang lalu dan dikenali sebagai Restoran Ikan Haruan. Menunya sejak dahulu tidak berubah sebagaimana restorannya yang kini beroperasi di Kampung Kraftangan.
Walaubagaimanapun penghujung tahun 2002, seorang pegawai istana mencadangkan agar konsep kedai makan yang sama dibuka di Kampung Kraftangan. Sebenarnya kawasan Kampung Kraftangan ini ialah milik Sultan Kelantan yang menempatkan beberapa buah istana lama, yang dulunya merupakan kawasan larangan untuk rakyat biasa. Setelah bersetuju, beliau telah dibawa untuk bertemu dengan Sultan Kelantan iaitu Tuanku Ismail Petra bagi mendapat perkenan. Maka pada 1hb Januari 2003 bermulalah operasi Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan.

Ini info menarik mengenai Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan

Sumber info daripada : KOSMO


I suka sangat keadaan lokasi Nasi Ulam Cikgu ni sebab cantik dengan ukiran-ukiran lama istana raja gitu. Macam tak sangka boleh wujud kedai makan dalam Kampung Kraftangan tu sendiri. Jangan terkejut, bila secara tiba-tiba korang dipertontonkan dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan eh, ulam yang korang pun tak pernah tahu atau tengok selama ni. Untuk orang yang pertama kali menjejakkan kaki dekat Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan, i memang terasa pelik sangat sampai tak tahu nak buat pilihan makanan apa yang i nak makan. Maklumlah, i bukanlah vegetarian mana pun. Hehehe...

Kelakarnya, boleh tak i tak ambil langsung apa-apa ulam tapi i pilih Nasi Putih, Ayam Goreng Berempah, Ikan Keli Goreng Berempah dan Sayur Masak Lemak. I rasa kagum betul dengan saiz ikan keli goreng dekat sini. Fuhhh... Besar habis! Rasanya? Memang best! Susah nak jumpa saiz ikan yang extravaganza kalau dekat Kuala Lumpur ni. Tapi macam mana, sorry sangat korang, kali ni i tak sempat nak ambil gambar makanan untuk tatapan korang. Walaupun ruang makannya memang besar dan terbahagi dua bahagian. Dengan keadaan cuaca yang panas dan tempat yang kita orang duduk tu langsung takde kipas yang berhampiran. Dah tu, anak kecil i pulak buat aksi akrobatik sebab kepanasan tidur dalam stroller. I tak dapat nak makan dengan hati yang aman damai. Bertambah haru bila anak perempuan i dah mula complain hot (panas) tak berhenti (adehh... Diva tau dia ni, malu mama jadinya).

Tapi kalau korang teringin sangat nak tengok gambar Cikgu Nasi Ulam ni dan keadaan lauk pauknya. Korang picit je link dekat SINI

Lepas ni kalau i datang lagik ke sini. I nak ambil gambar puas-puas semua makanan yang ada dekat sini. Untuk peminat ulam, yes! Inilah syurga ulam yang korang nanti-nantikan (Wahh... cayalah!) Dari segi harga memang berpatutan sangat-sangat.

Alamat Cikgu Nasi Ulam a.k.a Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan ialah :-

Taman Selera Kraftangan
Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota
15000 Kota Bharu
Kelantan

Lokasi sebenar : Ianya terletak di dalam kompleks Kampung Kraftangan berhampiran dengan Dataran Padang Merdeka (di mana adanya rehal gergasi yang menjadi mercu tanda perlancongan negeri ini)

No. Telefon : [019] 946 6665

Waktu operasi : Dibuka setiap hari dari pukul 11:00 pagi hingga 5:00 petang.



Waktu ni, keadaan masih under control sebab tu sempat posing sebelum makan




p/s : Amacam? Bestkan berjalan dekat Kota Bharu, Kelantan. I like :) Balik rumah terus berat naik 2 kilo. Perghh...

14 comments:

  1. best kan mkn kat situ...my fav places kalu blk kelantan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah best awak... sebab tak pernah jumpa kedai makan style macam ni dekat KL :)

      Delete
  2. cemana ni...
    u dah sampai kat sini
    i belum lagi tau..
    yelah balik time raya, restaurant ni konfirm laa tutup....
    tak aciiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lenkali u baliklah waktu hari tak raya... Hari-hari boleh makan sini. Hehehe

      Delete
  3. tak pernh pi situ..

    btw cik yatt tak brape mint mskann klantan.he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh.. yeke?? Akak segala benda yg bernama makanan sedap... akak telan je... Hehehe

      Delete
  4. Wahh.. bestnya. bnyk tol N3 akak n family pegi vacation.. I loike:)
    Pix kt pintu gerbang tu temanya "kapel junior vs kapel senoir" yea? ;) hikhikhik.. BTW akak smkin cun melecun aaah.. fresh look sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... pix dekat pintu gerbang tu... memula kapel senior tu takde... bila akak cakap dengan anak akak diri dekat situ, papa nak ambil gambar. Serta-merta dorang pun lepak situ... Takkanlah nak marah kan? Terus join masuk gambar sekali :)

      Hehehe... yeke dear? Mekacihhh... memula pakai tudung akak rasa macam serba tak kena je nak adapt dengan baju-baju lama yg akak ada tapi lelama rasa ok pulak :)

      Delete
  5. nice pic kat entrance tu..ske sgt..
    dah besar2 anak reena, lama tk tgk..reena pn makin cun..
    makanan kt kelantan best2 kan, kuih dia cukup rasa berbanding kt tpt saya ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... gambar candid selalunya cantikkan kak... Kita pun suka :)

      A'ah... si abang long tahun depan nak masuk darjah 1 dah... Cepat je kan? Eh, makin cun eh? Bukan makin tua eh? Hehehe... Mekasih kak...

      Alaa... semua makanan best-best kak.... Akak kena rajin jalan lebih sikit je... Buat food testing... Hehehe

      Delete
  6. dulu masa i gi situ...
    fullhouse tau...
    tak dpt merasa makan kat situ...
    makin gorjes lah u sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah... memang full house sokmo kak... Makanan pun laju je lesap... Tapi bestnya dia continuously masak tak berenti....

      Mekasih kak... Malulah kite! Hehehe

      Delete
  7. Salah satu perkara yang paling unik di restoran nasi ulam cikgu ni, budu yang dihidangkan tu bukan sebarangan sebab ia dimasak sendiri(modified) mengikut resipi turun temurun. Rasanya tak ada dimana-mana kecuali di restoran ini. Reena tak try budu ke?

    Jom Cuti-Cuti Kelantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye ke? Wahhh... menarik info ni. Thanks! So far belum 'berani' nak cuba makan budu. Hehehe... Takpe, next time saya datang confirm nak try makan budu pulak :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)