Blogger templates

Apr 15, 2012

Siapa Dian Pelangi / Dian Wahyu Utami

Kalau korang tengok di bahagian side bar i, ada dua link atas nama Dian Pelangi yang i letakkan dekat situ. Selain Hana Tajima, i jugak merupakan antara peminat Dian Pelangi. I suka tengok cara beliau menggabungkan kombinasi warna antara tudung dan pakaian beliau. Ringkas tapi nampak menarik. Begitu jugak dengan gaya shawl / pashmina / tudung bawal yang dipakai oleh Dian Pelangi. Semua nampak sesuai je dengan pakaian yang dikenakan. Warna-warna yang dipilih walaupun ada antaranya dalam kategori berani tapi i tengok dia tahu bagaimana untuk seimbangkan kesemua warna tersebut daripada nampak serabut. Blog Dian Pelangi merupakan antara sumber rujukan dan inspirasi i untuk menggabungkan pelbagai pakaian lama yang i ada sebelum ini dengan diri i yang baru.

Siapa Dian Pelangi ?

Dian Pelangi ialah seorang pereka pakaian muslim (fashion designer) yang baru berusia 21 tahun (mudanya!) Nama sebenar beliau ialah Dian Wahyu Utami. Dilahirkan di Palembang, Indonesia pada 14 Januari 1991. Ayahnya mempunyai perusahaan tekstil, manakala ibunya pula merupakan pemilik butik pakaian. Sejak kecil Dian telah diberi pendidikan yang berteraskan kepada tata busana / pakaian dan agama bagi menerajui butik ibunya. Memulakan persekolahan seawal usia 2 tahun dan menamatkan persekolahannya di Sekolah Menengah Rendah (Junior High School) pada usia 12 tahun. Dian kemudian melanjutkan pelajaran di SMK 1, Jurusan Tata Busana di Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia kerana mengikuti ayahnya yang kebetulan pada masa itu membuka perusahaan tekstil di sana.

Setelah lulus, pada usia 16 tahun, Dian Pelangi diberi tanggungjawab oleh kedua ibu bapanya untuk mengelolakan butik ibunya yang terletak di Jakarta. Beliau juga turut melanjutkan pelajaran di ESMOD Jakarta. Setahun selepas itu (pada usia 17 tahun), Dian sempat mengambil kursus Bahasa Arab di Cairo, Egypt untuk menambah pemahaman beliau mengenai agama Islam dalam berpakaian. Beliau boleh menguasai bahasa Indonesia, Inggeris dan Arab dengan baik.

Dian adalah merupakan anggota termuda dari APPMI (Asosiasi Perancang Pengusaha Mode Indonesia). Pada bulan Mei 2009 dilihat sebagai sejarah awal Dian Pelangi untuk mengorak langkah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat antarabangsa. Di mana untuk pertama kalinya, Dian mengadakan pertunjukan fesyen di Melbourne, Australia bersama Kementerian Pariwisata Indonesia. Kemudian pada bulan Ogos 2009 bersama APPMI, pada bulan Oktober 2009 pula mengadakan pameran di Abu Dhabi. Diikuti pula dengan “Jakarta Fashion Week” pada bulan November 2009. Dan pada bulan April 2010 pula di London.

Gaya rekaan Dian Pelangi yang edgy, berjiwa muda dan penuh dengan warna serta pendekatan promosi yang berbeza telah menarik perhatian CNN. Dian kini sedang bersiap sedia untuk mengembangkan sayap perniagaanya secara global. Sebagai pengasas kepada Hijabbers Community (satu komuniti wanita berhijab yang berusia dari 20 hingga 30 tahun), Dian ingin mengubah persepsi / pandangan / tanggapan orang ramai terhadap busana / pakaian muslimah dan hijab yang dianggap sebagai citarasa kuno, tua dan kampung. Malah ada juga segelintir yang beranggapan dengan bertudung / berhijab seseorang itu tidak boleh berjaya dalam kehidupan dan karier.

sumber : VIVAnews.com


Korang teringin nak berkenalan lebih dekat lagi dengan Dian Pelangi. Klik aje dekat link bawah :-

Twitter Dian Pelangi
Facebook Dian Pelangi


Antara gaya Dian Pelangi yang i suka




Youtube A Day in The Life of Dian Pelangi




p/s : Anyway, untuk pengetahuan korang Butik Dian Pelangi dah ada dekat Malaysia (hoorey!)

12 comments:

  1. dy cntik an ? suke sgt tgk gaya dy . spe ckp pmpuan pkai tudung tak boleh bgaya? kan ? hehe. bertudung , ia tetap bergaya :)

    ReplyDelete
  2. mmg stylo la pesen bertudung la ni...santek2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahh... Posh, terasa macam tambah lagik keyakinan diri depan orang ramai.

      Delete
  3. no wonder la sekarang ramai gila yang berhijrah pakai tudung :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak sebab tudung dah tak menggambarkan identiti untuk orang tua je :)

      Delete
  4. chumelll nya dia ...
    tp kita disqualified la nak join club 2-30 tahun tu..kekekee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kita pun mak encik. Wuuuuu

      Delete
  5. ohh baru tahu dan kenal dian pelangi nie..terus nak p like dekat fb.hehe..

    ReplyDelete
  6. yeeahhh..dia memang lawa dan fashionable.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa dia pakai semua nampak cantikkan? :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)