Blogger templates

Feb 7, 2012

Zawanie Nasi Kukus (Ayam Bakar Madu), Kota Bharu, Kelantan

Hari ni i nak cerita 3 tempat makan menarik untuk jalan-jalan cari makan versi Reena di Kota Bharu, Kelantan (best tak?). Tapi ni ikut selera tekak i yang tersangatlah choosy bab makanan. Makanan dekat tempat makan tu kena betul-betul menambat hati dan perasaan i barulah ianya boleh dikategorikan sebagai tempat makan yang sedap untuk dipromosi dekat kawan-kawan i (eceh-ceh).

Ikutkan ada satu tempat makan lagi yang i dah cuba makan setelah membelek review / ulasan dalam website / blog. Walaupun tempat makan tu dicadangkan oleh ramai pengguna internet. Alahai, frust habis i rasa. Dahla i ajak sekali member hubby i (yang sama-sama kali pertama datang Kelantan) untuk cuba makan dekat sini bila ramai gembar-gemburkan sedap. Mungkin takde rezeki atau rezeki kurang baik. Makan malam yang sepatutnya penuh kegembiraan buatkan kita orang panas punggung nak duduk lama-lama (ehh... by the way entry dinner ni bersambung dari cerita entry Pantai Cahaya Bulan / Pantai Cinta Berahi. Ingat tak, i ada cerita tak makan dekat PCB semata-mata ada plan dinner dekat tempat lain). Nama tempat makan ni ialah :-

Zakini Nasi Kukus
Alamat :
S/26, Lot 439
Jalan Abdul Kadir Adabi, Berek 12
15400 Kota Bharu
Kelantan
No. Telefon : [09] 7439428

Waktu operasi : Dibuka setiap hari dari pukul 11:00 pagi hingga 11:00 malam

Nak tahu sejarah Zakini Nasi Kukus, boleh baca dekat sini --->

Kebersihannya, i anggap rating sederhana dan ke bawah. Seronok pulak i perhatikan lalat yang berterbangan ke sana ke sini (ni ayat kiasan ye Cik Kiah semua). Ayam perciknya, perghh... kurus semangat gigi i nak makan. Lembut betul (sekali lagi ayat kiasan digunakan). Dan pada i lauk-pauknya takde langsung yang boleh menambat selera i. Kategori biasa-biasa je. Cuma keramahan pekerjanya jelah buat i tak sampai hati nak tunjuk muka gangster comel tak puas hati i tu. Ish... Tak baik. Biarlah terpendam dipelusuk kelalbu, kemudian berdentum-dentam dalam kereta waktu sessi berbahas dengan hubby i. Hehe... Sebab terlampau frust sangat sampai takde langsung, moment gambar menarik yang i nak jadikan kenangan dekat Zakini Nasi Kukus (ish-ish-ish). Tapi macam mana pun kalau korang rasa nak cuba, bolehlah datang sini. Mana tahu, waktu i datang tu, mood tukang masak dia dah terjun ke laut.

Nasib baiklah untuk sessi makan tengah hari sebelum ni (hari yang sama jugak). Kita orang melangkah masuk ke restoran yang tepat dan sedap (hah... nilah tempat makan yang i nak promote free dekat korang ni). Restoran / tempat makan ni takde langsung masuk dalam senarai pengguna internet yang dah cuba bertandang makan (waktu i google time tu lah). I dan hubby tergerak hati nak cuba pun bila bersusun kereta berhenti di kedai makan ni berbanding kedai makan keliling yang lain. Biasalah psikologi manusia, bila tengok kedai makan tu penuh orang. Otak automatik set, "mesti sedap ni!".

Untuk makan tengah hari ni, i order Nasi kukus, Ayam Bakar Madu (omputeh panggil Grilled Honey Chicken) dan sedikit sayur. Bunyi macam simple kan? Tapi feel rasanya. Woww... Sedap! (angkat 2 ibu jari tangan). Sampai licin semua makanan atas daun pisang i kerjakan. Part rasa ayam bakar madunya tu memang terbaik. Lain kali, bila datang sini. I nak order 2 bahagian ayam bakar madu untuk sekali makan (hamboii... Tamak... Hehe). Harga makanan untuk dua orang makan, nasi tambah 1 pinggan dan 2 jenis minuman. Semua sekali RM11.00. Oklah kan? Agaknya kalau ada member Kelantan mesti boleh dapat lagik murah (ecehh... Tihihi). Nama tempat makan ni ialah :-

Zawanie Nasi Kukus
(Ayam Bakar Madu)
Alamat :
359, Jalan Sultanah Zainab
15050 Kota Bharu
Kelantan
No. Telefon : Lupa nak mintak dekat akak tu (duhh...)

Waktu operasi : Dibuka pada waktu makan tengah hari sahaja.

Keadaan kedai makan dekat sini sedikit sesak sebab tak berapa luas dan besar. Jadi, kalau korang datang nak makan tengah hari, digalakkan korang datang awal dan elakkan waktu-waktu puncak (peak hour), contohnya macam pukul 1:00 petang ke. Takut nanti bukan tempat duduk je tak dapat, parking pun susah nak dapat. Waktu kita orang makan dekat sana dah pukul 2:00 petang, tapi alhamdulilah walaupun ada antara lauk-pauknya yang dah habis. Tapi kita orang dapat merasa hidangan utamanya (main dish) iaitu Ayam Bakar Madu.

Ok, nilah review / ulasan tempat makan pertama untuk jalan-jalan cari makan versi Reena di Kota Bharu, Kelantan. Tempat makan yang kedua dengan yang ketiga. Tungguuuu (sambil buat bunyi echo).


Kemaskini / Update terbaru : Entry lain untuk jalan-jalan cari makan yang best dekat Kota Bharu boleh klik dekat bawah (yeay!)

http://www.reenaonline.com/2012/02/yati-ayam-percik.html

http://www.reenaonline.com/2012/02/cikgu-nasi-ulam-restoran-nasi-ulam.html






p/s : Selalunya bila lapar dan penat, dah tu dapat jumpa kedai makan best. Serta-merta hilang semua yang tak best tu. Tapi kalau terjumpa kedai makan tak best, memang waktu tu rasa macam nak masak maggi je lagik sedap. Hehehe

9 comments:

  1. kt belah kelantan mmg femes dgn nasik kukus..ada yg mcm mentah ada yg lembut nasik dia..kena pandai2 pilih kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu kak... Pening nak pilih mana satu. Sana-sini ada nasi kukus. Tapi kalau dah buat bisnes makan ni. Kenalah masak betul-betul, kesian dekat orang yang kelaparan. Hehehe

      Delete
  2. nama pun dah menarik... mesti sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kalau letak nama Reena Nasi Kukus, lagik menarik kot. Kihkihkih

      Delete
  3. zawanie tu tempat i suka makan jugakk... u ni saje je buat i nak balik kampung...aipp.....ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... yeke? Taste lidah kita serupalah ni? Hahaha... Alaa... at least u balik kampung dah boleh pergi Zawanie Nasi Kukus. I entah bilalah nak pergi Kelantan lagik. Hehehe

      Delete
  4. Thanks for the food tips !! First time sampai KB...kedai yang you rekomen...mantap !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your welcome :) Selamat menjamu selera ye.

      Delete
  5. lauk ikan keli dye pn sgt lerr sedak kat zawanie nasi kukus 2,.

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)