Blogger templates

Apr 4, 2012

Tips Membeli di eBay

Dapat idea untuk buat entry berkaitan Tips Membeli di eBay bila i terima soalan daripada seseorang yang bernama Cik / Encik / Puan / Tuan Anonymous hihihi... (Dia pemalu orangnya kot sebab tu nama sebenar dirahsiakan) dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/kad-debit-maybank-dan-cimb-maybank-and.html. Sebelum tu nak bagitahu, makna anonymous ialah tidak bernama.

Cmne ea nk bli brg kt ebay.. If da sttle dbit card tu sume? Pllzz ajarkan ku....

Kalau sesiapa nak tahu, eBay adalah tempat di mana lelongan barang dilakukan secara online atau laman web yang membolehkan orang ramai membeli-belah serta melakukan transaksi perniagaan membeli dan juga menjual pelbagai barangan serta perkhidmatan di seluruh dunia.

 Setakat ni, i dah pernah buat beberapa kali pembelian melalui eBay daripada Amerika, Jepun, Hong Kong dan beberapa negara lain lagi tanpa sebarang masalah (alhamdulilah). Walaupun begitu pembelian yang i buat ni terhad untuk barangan yang jenis simple (barang saiz kecik je) dan tidak melibatkan kos penghantaran yang mahal. Maklumlah bila buat transaksi dengan negara luar, selalunya yang jadi beban untuk kita buat bayaran ialah bila harga barang ditambah dengan caj / kos penghantaran. Kadang-kadang tu pulak, ada sesetengahnya, harga barang murah je tapi bila tengok caj / kos penghantaran. Mak aihh... Dua kali ganda dari harga barang (adehhh... ni nak beli kos shipping ke nak beli barang ni?) Dekat sinilah, kepakaran korang dalam membuat perbandingan harga sangat diperlukan. Memandangkan barang yang i beli bukanlah barang yang ditahap kecemasan nak guna waktu tu jugak. Jadi i lebih suka pilih untuk penghantaran jenis biasa jeSebab apa? Sebab nak murahlah. Hehehe... Apa yang penting barang yang i nak, boleh sampai depan pintu rumah i dengan selamat. Yang best nya pulak, bila beli barang melalui eBay, ada antara barang yang ada dekat Malaysia ni korang boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah dekat luar negara (serius, tak tipu tau!). Tapi korang kenalah rajin membelek satu persatu barang yang ada. Kalau tak belek memanglah tak jumpa. Hehehe....


APA-APA HAL, JOM KITA TENGOK TIPS MEMBELI DI EBAY

1. Mula-mula register akaun atau buat pendaftaran baru di eBay. Lebih elok buat pendaftaran melalui eBay Malaysia sebab segala transaksi ditunjukkan dalam Ringgit Malaysia (RM) jadi tak payahlah korang susah-payah nak convert duit Dollar US kepada RM.

2. Taip nama barang / item yang ingin dibeli pada ruangan search.

3. Buat perbandingan harga untuk setiap barang / item yang ingin dibeli bagi memastikan barang / item tersebut adalah dalam kadar harga yang berpatutan dan berkualiti. Setelah menjumpai barang / item yang diinginkan, klik pada barangan tersebut untuk melihat butir-butir lanjut mengenai nama penjual, keterangan mengenai barang yang dijual dan komen / maklumbalas positif / negatif mengenai penjual tersebut. Pastikan korang membeli daripada penjual yang diiktiraf oleh eBay, ini boleh diketahui melalui logo Power Seller yang dipaparkan pada info penjual.


Anak panah biru menunjukkan harga barang, manakala anak panah pink menunjukkan kos / caj penghantaran

Macam mana rupa logo Power Seller? Tengok arah anak panah warna pink dekat gambar ini. Kalau tak nampak, klik je dekat gambar untuk tumbesaran melampau. Hehehe...

APA ITU POWER SELLER ?

Power Seller adalah satu komuniti penjual yang diiktiraf dan dihormati kerana usaha mereka menjual di eBay. Mereka adalah penjual contoh yang memegang kepada standard profesionalisme yang tinggi, sehingga berjaya mencapai dan mengekalkan 98% maklum balas positif serta memberikan perkhidmatan / servis yang cemerlang kepada pelanggan berdasarkan kepada rating / skor yang diberikan oleh pelanggan.  

4. Jangan takut untuk bertanyakan sebarang soalan kepada penjual bagi memastikan barangan yang ingin dibeli adalah sama seperti keterangan yang dinyatakan oleh penjual tersebut. Kebiasaannya, penjual yang baik akan memberikan maklum balas segera untuk soalan yang diberikan.

5. Pastikan transaksi pembelian di eBay dibuat dengan menggunakan PayPal. I cadangkan supaya korang memilih penjual yang menyediakan perkhidmatan PayPal. Paypal akan menjamin pembayaran yang dilakukan oleh pembeli adalah selamat samada dengan menggunakan kad kredit (credit card) , kad debit (debit card) dan akaun bank. Apa yang korang hanya perlu lakukan ialah dengan membuat pendaftaran / register di Paypal terlebih dahulu. Ikut arahan yang dinyatakan pada laman web Paypal dengan memasukkan segala butiran kad kredit atau kad debit. Jangan sesekali mendedahkan sebarang maklumat kad kredit / kad debit korang secara terus di eBay (maksud i jangan buat pembayaran secara terus di eBay dengan menggunakan kad kredit atau pun kad debit).

APA ITU PAYPAL ?

PayPal merupakan cara yang lebih selamat dan lebih mudah untuk membuat pembayaran. Anda boleh menggunakan kad kredit, kad debit atau akaun bank tanpa mendedahkan nombor akaun anda terus kepada pembeli.

 Tidak seperti institusi kewangan yang lain, PayPal tidak akan berkongsi maklumat kewangan anda atau menjualnya kepada peniaga.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai keselamatan PayPal, korang boleh klik ---> SINI

6. Setelah melakukan bayaran, penjual akan memaklumkan dari masa ke semasa mengenai proses / jadual perjalanan barang / item yang dibeli. Pembeli juga boleh mendapatkan info terkini daripada penjual dengan menghantar soalan kepada mereka.

7. Hantarlah komen / maklum balas positif kepada penjual tersebut sekiranya berpuas hati dengan servis dan barangan yang dibeli. Mana tahu daripada komen positif yang diberikan, korang akan membantu orang lain yang ingin membeli dengan penjual tersebut.

Nak tengok barang apa yang i pernah beli dekat eBay?
Klik dekat link ini untuk menimbulkan rasa geram dengan kecomelan i, eh, handphone i. Hehehe ---> http://www.reenaonline.com/2009/12/handphone-hello-kitty.html

Ok, tu je tips untuk hari ni. Harap dapat membantu korang semua dan Cik / Encik / Puan / Tuan Anonymous. Hehehe...


p/s : Terlambat pulak nak pos entry hari ni. Kononnya nak buat Wordless Wednesday. Nampak sangat i memang suka bercakap daripada Diam Membisu Tanpa Kata-Kata Pada Hari Rabu. Macam mana pun i suka hari Rabu sebab ada Pasar Malam dekat area rumah i (takde kaitan langsung... hehehe).

62 comments:

  1. kdg2 boleh dpt harga murah kan kt ebay kak. kalau paypal kazaa selalu la guna untuk beli tshirt band luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu dear, janji kena hati-hati pilih penjual yang betul wujud :)

      Delete
  2. sis, i lum pernah order tru ebay tau....
    cam tak brani satu hal...
    lagi satu i nie suka tengok, sentuh2, belek barang2 tu sblum merembat...
    tu cam tak feel bila order online hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Setuju sangat dgn akak. Beli secara online ni kena trust instinct :)

      Delete
  3. peminat hello kitty nih..leh la gang..hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Suka Hello Kitty sebab color pink. Sep dengan dia :)

      Delete
  4. salam,

    blh bg tips mcm mn nk uruskan rumahtangga dgn anak dgn bekerja? i ada 3 org anak.. tlg, kdg2 rasa mcm tak tahu nk buat mana satu dahulu.. tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam :)

      Eh-eh macam sama je situation kita. Saya pun bekerja dan uruskan anak-anak (3 org jugak) tanpa maid. Takpe, nanti saya buat satu entry untuk soalan awak ini ok? Thanks sudi jengah blog saya

      Delete
  5. kadang2 teringin gak nak beli barang tru ebay.. tapi.. perasaan takut rugi tu ade jer.. sbb takut barang tak sampai pon ade.. tapiii... tak reti nak membeli pon yer gak.. haha.. thnx for the tips reena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your welcome dear :) dulu-dulu kita macam tu jugak. Lama-lama seronok pulak shopping dekat eBay. Hehehe

      Delete
  6. sukala info ni....bagus kalu nak soping kat ebay!!dah lama tak soping kat ebay...bnyk choice

    ReplyDelete
  7. reena klu nk beli kat ebay cari time offer price..masa nilah kompem mcmx2 produk yg high price bole buat mata terbeliak...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu kalau nak murah, aku suka beli yang auction. Tapi kena monitor last minute sebelum orang lain grab.

      Delete
  8. adakah semua urusniaga kt ebay secara lelongan?? ape mkna `time left` dlm ebay, adakah kita kene tunggu hingga habis time tu bru seller tu post kt kita?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Urusniaga yang ada perkataan 'bids' tu ialah berdasarkan lelong / bida. Kalau 'Buy It Now' maksudnya boleh beli terus atas amaun / harga yang dinyatakan.

      Untuk lelong / bida, pembeli / pembida hendaklah sentiasa mengawasi harga yang diletakkan agar tiada pihak lain yang memintas atau menawarkan harga yang lebih tinggi sebelum masa yang ditetapkan (time left) tamat.

      Ya, penjual hanya akan menghantar barangan yang dikehendaki kepada pembeli terakhir yang berjaya menawarkan harga tertinggi selepas masa yang ditetapkan tamat.

      Terima kasih.

      Delete
  9. salam sy masih baru nk b`jinak dlm ebay......nk tanye kalau kte gna paypal tuk beli brg dr US kt kene top up paypay dml currency dollar ke? paypal ad simpan mklumat x untuk setiap transaksi? mcm mane kalau2 brg yg diorder xsampai kt mane kte nk mengadu, then mcm mane kite nk tau brg sudah dipos atau tidak??.................terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, kalau awak ada credit / debit card, just register je credit / debit card dekat Paypal. Tak perlu masukkan duit atau buat saving pun dalam paypal. Segala maklumat pembayaran memang ada dalam Paypal. Untuk mengelakkan dari barang yang diorder tak sampai atau kena tipu dengan penjual sebab tulah saya bagi tips supaya awak pilih penjual yang ada lambang Power Seller. Selalunya penjual ni memang dah dijamin servisnya. Untuk aduan boleh terus sampaikan pada ebay. Boleh baca terma & syarat dekat ebay sewaktu mendaftar di ebay. Transaksi perjalanan barang yang kita order tu kebiasaannya penjual akan maklumkan melalui akaun ebay yang kita daftar tu atau pun menerusi email.

      Selamat membeli-belah di ebay :)

      Delete
  10. nak tanya kalau kita guna debit card utk urusan paypal, berapa jumlah caj yg dikenakan pihak bank kepada kita? atau hanya mengikut kadar tukaran wang pada hari itu? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada sebarang caj tambahan dikenakan oleh Paypal, bayar atas harga barang yang sebenar termasuk kos penghantaran je :)

      Delete
  11. salam.. Blh t0l0ng beli brang kt ebay x.. Klu blh tl0ng sy bank in.. Email dlu.. Spinkerz89@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam :)

      Sorry, rasanya tak dapat nak tolong. Sorry ye.

      Delete
  12. Salam. Byk benda yg sy kurang faham nk beli kat e-bay ni. Cthnya mcm ni, yg dekat 'Make Offer' tu kn? Mula-mula dia letak harga lain yg lebih tinggi lepas tu sy cuba masukkan harga yg lebih rendah, saje2 nk try lepastu dia bgtau yg your offer was accepted. Walaupun harga yg saya letak tu murah yg amat sgt? Betulke harga yg saya tawarkan tu diterima? Macam tak logik pun ade? Ke tetibe nanti dh byar murah sgt dia xnk hantar plak? Hehehe. Tq harap awak dapat membantu.

    ReplyDelete
  13. Salam. Byk benda yg sy kurang faham nk beli kat e-bay ni. Cthnya mcm ni, yg dekat 'Make Offer' tu kn? Mula-mula dia letak harga lain yg lebih tinggi lepas tu sy cuba masukkan harga yg lebih rendah, saje2 nk try lepastu dia bgtau yg your offer was accepted. Walaupun harga yg saya letak tu murah yg amat sgt? Betulke harga yg saya tawarkan tu diterima? Macam tak logik pun ade? Ke tetibe nanti dh byar murah sgt dia xnk hantar plak? Hehehe. Tq harap awak dapat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Nur Juliani :)

      Ohh... untuk Make Offer tu saya pernah jugak beli tapi tak pernah pulak letak harga rendah. Hehehe... selalunya saya letakkan Bid untuk harga yang tinggi sikit dari Bidder yang lain. Rasanya even awak letakkan harga rendah, sistem akan accepted kot. Tapi bahayanya untuk Make Offer ni andai kata awak tersilap letakkan harga dan harga awak tu adalah yang paling tinggi atas tawaran yang ditetapkan. Awak tetap kena beli tau. So, hati-hati ye :)

      Delete
  14. nak beli bayar guna paypal,kna top up ke RM dulu dlm akaun paypal tu?sbb sy guna debit kad

    ReplyDelete
  15. ms nk bayar tu guna paypal kn...dlm paypal tu kita kna top up RM dlu ke?ke nanti diret potong dr debit/kreidt kad yg dh berdaftar ngn paypal tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Zamrei :)

      Tak perlu topup duit dalam Paypal tapi kenalah make sure duit dalam Debit Card tu mencukupi. Kalau tak cukup, top-up lah duit dalam Debit Card ye. Hehehe... Anyway kena register dengan Paypal dan penjelasan lanjut boleh baca entry saya yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/kad-debit-maybank-dan-cimb-maybank-and.html

      Delete
  16. awak, kalau kite beli kereta kat melalui ebay ok tak? macam mana kalau brg yg ada pada gambar lain, yg sampai kerumah lain? Paypal boleh return duit ke kalau kita xpuas hati dgn barang yg kite dapat tu? harap awak dapat bantu..sebab kereta tak murah, kena bayar lebih 10k, takut kena tipu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... tak pernah pulak terfikir nak beli kereta dekat Ebay. Hehehe... Anyway better check directly with the seller yang dekat Ebay tu. Tanya spa-apa yang patut.

      Delete
  17. Salam...Otak sekrg duk berlegar2 nk beli pinggan corelle.tp kt sini mahal.ada jualan dr fb.kena collect kt ampang.sy tinggal kt kelantan.klw sy nk beli corelle us ada ke kat ebay malaysia.brg dia still sama ke ebay us.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sara :)

      Rasanya kena tanya betul-betul dengan seller tu samada pinggan corelle tu direct from US atau tak. Nak pastikan samada seller tu boleh dipercayai atau tak tengok dekat tanda power seller dan baca komen dari pembeli-pembeli yang lain.

      Delete
  18. Salam...
    juz nak tanye..mase awal bulan ritu ade order barang dr ebay.
    so far mmg ikut lah tips3 tu
    pastu,ade contact seller n dia bgtau tempoh delivery 10 - 15 working days.
    n then ble check balik,memang dah lebih 15 hari working days.
    da bagitau seller,seller bagi track id suh check dlm royal mail
    ble check, delivered 18.10.12.Ada idea tak nak refer kat mane lagi pasal delivery ni?
    dah check ngan budak2 opis (sbb alamat gune alamat opis),semua ckp mmg xde delivery utk sy dr 18 - 25.10.12 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam awak :)

      Apa kata contact Royal Mail atau cari website Royal Mail ini. Selalunya bila seller dah bagi track id. Rasanya memang takde masalah.

      Harap semuanya ok.

      Delete
  19. Salam
    Macam mana nak verify paypal gune public bank card?
    Sbb sy tak jumpa expuse no yg paypal send.xpasti samada paypal xsend lagi
    Biasanya berape lame ek paypal nak send no tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak verify paypal guna public bank card rasanya sama je macam guna credit card lain. Dan verification selalunya dihantar kepada alamat emel yang diberikan.

      Cuba check betul-betul k :)

      Delete
  20. hehee . terima kasih sebab tunjuk ajar .. best2 plak tu kat blog akak ni

    ReplyDelete
  21. thankss sebab kongsi ilmu . best2 plak tu blog akak ni

    ReplyDelete
  22. bagus la info ni....nak tanya sikit.

    kalau beli barang rm11 dr ebay y free shipping tu kena cukai and kena amik kat pejabat kastam jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni bila beli barang dekat Ebay, barang diposkan terus ke rumah. Tak pernah pulak sampai kena ambil dekat kastam. Hehehe... Kalau dia mention free shipping, rasanya harga kos shipping tu dah termasuk sekali. Hmmm... so far apa pembayaran terakhir yang awak buat, itu sahaja yang dikenakan bayaran, takkan ada kos-kos tambahan yang lain :)

      Delete
  23. nak tanya sikit, saya ada jual kereta saya di mudah.my. Lepas tu ada terima pertanyaan dari orang UK untuk beli kereta saya..macamana saya nak deal dengan pembeli dari luar negara ? Pohon pandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry saya tak berpengalaman pasal hal ini. Mungkin ada sesiapa yang dapat membantu :) Anybody?

      Delete
  24. http://www.ebay.com/itm/KBS-drama-Dream-High-Official-K-pendant-Necklace-Orignal-Products/180947224683?ssPageName=WDVW&rd=1&ih=008&category=155101&cmd=ViewItem

    kak reena, akak tahu macam mana nak beli barang ni? eiqa pening.

    ReplyDelete
  25. http://www.ebay.com/itm/KBS-drama-Dream-High-Official-K-pendant-Necklace-Orignal-Products/180947224683?ssPageName=WDVW&rd=1&ih=008&category=155101&cmd=ViewItem

    kak reena, macam mana kalau nak beli barang ni pulak? ikut macam akak terangkan ke? and eiqa perlukan pendapat akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang peningnya ni awak? Hehehe... awak picit je Buy It Now, kalau sure nak beli :) Yang penting sign-up dulu dengan Ebay.

      Delete
  26. salam, macam mane saye nk beli barang kt ebay, tapi saye xade debit/kredit kad untuk register paypal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mohamed Faisal :)

      Hmmm... kalau takde kad debit / kredit untuk register paypal memang tak boleh beli kecuali ada mana-mana seller yang terima Cash on Delivery atau awak pergi direct ke kedai (tapi untuk seller Malaysia lah, seller oversea kalau awak sanggup pun boleh jugak pergi). Hehehe...

      Delete
  27. salam Reena, saye ade nk bli brg kt ebay. tapi saye xade kredit/debit kad untuk register paypal. ade tak care lain? Harap dapat tolong saye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mohamed Faisal,

      Kalau takde kad kredit / debit memang tak boleh nak tolong :)

      Delete
  28. mcm mana nak mula menjual dalam ebay ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba sign-up dekat ebay dan baca term-terma yang dinyatakan dekat situ sebagai seller. Good luck :)

      Delete
  29. Salam.....sye kurang fham lah tentang membeli brang kt ebay? Lau gune debit kad bank bsn leh ke? N cam nei nak isi duit kt paypal? Leh ajar kn x step by step kt email sye......daus199530@yahoo.com......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr... bukan dekat paypal dah ada bagitahu secara details ke? Cuba check betul-betul :)

      Delete
  30. saya dah beli dekat 30 kali gak barang kat eBay ni, mostly US, then eBay UK, eBay Ireland.. .

    Kalo yg kat UK ni yg tak ship ke Malaysia ada cadangan tak utk freight forwarder? Kalo US saya guna hopshopgo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, saya tak berapa sure pulak pasal hal ni. Ada sesiapa yang boleh bantu Najmi? :)

      Delete
  31. salam, tumpang tnyer kalau kite register ebay malaysia dpt beli barang ebay negare lain x...?

    ReplyDelete
  32. Salam, nk tnyer ni klau register ebay malaysia, boleyh beli barang ebay negare lain ker...? klau boleh mcm mne care nyer...*mintak spe2 tolong....

    ReplyDelete
  33. setakat ni saya tgk mmg ebay antara laman 'online shopping' yg selamat. saya dh beli lbh 10 barangan import melalui ebay. pembayaran melalui paypal adalah yg paling slmt. slmt mencuba

    ReplyDelete
  34. tumpang tanya lau beli barang beranggaran 10kg dan harga barang dipsarkan di sana berharga 600 kalau campur penghantaran berapa harganya

    ReplyDelete
  35. salam saya nak tanya reena. saya ada beli barang mengunakan debit card cimb menerusi akaun paypal saya. transaksi dah berjaya tapi saya cek balik cimb click saya baki simpanan lama saya tidak terjejas lansung. kenapa yer? ini pembelian pertama saya melalui ebay.

    ReplyDelete
  36. Salam reena, saya nak tanya, saya telah membeli barangan di ebay menerusi akaun debit card paypal saya, dan transaksi itu telah berjaya. tp selepas saya cek balik akaun cimb click saya baki simpanan saya tidak terjejas, kenapa yer? ty.

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)