Blogger templates

May 20, 2012

Majalah Rapi Mei 2012

Ada sesiapa dah beli majalah Rapi edisi 15 Mei 2012? Hehehe... buat-buat tanya soalan sebab nak bagitahu korang ada entry dalam blog i terpilih untuk ruangan Klik Untuk Cantik dalam tajuk Belajar Solekan Ala Korea (alahai tak sangkanya!) Nak tahu entry mana satu? Jeng-jeng-jeng entry yang inilah ---> http://www.reenaonline.com/2010/03/tips-solekan-ala-ala-koreanjapanese.html Ikutkan entry ni entry lama, entry dua tahun lepas. Bahasa penulisan dalam entry ni pun banyak yang tunggang-langgang. Maksud i lebih kepada bahasa biasa i bercakap dengan kawan-kawan atau tulis dalam diari (uiks... i ada diari ke? Hahaha blog ni lah diari perjalanan i untuk anak-anak i dan korang yang sudi berkawan dengan i). Tapi serius i cakap, i nak tergelak bila selak balik entry lama yang i taip. Anak-anak mama, sila jangan tiru perkataan singkatan yang mama taip macam entry yang sebelum ni nanti cikgu pun pening nak baca. Walaupun ejaan berbunyi ala-ala CHOMEL (eh, comel ke? Hahaha....) Tapi dalam peperiksaan confirm kena reject.

Inilah kenyataan yang ditulis oleh Emy Haznida Hazairul Sham dalam majalah Rapi (terima kasih awak sebab sudi pilih entry saya) :-

Penerangan penuh mengenai solekan ini. Tidak perlulah anda risaukan kerana penerangan secara teliti ini mudah diaplikasikan oleh sesiapa sahaja. Bermula dengan asas solekan sehingga sentuhan terakhir pada bibir, semuanya dalam satu blog. Walaupun tiada gambar disertakan, jangan khuatir. Dengan perincian yang diberikan oleh penulis blog, anda pasti boleh menjadi secantik pelakon drama bersiri Full House, Song Hye Kyo!

Ok, terharu berganda secara automatik terjadi bila baca statement dalam
Rapi. Sebenarnya sesiapa yang pernah terbaca entry ni, i dah pernah letakkan gambar i dekat sini. Tapi selang setahun atau beberapa bulan kemudian, i delete gambar i tu. Kadang-kadang apa yang kita kongsikan bukan semua orang suka, mungkin juga mengundang komen-komen yang kita pun tak sangka ada orang boleh berfikiran macam gitu. Jadi, i ambil keputusan biarkan entry tu kosong tanpa gambar. Yang kelakar tu, bila i tak letak gambar ada jugak yang komen, macam mana nak apply mekap kalau takde gambar! Hahaha... kesimpulan bukan senang nak puaskan hati semua orang. Takpelah... yang penting kita bahagia dan happy dengan cara sendiri. Jangan stress-stress ok.

Ohh... tak lupa jugak i nak ucapkan terima kasih untuk Kak Rasp yang sudi buat entry ni untuk i ---> http://espritrasp.blogspot.com/2012/05/blognya-terpilih.html (cayang akak ketat-ketat!)

Cantikkan Natasha Hudson.

Jeng-jeng-jeng yang mana satu eh?

Taraa!!

p/s : First time beli Rapi sendiri, selalunya tumpang baca yang member beli. Hehehe...

39 comments:

  1. wah bestnya. u deserved it kak :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Hahaha... alahai... famous ke dear? Mekasih :)

      Delete
  3. Wah....i tumpang happy untk u. Tahniah n3 kamu d hargai..best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih awak :) Tulah, kadang-kadang macam tak percaya pulak. Hahaha...

      Delete
  4. tahniah jugak reena..tp klau ada gambo memang marbeles..sebab kekadang bile baca..oragn cam saye ni lambat pikap..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih awak jugak :) Betul tu setuju sangat pasal gambar tapi takpelah... gambar tu pun gambar lama, nanti ada orang salah faham lagik :)

      Delete
  5. wah..tahniah..bestnye dapat masuk magazine.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih Mun, tulah tak sangka sangat tau :)

      Delete
  6. weeeee tahniaaahhhhhh wak!
    rasanya dulu2 penah terbaca gak blog reena tang tutorial mekap2 tu...hihihi
    masa tu ada gambar...yesss sempat nengok tuan tanah bertutorial...hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weee... macih Mak Encik... Hehehe....


      A'ah nasib baik mak encik sempat tengok kan? :) Alaaa.... tapi tak tengok gambar kita tu pun tak rugi apa-apa pun. Hahaha...

      Delete
  7. ye..sy ada bli dan baca pasal tu..
    ooo gitu ke kisahnya..ptt la cam pelik la reena wat tuto tp x de pic kan..
    mmg lah kita x dpt nk puaskan hati smer org..tp wpn x de pic n3 tu termuat jgk dlm mag tu..congratz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kak Neeza :)

      Tulahh... terasa macam lucky sangat terpilih :')

      Delete
  8. mmg rapi lah...okeh nk bodek bonde suh beli majalah rapi ni..yg majalah yg reena kuar tu xdpt belilah..;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berjaya bodek tak Uchi?? Hehehe... Alaa... majalah tu pun dah lama dah, tak rugi pun kalau tak dapat beli :)

      Delete
  9. emmm.. memang best entry2 u.. teruskan beb..

    u dah memang cantik, tenyeh apa pun tetap cantik.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai mekasih awak :') alhamdulilah, nasib awak suka baca. Hehehe...

      Delete
  10. tahniah ... mintak loyalty dari rapi :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kelakar lah akak ni! Kalau dia curik-curik ambil gambar tepek dalam majalah mungkin nak mintak royalti kot. Tapi ni kira macam penghargaan gitu. Halalkan jelah.

      Delete
  11. wahhhhhhhhhhhh nak sain leh tak? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa.... sain kita tak lakulah awak. Hahaha...!

      Delete
  12. wah glam u...nak cari rapi laa...lama tak baca.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... mekasih Posh :) cepat pergi cari sebelum habis stok :)

      Delete
  13. Sis comei Kak Anis ni solek ke x solek tetap lawa...
    Btw Reena dah check out Tudung Bokitta buatan Lebanon tu??.
    I think it suits you very much...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel ada sikit kot Kak Anis (kemain kan?) Comot tu paling banyak! Hehehe... Anyway mekasih sangat kak. Betul-betul terharu dengan semua orang. Rasa macam nak peluk akak dengan semua orang yang bagi komen dekat sini :')

      Akak tudung Bokitta ni dekat mana boleh beli eh? Tetiba rasa macam ketinggalan zaman pulak sebab tak tahu. Hahaha...

      Delete
    2. That's what I like bout online friendship...jauh di mata dekat di hati
      Akak rasa all congrats n pujian ikhlas dr kengkawan online sis...support mainly dari kami for you yg tak jemu2 sharing yr thoughts n experiences utk dikongsi sama2
      As for Bokitta cuba view Bokitta.com...sure comel sis pakai

      P/S: Dah email you back...

      Delete
    3. Mekasih kak :')

      Dah tengok website Bokitta tu, wahh... confirm macam orang Arab kalau kita pakai tudung ni. Hehehe...

      p/s : Akak, kita pos barang akak hari Isnin k <3

      Delete
    4. Yeah...Arab kacukan Jepun coz mata sepet hi hi

      Delete
  14. Tahniahhh kak. Blog dapat masuk majalah =P

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. Nak 10 kg famos amos pleaseee.... Hehehe...

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)