Blogger templates

Mar 19, 2012

Tips dan Petua Apabila Anak Demam Panas

Anak yang belum memasuki usia dua tahun memang selalu mengalami demam atau demam panas. Kebiasaannya demam ini berlaku tanpa disangka-sangka samada kesan daripada injection imunisasi yang diambil setiap bulan, cuaca panas, suhu bilik / rumah yang panas, pakaian yang tebal, berjangkit daripada orang sekeliling, keletihan akibat perjalanan yang jauh, perubahan cuaca persekitaran dan lain-lain lagi. Demam mungkin tak jadi masalah sekiranya berlaku kepada orang dewasa (yelah, telan je dua biji panadol, mesti lepas tu surut). Namun, demam yang dialami oleh kanak-kanak jangan diambil mudah sebab akibat daripada demam tersebut boleh menyebabkan wujudnya penyakit lain yang merbahaya, mengganggu tumbesaran / perkembangan otak kanak-kanak, penyebab kepada sawan / kejang dan lain-lain lagi.

Bagaimana mengetahui anak demam atau tidak?

1. Suhu badan normal ialah 36.7°c. Gunakan termometer / jangka suhu untuk mengetahui suhu badan anak anda. Suhu yang melebihi dari suhu badan normal dianggap sebagai demam. I nasihatkan belilah termometer yang boleh membaca suhu dengan hanya meletakkan pada telinga. Termometer jenis ini lebih pantas dan mudah untuk mengambil suhu berbanding termometer biasa. Lagipun termometer begini boleh digunakan bagi seisi keluarga. Hah, kan jimat kan?
2. Letakkan belakang telapak tangan didahi, biarkan selama 5 saat, sekiranya terasa panas. Itu tandanya demam.

Tips Apabila Anak Demam Panas :-

1. Berikanlah ubat paracetamol dengan sukatan yang dibenarkan oleh doktor.
2. Bukakan pakaian anak dan gunakanlah tuala basah yang direndam di dalam air sejuk untuk menyapu pada bahagian muka, kepala, leher, ketiak, depan dan belakang badan serta kaki. Selimutkan bahagian dada anak dengan tuala kering (bagi mengelakkan anak mendapat batuk) dan biarkan tanpa pakaian untuk beberapa jam.
3. Biarkan tuala sejuk tersebut pada bahagian pelipat ketiak dan dahi.
4. Berikan susu dan air masak dengan kerap bagi mengelakkan anak anda dari mengalami dehidrasi.
5. Anak yang kelihatan lemah sewaktu demam adalah menunjukkan tanda lebih sakit, berbanding anak yang masih aktif walaupun demam.
6. Bukakan tingkap bilik / rumah bagi memastikan pengudaraan rumah dalam keadaan lancar dan tidak berhawa panas. Buka kipas atau kekalkan suhu penghawa dingin pada paras 27°c.
7. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti ruam pada badan, bintik di dalam mulut, muntah tanpa henti, cirit-birit, anak mengalami kekejangan / sawan serta tanda-tanda lain yang membimbangkan segera bawa anak berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Seelok-eloknya bawa anak pergi ke hospital / klinik yang menyediakan rawatan khusus untuk kanak-kanak.
8. Sentiasa pantau keadaan demam anak kerana demam yang berlarutan lebih daripada 2 hari memerlukan rawatan segera di klinik mahupun di hospital.

Petua Mengurangkan Demam :-

1. Campurkan segenggam asam jawa dengan air sejuk dan lumurkan pada kepala dan seluruh anggota badan. Asam jawa berfungsi untuk menyejukkan badan dan menurunkan suhu panas pada badan.
2. Mandikan anak dari paras bawah anggota badan hingga ke atas secara perlahan-lahan iaitu bermula dari kaki, punggung, badan dan akhir sekali pada bahagian kepala.

I ikatkan tuala basah dekat kepala Damien untuk kurangkan panas demam

Banyak kes dan kejadian yang tidak diingini berlaku apabila demam anak dibiarkan begitu sahaja. Penting untuk kita sebagai ibu bapa memastikan kesihatan anak berada dalam keadaan yang stabil. Simpan dan bawa ke mana sahaja ubat demam (yang tidak melebihi tempoh 3 bulan) dan termometer sekiranya korang pergi bercuti atau pulang ke kampung.

Sekiranya anak korang mengalami cirit-birit, boleh rujuk entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2010/05/tips-sekiranya-anak-mengalami-cirit.html


p/s : Selamat bekerja kawan-kawan. I masih dalam mood bercuti. Jaga kesihatan selalu.

18 comments:

  1. tu lah kak. kata org budak2 kecil kalau demam nak kena jaga bebetol sebab bahaya boleh terencatkan pertumbuhan mereka kalau demam panas sangat. ye ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Jannah, sebab tu lah orang tua-tua selalu kata bila ada anak kita tatang macam menatang minyak yang penuh. Sebab seboleh-bolehnya kita taknak tengok dorang sakit :)

      Delete
  2. tips yg bagus ni..ingat masa kecik2 dulu abah selalu letak air asam jawa nak redakan demam mmg mujarab!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... samalah dengan i, kadang-kadang geram sebab habis melekat rambut dengan asam jawa bila dah kering. Tapi yang seronoknya kejap je demam dah baik :)

      Delete
  3. true tu sis...
    bila kids tak sihat...
    sila lah amik pot kan....
    bahya kalo buat dono...
    takut melarat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak kan? Kadang-kadang tu siap doa. Biarlah aku yang tanggung segala kesakitan dorang. Tak sanggup tengok dorang gigil-gigil demam :(

      Delete
  4. terima kasih reena bagi petua ni..bole jadi rujukan bile saya punyai anak nnti..*ehem3 terbatuk plak*

    doa2kanLah saya dpt anak yg comel iye..nnti bolehlah kite berbesan..cewahhhh..*wawasan jauh tue*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni wawasan 4040 kot. Hehehe... sama-sama :)

      Delete
  5. Ank sy tgh dmam pns.. Cian kt die,merengek jew.. Da sapu air asam jawa,da mndikn,da ltk tuala bsh.. Tp x surut cgt.. Cpt2 baik yew muhamad hafiy damian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesian dia. Budak-budak memang ambil masa sikit kalau nak baik demam. Semoga cepat sembuh Muhamad Hafiy Damian. Mesti mummy sweet83chery rindu dah lama tak main-main dengan dia :)

      Delete
  6. Tq bg info... Memang anak tengah demam skrg ni

    ReplyDelete
  7. Info yg berguna utk anak aku yg tgh demam skg..

    ReplyDelete
  8. sy pun selalu guna petua no dua tu..walaupun dah beri makan ubat tapi sy akan mandikan dia jg..guna air suam utk mandikkannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita praktikkan mana yang berkesan kan? Yang penting dorang cepat sembuh :)

      Delete
  9. saya spray kan anak saya.. bila panas jer spray.. spray ngan air sejuk. senang x tumpah aie tuh bila twrtwndang ke apa.. letak atas katil golek2 pn ok.. maknya pulak takut tertidur n twrtumpahkan air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasal-pasal mak tak tidur lena jaga botol ye daripada tertumpah ye. Hehehe... :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)