Blogger templates

May 21, 2012

Resepi : Kek Cotton Cheese / Cotton Cheesecake

Lambat pulak i pos entry baru untuk hari ni, selalunya pagi-pagi sebelum subuh mesti dah masuk entry baru kan? Kalau korang nak tahu, ada cerita disebalik kenapa i lewat nak pos entry ni, takpe nanti i cerita ok. Sebelum tu, nak cerita dulu pasal projek kek yang i buat untuk hubby dan anak-anak i minggu lepas. Projek kek yang paling ringkas / simple untuk orang-orang yang sentiasa sibuk dengan macam-macam aktiviti (senang cakap macam i dan korang di sana yang sewaktu dengan i. Hehehe...) Ikutkan ni kali kedua i buat kek cotton cheese / cotton cheesecake ni. Dan i memang cadangkan sangat untuk korang cuba buat sebab hasilnya memang super sedap! Kalau korang teringin nak buat untuk keluarga ke, mak mertua ke, kawan-kawan pejabat ke atau sekadar nak show-off dengan boyfriend korang betapa korang memang terror / pandai buat kek (selain daripada pandai makan kek je... Hihihi...) Inilah resepi yang sepatutnya korang salin dan simpan elok-elok dalam diari. Dengan jaminan 100% daripada i, korang akan dapat pujian yang membanggakan (eceh-ceh... Hehehe...) Tak percaya?? Hah... siapa yang tak percaya tu, korang memang rugi besar tau (bunyi macam nak bagi hadiah RM sejuta je kan?)

Tanpa berlengah lagik, i nak kongsikan resepi Kak Alma dalam dapur comel i untuk kawan-kawan kesayangan semua (terima kasih sangat Kak Alma untuk resepi yang best ni!) Lepas ni korang tak payah susah-payah pergi kedai kek semata-mata nak dapatkan cheesecake. Korang pun boleh buat sendiri (hoorey!)

Bahan-bahan (untuk saiz kek 8 inci)

BAHAN A :
250 gram cream cheese (i guna jenama krim keju Philadelphia)
50 gram mentega
100 ml susu segar (macam biasa i guna jenama Dutch Lady Full Cream)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 sudu kecil garam
60 gram tepung kek / tepung superfine
20 gram tepung jagung (cornflour / cornstarch)

BAHAN B :
140 gram gula (gula biasa je)
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon (i letak 3 sudu kecil)

Cara-cara :

Untuk adunan A : Cairkan cream cheese, mentega dan susu dengan teknik double boiler (sama macam cara i cairkan coklat dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/05/chocolate-fondue-coklat-fondue.html). Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian ambil satu bekas lain dan isikan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon. Campurkan ke semua bahan ini dengan aduan cream cheese yang telah sejuk dan gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sahaja atau whisk).

Untuk adunan B : Dalam bekas lain pula, pukulkan putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih-buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai ianya bertanduk (soft peak).

Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang telah gebu dan kacau dengan senduk / whisk sampai sebati. Sediakan tin / bekas kek yang bulat berukuran 8 inci. Griskan keliling tin / bekas kek dengan sedikit mentega.  Salutkan juga dengan kertas baking / baking paper pada bahagian tepi tin / bekas kek (i tak salut pun dengan kertas baking). Tuang kesemua adunan kek dalam tin / bekas kek.

Bakar kek kira-kira sejam, dengan cara au bain-marie (waterbath), pada suhu 160ºC (atau 325ºF). Pada sesiapa yang kurang pasti waterbath tu macam mana, buatnye ringkas sahaja. Lepas letakkan adunan dalam tin / bekas kek, balut bahagian bawah tin / bekas kek hingga separuh tinggi tin / bekas kek dengan aluminium foil. Ini sebagai double protection agar air tak masuk ke dalam tin / bekas kek terutama sekali yang guna springfoam pan. Tak nak balut pun boleh jugak cuma cara ini sebagai langkah berjaga-jaga. (Kalau korang tanya cara i pulak, i tak balut pun).

Letakkan tin / bekas kek di atas dulang pembakar, tuangkan air pada dulang pembakar, seelok-eloknya ½ tinggi tin / bekas kek tu, lepas tu masukkan ke dalam oven untuk dibakar. Tunggu dengan sabar selama sejam dan sedia untuk dihidangkan kepada mereka yang tersayang.

Agak-agak kalau tak berapa faham dengan cara-cara yang dinyatakan dekat atas, korang bolehlah tengok gambar yang i sertakan dekat bawah. Selamat berjaya kawan-kawan.


Nilah teknik double boiler.

Asingkan putih telur dan kuning telur.

Adunan B yang dipukul sampai 'bertanduk' hehehe...

Rupa adunan yang dah ready nak masuk dalam tin / bekas kek.

I beli bekas kek love ni dekat Daiso. Comel kan?

Teknik yang ni pulak dipanggil waterbath.

Yeay!! Dah siap dah.

Jangan rebut-rebut, i bagi sorang sikit ok.

Yang ni i bakar guna bekas kek springfoam pan. Hah... kan cukup untuk korang semua.

p/s : Sebab i macam tak sempat nak blogwalking rumah korang hari ni. Jadi i hadiahkan sorang sikit kek cotton cheese ni. Jemput makan, jangan malu-malu ye. Hihi...

38 comments:

  1. reena nmpk mcm sdp je..sya nk sume yg ade kt umah tue..bhahahah gile tamahak betul!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni bukan tamak lagik, haloba dah ni. Hahaha...

      Delete
  2. em... lembutnya nampak kek tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah memang lembut sangat wak :) Senang nak kunyah. Hehehe...

      Delete
  3. Replies
    1. Ni memang sesuai untuk budak-budak sebab lembut. Nanti cuba buat ok :)

      Delete
  4. Wow!!!! Dah ler lapar ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... memang saja nak bagi awak lapar ni. Nanti Ratna cuba ye :)

      Delete
  5. ha..nk nanges tgk npk soft sgt kejadian cottoncheese cake reena nih
    sabar2..akak amik sepotong yer
    ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye silakan kak. Akak nanti cuba buat tau! :)

      Delete
  6. Wahhhh ni yg saya suka ni. Resepi simple. Nanti nak try :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Sarah kan selalu cuba resepi yang akak cuba. Memang simple pun tau :) Mesti boipren bagi pujian nanti.

      Delete
  7. sedapnyer nak cubala..cam jual kat kedai tulaa......

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah memang yang sama macam yang jual dekat kedai kek tu pun Posh. Tak salah satu bulat kecik tu harganya RM10.00 :)

      Delete
  8. feveret kek aku..wooaahh..senang je rupanyaa..

    ReplyDelete
  9. nak cube la...cam sedap je tu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish... bukan macam lagik ni Siti memang sedap habis! Hehehe :)

      Delete
  10. Wah bestnya..tapi x dpt merasa pun..baguih la reena ajaq wat kek dgn teknik bergambaq sekali..senang nak buat macam ni..

    ReplyDelete
  11. rajin betul akak sorang ni. same macam akak kite. rajin buat kek. jeles betul. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu awak kahwin, mesti awak rajin jugak Wana. Hehehe...

      Delete
  12. memang berasaplah oven I weekend ni. ok lau berminat nk kirim spanx, bole minggu ni ye. my sis nk blk msia from US next month.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... cuba jangan tak cuba. Hmm... nanti i pikir dulu k Akma (sebab dekat rumah pun dah ada 3 jenis sebenarnya) Anyway mekasih for your info :)

      Delete
  13. Cheese cake memang fav ni.. seumur hidup tak penah wat kek sendiri.. tp bila tgk reena buat mcm teringin jer nak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita memula tu takut jugak nak buat, takut tak jadi. Tapi bila kek ni naik elok je, terus rasa konfiden. Siap bagi opismate rasa lagik. Hehehe... Nanti cuba buat ok.

      Delete
  14. heheh...mcm yg salu beli kat jusco tu...nampak yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah... pandai pun awak! Hehehe.... :)

      Delete
  15. Sis poslajukan half of cheesecake ring tu rumah Kak Anis boleh?Hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh Kak Anis, nanti posmen rembat makan nanti. Hahaha..

      Delete
  16. ok, pasni nak try gaklah..mintak syer resepi ye reena..

    ReplyDelete
  17. Nak tnya...yg last step tu kurang faham sikit la...mksud nya di situ kna bakar dua kali ka??
    -Fiera-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakarnya sekali je, tapi dengan cara waterbath :)

      Delete
  18. Kek tu mampat ke empuk mcm kek biasa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek mampat?? Cheese cake mestilah lembut dan gebu.

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)