Blogger templates

Apr 14, 2012

The Manhattan Fish Market

Aik, rasanya macam dah pernah baca je kan entry i berkaitan dengan The Manhattan Fish Market sebelum ni. Ya, memang pun... inilah entry nya ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/manhattan-fish-market.html). Tapi korang jangan risau, walaupun tajuk restorannya tetap sama tapi lokasi dan menunya berlainan daripada cerita i sebelum ni (nak jugak cakap lain tu. Hehehe). Kalau dekat entry yang terdahulu, i ada buat review dan tunjukkan beberapa keping gambar i serta keluarga menjamu selera dekat The Manhattan Fish Market, Ikano Power Centre. Tapi yang ni, i nak tunjuk dekat korang suasana makan dekat The Manhattan Fish Market, Sunway Pyramid pulak.

Dekat sini, suasananya sesak sikit berbanding makan dekat Ikano Power Centre. Jadi bila dah penuh dengan orang, korang faham-faham jelah. Nak panggil untuk buat pesanan pun sampai 10 minit melambai tangan (duhh...). Yang geram tu, sangkakan datang nak ambil pesanan kita. Rupa-rupanya boleh pulak dia pergi meja sebelah i (takpe... sabar... sabar...) Bila dah ambil pesanan, sampai dua kali ditanya kita samada dah order ke belum (haishh... macam-macam).

Memandangkan niat kita orang waktu tu cuma nak minum petang je, jadi i dan hubby sepakat order Giant Fried Platter (harga RM55.90) dan untuk anak i, Cheese Fries (harga RM6.90). Untuk korang yang pertama kali nak makan dekat The Manhattan Fish Market dan macam confuse nak pilih mana satu hidangan bila tengok nama-nama menu yang tersenarai. I cadangkan korang pilih menu makanan Sharing Platter ni. Lagipun lebih jimat dan berbaloi-baloi gitu. Sebabnya, dalam satu platter (pinggan besar) ada disediakan pelbagai jenis makanan yang korang boleh share / kongsi untuk makan bersama-sama (nak tengok apa isi kandungan Giant Fried Platter yang i order dan menu platter yang lain, korang klik dekat sini ---> http://manhattanfishmarket.com/my/menu-avenue.html). Lagipun kalau untuk i, satu platter ni je dah boleh kongsi makan sampai 3 orang. Macam mana pun ianya tertakluk mengikut saiz perut masing-masing jugak. Yelah, mana tahu... kalau korang ni memang sekali hadap makan boleh habis 3 pinggan, err... memang platter tu cukup untuk korang sorang jelah. Hehehe...

Ok, nilah gambar i dan keluarga sepanjang berada di The Manhattan Fish Market, Sunway Pyramid. Ada beberapa kawan i buat permintaan untuk tutorial shawl yang i pakai. Hmm... i cuba usahakan ok (tapi macam segan nak buat tutorial sendiri sebenarnya. Hehehe).










p/s : Walaupun saiz Giant Fried Platter tu lebih besar daripada Cheese Fries, tapi semua orang berebutkan Cheese Fries jugak. Kenapa agaknya?

8 comments:

  1. rasanya saya macam pernah pergi sahaja tempat ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan pergi dalam mimpi eh? Hehe

      Delete
  2. tak penah try lagi. nak try la nanti. walaupun hubby tak brp suka sgt mkn fish2 ni tp ada choice lain kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Choice kat sini banyak jenis makanan lautlah dear. Agak-agak kalau Kazaa tak suka makan suruh dia ratah cheese fries je. Hehehe

      Delete
  3. aduhai sedapnyer la pulak....kat sini pun kekadang ada promo....cheese friesss looks yummy!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, haritu yang kupon u tunjuk dekat blog tu. Kawan-kawan i pakat pergi ramai-ramai tapi i tak sempat pun nak pergi. Huwaaa

      Delete
  4. sebab sedap kot tu yg berebut..tetiba rasa nak makan kentang dengan sos cheezy yg menang hari tu.aduii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa... jeles tau Puan Kutu dapat sos cheezy free. Mintak sini sikit :) Hehehe

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)