Blogger templates

Apr 10, 2012

Tips Memilih Warna Pakaian

Assalamualaikum, macam lama dah tak buat sebarang entry baru kan? Hehehe... Memandangkan besok ialah cuti sempena hari pertabalan Agong (hoorey!! Thanks Agong sebab dapat cuti percuma. Kihkihkih) jadi rasanya idea nak mengarang tu kuranglah rasa stress sikit. Kalau tak, bila menaip tu lebih banyak backspace daripada tambah ayat-ayat baru. Maklumlah dekat tempat kerja, mana nak guna ayat-ayat santai macam taip dalam blog ni. Semua perkataan untuk memo / surat atau laporan kerja, melibatkan ayat-ayat rasmi (pheww...) Kadang-kadang balik rumah pun gaya bercakap dengan anak pun dah macam bercakap dengan orang-orang rasmi pulak, "sila kemas permainan", "pastikan lampu ditutup lepas guna", "tolong jangan kotorkan kawasan ini". Hahaha... pengsan anak dengar.

Jadi sempena kita bersantai esok hari, entry kali ni i tujukan untuk kawan i yang suka tanyakan dekat i, macam mana i memilih kombinasi warna baju, seluar / skirt labuh dan tudung? Susah jugak nak jawab sebenarnya. Sebab apa? Sebab semua kombinasi warna harian yang i pakai ke tempat kerja atau hujung minggu hanya berdasarkan kepada kesesuaian mata i melihat sama ada warna baju, seluar / skirt labuh dan tudung tu berpadanan atau tidak. Kebiasaannya i akan pilih warna baju terlebih dahulu, kemudian padankan dengan warna seluar dan akhir sekali barulah warna tudung.

TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN

1. Setiap pilihan warna untuk pakaian i, tidak akan melebihi tiga warna yang berlainan. Dan ianya termasuk satu warna wajib yang terdiri daripada warna semulajadi, iaitu warna kategori selamat (warna natural) seperti warna putih, krim, hitam, kelabu, navy dan coklat. Warna tersebut i akan tetapkan samada untuk baju, seluar atau pun tudung.

2. Kombinasi warna samada untuk baju, seluar dan tudung i kebanyakan terdiri antara warna hangat / panas dan mesti dipadankan dengan warna dingin / sejuk (boleh rujuk dekat carta roda warna di bawah untuk mengetahui apa yang dikatakan dengan warna hangat / panas dan warna dingin / sejuk). Contoh : warna merah violet untuk tudung, warna biru violet untuk baju dan warna hitam untuk seluar.

3. Sekiranya i memilih pelbagai campuran warna pada satu-satu pakaian (macam warna paddle pop) samada pada tudung, baju atau seluar. Dua kombinasi warna yang lain pula adalah dalam warna plain yang bersesuaian iaitu terdiri daripada warna hangat atau warna dingin. Contoh : warna paddle pop untuk tudung, warna plain untuk baju dan warna plain untuk seluar.

4. Manakala untuk pakaian (baju, dress, skirt labuh, seluar dan tudung) yang mempunyai corak seperti bunga (atau cetakan corak yang berulang macam bentuk love, bintang atau daun), garisan lurus, kotak-kotak atau polkadot. I tetapkan panduan begini di mana:-

a) corak bunga (atau cetakan corak yang berulang macam bentuk love, bintang atau daun) boleh dipadankan dengan corak garisan lurus serta tambahan satu warna dasar / plain samada daripada warna hangat atau warna dingin bergantung dengan warna yang ada pada corak bunga tadi. Contohnya : corak bunga untuk tudung, warna plain untuk baju dan corak garisan lurus untuk seluar.

b) corak polkadot juga boleh dipadankan dengan corak garisan lurus dan tambahan satu warna dasar / plain yang bersesuaian samada daripada warna hangat atau warna dingin. Contohnya : corak garisan untuk tudung, warna plain untuk baju dan corak polkadot untuk seluar.

c) corak kotak-kotak pula boleh juga dipadankan dengan satu warna campuran paddle pop dan satu tambahan warna dasar / plain yang bersesuaian samada daripada warna hangat atau warna dingin. Contoh : warna paddle pop untuk tudung, corak kotak-kotak untuk baju dan warna plain untuk seluar (contoh gambar dekat entry ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/sambutan-hari-jadi-di-pizza-hut-pizza.html)

Kesemua contoh lain yang i nyatakan, korang boleh tengok gambar di bawah.



Carta Roda Warna Asas Pakaian sumber dari Google


BAGAIMANA MEMBUAT PEMILIHAN WARNA PAKAIAN BERDASARKAN CARTA RODA WARNA?

WARNA UTAMA / PRIMER (PRIMARY COLOUR)

Merah, biru, dan kuning dikenali sebagai warna utama / primer. Semua warna lain datangnya dari gabungan ketiga-tiga jenis warna utama ini. Untuk mendapatkan satu imej tersendiri dalam menetapkan hanya satu warna utama untuk keseluruhan pakaian dan aksesori ianya dipanggil sebagai monochrome look. Di mana apabila ianya dilaksanakan dengan betul, warna ini akan menjadikan si pemakai kelihatan moden dan bergaya. Bagi pemakai yang berani untuk bergaya daring, campuran ketiga-tiga warna utama dalam keseluruhan pakaian dan aksesori menampilkan gaya mod look untuk beliau.

WARNA SEKUNDER / PELENGKAP (COMPLIMENTARY COLOUR)

Warna pelengkap ialah warna yang bertentangan selari antara satu sama lain di dalam carta roda warna di atas. Contohnya seperti warna kuning dan violet, warna orange dan biru dan merah violet dan kuning hijau. Ianya mencipta warna kontras yang jelas kepada si pemakai. Kebiasaanya gabungan warna pelengkap ini dipakai oleh personaliti TV dan juga artis sebagai daya tarikan.

WARNA TRIAD (TRIAD COLOUR)

Warna triad ialah gabungan dua warna tertiari (tertiary) yang terletak di antara warna primer / utama dengan warna sekunder / pelengkap. Walaubagaimanapun merujuk kepada carta roda warna di atas, gabungan dua warna tertiari ini hendaklah digabungkan dengan warna yang mempunyai jarak 4 langkah warna berikutnya. Contohnya seperti warna kuning hijau dengan warna biru violet, warna biru violet dengan warna merah orange, warna kuning orange dengan warna biru hijau dan warna merah violet dengan kuning orange. Skema warna triad ini merupakan skema warna yang seimbang dan berpadanan dengan kebanyakan jenis pakaian.

WARNA ANALOGI (ANALOGOUS COLOUR)

Warna analogi ialah gabungan dua warna tetiari (tertiary) yang terletak di kiri dan kanan warna sekunder / pelengkap. Contohnya seperti kuning hijau dengan biru hijau, biru violet dengan merah violet dan seterusnya. Warna ini mencipta satu warna yang harmoni daripada kedua-dua warna tersebut. Dan ianya bersesuaian untuk acara rasmi dan juga ke pejabat.

sumber : collegefashion.net


TIPS PEMILIHAN WARNA PAKAIAN MENGIKUT WARNA KULIT

1. Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.
2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.
3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.
4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.

sumber : galaxstar.com


Dekat bawah ni merupakan antara contoh gambar kombinasi warna baju yang biasa i pakai untuk rujukan korang. Sebenarnya warna pilihan untuk pakaian ni bergantung atas pilihan masing-masing. Pakailah warna yang korang sendiri rasa selesa sebelum menjejakkan kaki keluar daripada rumah. Yang penting percaya kepada naluri hati korang. Kalau nak beli warna-warna baru yang belum pernah ada dalam almari pakaian korang. I cadangkan korang cuba dulu di fitting room sebelum ambil keputusan untuk membeli. Warna pakaian jugak memainkan peranan penting dalam menimbulkan keyakinan diri kepada pemakai. Jadi jangan tersilap pilih warna ok.






p/s : Selamat bercuti semua!

13 comments:

  1. Sy beruntung x yah pening kepala nak match warna tudung, baju dgn seluar @ skirt labuh time p keja bcoz sy ada uniform..hehe..time p jln lak pakai ja warna pilihan ikut selera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya awak, save duit beli baju keje kan? Kalau opis suruh saya pakai uniform hari-hari pun mesti saya setuju aje. Hehehe...

      Delete
  2. info yg menarik...suka sangat..:)

    ReplyDelete
  3. menariks nie sis...
    no wonder u sentiasa gorjessssssssssss jer *wink wink*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... mekasih kak!! :)

      Ok tetiba teringat pengalaman terkejut yang hari tu tu... Tettt...

      Delete
  4. wah info yg sgt bagus smp pening sdh gak nak faham tentang warna nie semua.selalunya sy main belasah je warna apapun janji sedap pakai.janji warna baju tu ada sikit2 matching dengan tudung.boleh camtu?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Puan Kutu,

      Mix and match ni penting untuk mengelakkan terjadinya diri umpama tiang lampu yang mempunyai satu ton warna. Ish, pengsan orang tengok kalau tudung, baju dengan seluar, pakai satu warna je. Contohnya merah. Hehehe

      Delete
  5. sis, sesuai tak jika violet match dgn merah hati?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai je :) yang penting jangan serabut tambahkan warna-warna lain.

      Delete
  6. emm..kalau baju plain coklat gelap camne nak matching seluar nagn tudung?

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)