Blogger templates

Mar 3, 2012

Tips Memilih Hotel

Semalam i ada bagi info berkaitan dengan nama-nama website hotel / tips / kelebihan bila booking hotel melalui online kan? (Tengok sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/tempahan-hotel-online-hotel-booking.html)
Jadi, i ingat nak tambah sikit entry tu dengan tips memilih hotel pulak.

Bukan apa, tak semestinya hotel 5 bintang yang korang duduk tu menjanjikan kehebatan umpama di atas kayangan. Contoh macam Hotel Renaissance yang i pernah buat review dulu (http://www.reenaonline.com/2012/02/renaissance-kota-bharu-hotel-kelantan.html). Kadang-kadang hotel 3 atau 4 bintang pun boleh buat korang tersenyum bahagia bila ada antaranya yang tawarkan kemudahan yang selesa, makanan yang lazat, keadaan hotel yang bersih dan yang best dengan rate harga hotel satu malam yang jauh lebih murah. Yelah, nama pun bercuti, takkanlah sampai nak berhabis duit untuk satu malam RM500.00 bayar hanya untuk penginapan sahaja (kalau loaded / duit ada kepuk-kepuk takpe nak buat camgini). Sedangkan dengan harga sebanyak tu mungkin dengan menginap dekat hotel 3 atau 4 bintang korang dapat habiskan / spend cuti lebih lama dari tu. Wuishh... Rugi woo... datang sehari je besok dah balik? Pada i lah kalau camgini, baik i duduk dekat rumah. Penat kemas beg baju pun tak habis lagik rasanya.

Google saya pinjam gambar awak ok?

I harap tips / panduan memilih hotel ni dapat membantu korang yang kaki berjalan macam i (hehehe...) Asyik bekerja je, tension jugak. Bercuti (holiday) ni antara terapi atau aktiviti yang boleh hilangkan stress tau. Yang penting kita organize betul-betul percutian yang ingin kita buat.

Jom tengok apa tips yang korang perlukan.

1. Jangan terburu-buru membuat keputusan. Sentiasa buat perbandingan harga sebelum menetapkan hotel mana yang ingin korang pilih. Ingin i ingatkan dekat sini, harga yang ditunjukkan oleh sesetengah website mungkin kelihatan lebih murah sebab tidak termasuk dengan cukai (tax fee). (perhatikan tulisan kecil yang sengaja mengaburi pandangan mata korang tu). Jadi untuk mengetahui final price / harga sebenar yang korang sepatutnya bayar, korang teruskan transaksi seakan-akan setuju memilih hotel tersebut dan dari situ korang akan tahu harga sebenarnya. Oh ya, jangan lupa perhatikan samada harga bilik hotel tersebut termasuk dengan sarapan pagi atau pun tidak. Jangan nanti bila korang ramai-ramai turun makan dekat dining hall tiba-tiba pekerja hotel dekat situ kata, "Encik, bilik encik tidak termasuk dengan sarapan pagi. Jadi bayaran sarapan untuk dewasa ialah blablabla dan kanak-kanak ialah blablabla" Tak pasal-pasal korang terpaksa mogok lapar sebab tak sanggup tengok bil yang kena bayar.
2. Cuba cari sebanyak mana info berkaitan hotel tersebut terutama sekali dengan membaca review / ulasan daripada pengunjung hotel terdahulu. Macam i sendiri, i tak pernah bergantung hanya pada review yang ada pada website hotel itu semata-mata. Sebab, i takut review tersebut datangnya dari pemilik hotel terbabit. Jalan yang paling selamat, cuba tambahkan info dengan mendapatkan review melalui mana-mana blog peribadi. Caranya mudah je, korang google / taip pada bahagian search. Contoh: Keadaan Hotel Impiana, Kuala Terengganu. Atau: best ke duduk di Hotel Impiana, Kuala Terengganu. Pendapat i, kebiasaan blogger lebih suka bagi kenyataan yang keluar dari hati nurani. Jadi mungkin info tu berguna untuk korang;
3. Periksa kemudahan yang ditawarkan oleh hotel terbabit terutama sekali kemudahan seperti tempat letak kereta, kemudahan internet (untuk mereka yang masih perlu berurusan dengan kerja walaupun sedang bercuti), baby coat / katil bayi (bagi mereka yang membawa bayi cuti bersama) dan kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan oleh korang;
4. Periksa juga lokasi dan kedudukan hotel yang dipilih. Hotel yang jauh daripada kawasan bandar mungkin menyukarkan korang mendapatkan bekalan perubatan disaat-saat kecemasan. Dan untuk orang yang kuat makan macam i ni pun masalah jugak ni. Sebab, terpaksa membuang masa mencari kedai makan yang jauh dari hotel bila kelaparan (hehehe...);
5. Sekiranya korang bercuti bersama-sama dengan dua atau tiga keluarga yang lain (family gathering gitu). Pilihlah Hotel Apartment sebab lebih jimat daripada membuat bayaran asing setiap bilik. Tak percaya cuba buat kiraan sendiri. Hehehe.
6. Gambar hotel yang tertera disesetengah website, memang adakalanya indah rupa dari khabar. Tapi ada ketikanya, membantu korang jugak. Macam i sendiri, mana-mana hotel yang tunjukkan keadaan sebenar bilik hotel dan sekelilingnya dengan gambar seumpama tahun 70-an atau 80-an, i dah reject awal-awal. Bukan sebab diskriminasi dengan hotel tu yang bergaya lama. Tapi haishh, dari gambar tu dah menunjukkan pemilik hotel takde inisiatif nak upgrade hotelnya. Ok, sebenarnya i yang takut nak duduk hotel-hotel lama. Seram... (sorry hotel lama, jangan marah k).

Kesemua tips ini adalah berdasarkan kepada pengalaman i sendiri. Kalau korang ada tambahan untuk tips di atas, i alukan sangat-sangat. Boleh kita bertukar-tukar tips.


p/s : nak tahu tak? Bestnya duduk hotel ni sebab semua benda orang sediakan. Nak bantal tambah, call. Nak makan pun call. Nak hantar baju dekat dobi pun call. Hamboii... hidup umpama maharaja gitu. Hehehe... Sekali-sekala, apa salahnya kan? Kalau hari-hari pitam.

8 comments:

  1. terbaeklaa info ni....me too kene review betul sbb dah selalu terkena indah khabar dari rupa...tp kalau dah terkena siaplaa masuk jer dalam blog....supaya org lain tak jadi saman...buat per nak takut kena saman ke apa...mentally kita kekadang asik biarlaa..kalu camtu camno nak berubah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih Posh, a'ah betul tu. Ada certain perkara bolehlah kita redha. Tapi ada certain perkara kita kena fight for right jugak kan dear? :)

      Delete
  2. betul sis. setuju sgt. kdg2 i ambik masa lama dok pilih hotel sebab baca review orang yg dh pnh pegi sume kan. memang kene hati hatila takut tak ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah... kadang-kadang bagi review macam hebat je hotel tu. Bukan apa takdelah harap nak dilayan macam maharaja tapi bila letih mestilah nak tidur atas katil takde pepijat dan mandi dalam toilet yang bersih. Kalau toilet serupa cerita dark water.. Aiyooo... serammmm

      Delete
  3. best nye jenjalan.. lamanya rasa tak jadi 'maharaja'.. bila last g cuti2 pun dah lupa ;)

    p/s: welcome to 30an hehee.. tak pe muka comel lagi, angka apa de hal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini macam silap entry ni taip komen. Hehehe... takpe-takpe... ala... pergilah bercuti asyik keje je, stress tau.

      Tak kisah pun masuk umur 30an sebab ramai yang tak tahu pun umur kita yang sebenar. Kihkihkih

      Delete
  4. sejauh ini masih blm punyai expericne stay di hotel...tapi klu hostel sgt2 pengalaman....^-*

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)