Blogger templates

Mar 30, 2012

Tutorial Tudung Bawal

Assalamualaikum semua...

Rasanya kalau sesiapa yang mengikuti blog i selama ini. Mesti dah tahu kan, yang i lebih suka mengenakan tudung shawl jenis pashmina berbanding jenis tudung yang lain (boleh baca cerita i dekat sini, kenapa i suka pakai pashmina berbanding tudung yang lain ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/fesyen-tudung-terkini.html). Tapi kadang-kadang tu, timbul jugak perasaan nak cuba style tudung yang lain terutama sekali tudung bawal (biasalahkan... perempuan dan fesyen memang tak dapat dipisahkan gitu. Hehehe). Ikutkan sebenarnya tudung bawal ni antara trend tudung pertama yang i kenal, waktu zaman i belajar di UiTM. Seronok i rasa bila tengok trend tudung bawal ni dah kembali. Automatik serta-merta teringat kenangan zaman belajar dulu (eceh!)

Dua orang yang pada i, cukup terror menggayakan tudung bawal ni ialah Datin Norjuma (nak baca kisah i memborong tudung AidiJuma, boleh klik sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/tudung-aidijuma.html) dan Dian Pelangi. Walaupun cara dorang menggayakan tudung bawal ni simple tapi nampak cantik dan ayu je. Mulalah timbul rasa pelik, macam mana dorang boleh pakai tudung bawal ni dalam keadaan statik. Maksud i tudung tu tak bergerak ke sana-sini dan nampak elok je terletak di kepala. Kalau i, mau berserabut tudung bawal tu jadinya. Faham-faham je lah tudung bawal ni tergolong antara kategori tudung yang licin. Pengalaman pertama selepas bertahun tak mengenakan tudung bawal, serius buat i kecewa sangat. Duhh... rasa terseksa sangat sebab tudung i asyik nak melurut ke depan bila i tunduk buat kerja pejabat. Berkali-kali i terpaksa ulang-alik ke tandas semata-mata nak betulkan tudung dan rambut yang mula nak menjalar keluar (aiseyman... tension betul).

Tapi dari pengalaman pertama ni, i tak putus asa tau kawan-kawan. Jadi, i cuba biasakan dan sesuaikan diri pakai tudung bawal untuk jangkamasa seminggu. Lama-kelamaan, i dah rasa ok dah pun. Apa yang penting, kalau korang tak nak tudung bawal korang bergerak ke sana-sini, korang pakai tudung bawal dengan anak tudung syria jenis cotton. Yang penting pilih yang takde awning, korang pilih yang jenis melekap dekat dahi. Jadi tudung bawal korang akan terus statik je dekat kepala (gitulah... hehehe).

Sesiapa yang teringin nak menggayakan tudung bawal ala Dian Pelangi pulak, bolehlah rujuk dekat link ini ---> http://dianrainbow.blogspot.com/2010/07/dian-style-hijab.html. Dian Pelangi dengan baikhati akan tunjuk korang step by step tutorial tudung bawal gaya beliau (best kan?)


KEMASKINI / UPDATE TERBARU
Nak mengenali siapa Dian Pelangi sebenarnya, boleh baca dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/siapa-dian-pelangi-dian-wahyu-utami.html

Ini antara gambar i waktu menggayakan tudung bawal. Gambar pertama terasa macam back to UiTM gitu. Hehehe...

Dian Reena yang kelaparan. Kihkihkih

p/s : Tetiba bila pakai tudung bawal terasa macam muda 10 tahun pulak (eceh!)
 

24 comments:

  1. eheheeee...
    lepas ni ku kena punggah la tudung2 bawal 10 tahun lepas ;p (nak muda juga macam "dian reena" ...kikiki)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Ala kiutla mak encik ni. Jom-jom kita sesama muda 10 tahun :)

      Delete
  2. u nie pakai apa pun gorjes....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... Mekasih kak. Tulah masa 1st time pakai bawal nak pergi jugak show-op dkt akak tapi sibuk bebeno keluar masuk toilet, terus tak sanggup jumpa sesape :)

      Delete
  3. cantiknya kakak comel lote. tp i skrg suka pakai awning je senang sarung terus huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah dear. Pakai tudung jenis kena pin dan ikat sana-sini ni waktu mencabarnya bila pagi2 pergi opis. Ada jugak terniat nak try yg jenis sarung tapi dah selesa dgn pashmina dan shawl. Maybe one day, akak try :)

      Delete
  4. cantek akk kenakan tudung bawal tu. sesuai dgn muka akk. jannah since berhijab memang tak pernah pakai tdung bawal sebab tak sesuai dgn muka..tapi sbb bawal skunk tengah IN mcm nak try jugak. tapi nanti2 lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih dear :)

      Sekali-sekala bertukar angin gitu. Hehe... Ala Jannah testing la pakai dulu. Mana tau bawal suit dgn Jannah jugak. Dah pakai jgn lupa pos gambar dkt blog. Akak nak tengok :)

      Delete
  5. yup..me pn pkai bawal gak blk smula..dlm seminggu tu msti ada baju yg dimatch dgn bawal..maka kembali beriron la bawal2 dulu yerk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh-eh samalah dengan kita. Tapi sebab memang selalu meng iron pashmina dan shawl jd bila pakai bawal kerja-kerja iron masih diteruskan perjuangan. Hehehe

      Delete
  6. reena dalim... haah mmg pd kite yg baru2 ni bawal tu agak ssh sket asik melorot kempot2 jek... ida ada tips tau ms iron tudung tu boh lilin kt area awning tu bia keras n sng nk bntuk. tkpon ade spray die lupe nama dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear for your useful tips. Wah... Boleh try ni, tension bila tgk orang lain elok je pakai bawal. Hehehe

      Delete
  7. reena.. masa i balik kg smalam.. jumpa stok2 tudung bawal yang lama.. trus bawak balik kl.. hihi... nak pakai bawal balik.. mcm best je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah tudung bawal ni macam tak lapuk dek zaman. Walaupun dah lama tapi orang still lagik pakai :)

      Delete
  8. suker cara u pakai tudung santek...main lilit jer dah jadi..me too suker tudung bawal...

    ReplyDelete
  9. ai,reena salam kenal...bru jenguk sini.bez sbb ada citer tudung bawal.k.nor pun bese pakai tudung bawal pas tu masa trend shawl in k.nor try shawl gak...tetiba bawal in balik...wahh,bongkar semula bawal bile pakai pegi keje sume kata nmpk lain...muda laaa...hahaa...macam bdk sek men dorang kata...wahhh...akak suke nyahh :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Kak Nor :) Salam kenal jugak. Mekasih sudi jenguk sini tau. Hahaha... sape yang tak nak nampak muda kan kak. Yang penting kita rasa yakin diri gitu.

      Delete
  10. emm salm kenal.mcm nak try tapi . . . .bawal nyer dah kemana ntah. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai salam kenal jugak :)

      Lepas ni dah boleh mula kumpul bawal lah jawabnya. Hehehe...

      Delete
  11. tq reena, lepas niey leh pkai tudung bawal lama2 tu cam reena..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome :)

      Mesti bertambah cantik gitu :)

      Delete
  12. mcm mna nk jdi dealar di kedah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr... dealer tudung bawal ke? Alamak saya bukan penjual lah awak. Hehehe...

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)