Blogger templates

May 30, 2012

The Krystal Suites

Korang nak tahu dekat mana i menetap sepanjang berada di Pulau Pinang? Jeng-jeng-jeng, inilah dia tempat penginapan kita orang sepanjang dua hari satu malam di Pulau Pinang, The Krystal Suites, Penang. Kita orang pilih Apartment dua bilik tidur yang pada i memang cukup besar untuk family i. Harga yang ditawarkan pun cukup berpatutan daripada tidur dekat Hotel. Apa taknya, kalau korang nak tahu harga suite dua bilik tidur untuk satu malam ialah RM200.00. Manakala untuk suite satu bilik tidur pula ialah RM150.00. Tilam / Katil tambahan dikenakan bayaran sebanyak RM30.00. Hah... Kan murah kan? Ni kalau tidur dekat hotel ambil bilik saiz Junior Suite atau Deluxe lepas tu buat tambahan satu katil mahunya lebih RM250.00 satu malam rasanya.

Dari segi keluasan Apartment dengan harga memang i puas hati. Yang bestnya, semua ruang dalam Apartment ada disediakan penghawa dingin / aircond. Tandas pun dah lengkap dengan air panas dan tuala. Cuma part yang i rasa macam tak berapa best ialah keadaan tempat letak kereta pada waktu malam. Sekali pandang dah macam dalam lokasi filem cerita seram Korealah pulak (hah... i nampak ada yang dah buat muka suspen. Hewhewhew... takut!) Ditambah dengan keadaan lampu samar-samar dan suasana sunyi sepi. Erk! Kalau ada sesiapa nak buat lawak main cak-cak, confirm boleh kena sakit jantung jawabnya. Dan satu lagik yang i tak berkenan ialah bila semua lantai dalam Apartment ditutup dengan permaidani / carpet. Adehh... macam tak berapa bersih je terutama sekali bahagian carpet yang dekat dengan tandas. Jadi, untuk rating keseluruhan, i bagi 2 ½ bintang daripada 5 bintang untuk The Krystal Suites.

Alamat The Krystal Suites :-

Ground Floor Lobby,Krystal Point Corporate Park
Jalan Tun Dr. Awang
11900 Bayan Lepas
Penang,Malaysia

Nombor telefon : [04] 613 3333
Nombor faks : [04] 613 3338 / 2

Emel : enquiry@thekrystalsuites.com

Nak dapatkan keterangan lanjut, peta lokasi sebenar, kemudahan lain yang disediakan, promosi, galeri gambar dan lain-lain lagi korang bolehlah pergi ke laman web / website The Krystal Suites dekat sini ---> http://www.thekrystalsuites.com/index

Untuk korang yang nak datang menginap di sini, i cadangkan korang jangan booking / tempah melalui internet tetapi terus je hubungi nombor telefon dekat atas. Selepas buat perbandingan, i rasa harga yang ditawarkan melalui telefon lebih murah berbanding di atas talian (online). Kalau korang bekerja kerajaan, hah... boleh dapat tambahan diskaun lagik.

Ok, kisah The Krystal Suites dah pun tamat. Kita tengok gambar pulak nak? Jom!









Bilik tidur utama ada katil saiz King.

Danish dan Ariana tidur dekat bilik tidur nombor dua.




p/s : untuk beberapa hari ni, i macam exhausted sikit dengan kerja pejabat. I cuba jalan-jalan rumah korang dan jawab soalan-soalan dalam blog malam nanti ok. Macih semua sebab sudi jengah i. 

22 comments:

  1. salam reena,

    wahh mmg menarik la rate suites tu ...
    2 tahun lepas ada stay kat hotel continental kat penang tu , interior dia mmg nampak old school sket la, agaknya hotel lama ... duluuuuu (2005) penah stay kat vistana mmg terasa hotel baru tp slps 7 tahun ni tak tahu la masih rasa baru ke tak lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh... dah banyak hotel mak encik merasa dekat Penang ni yek? Kita jarang tidur Penang sebenarnya, selalunya balik hari je sebab perjalanan Kedah dengan Penang pun sejam je. Tapi kali ni saje nak habiskan masa dekat Penang lama-lama :)

      Delete
  2. ok sgtla rate dia kak. besar pun besar. klau sy pg berdua je dgn kazaa ok sgtla rm150 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau untuk Cha memang sesuai sangat yang RM150.00, kalau untuk akak confirm crowded. Hehehe...

      Delete
  3. ok sgt dear rate dia..akak pi kat kluang railway hotel pun utk bilik yg katil queen bed pun semlm rm145++
    pastu takde tingkap..bilik pun kecik je..kalau dgn tingkap jadi rm165++..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke kak? Patutnya tidur dekat Prime City je kak, tapi alamak tak pernah lagik check rate dekat situ :)

      Delete
  4. eh ok jugak rate suites nih..murah pon murah..besar pulak tue kan.....ader family mmg jimatlah kalau stay kat sini berbanding hotel....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Mun... kalau ramai-ramai memang berbaloi ambil jenis apartment ni sebab kadang-kadang rate nya memang lagik murah daripada hotel. Lagipun bukan nak melepak lama-lama pun dalam hotel / apartment kan? Yang penting selesa dan berbaloi. Hehehe...

      Delete
  5. Lum sampai lagi kat Penang...kesian...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaiii... memang kecian... :(

      Hehehe... takpe lepas ni bolehlah pergi ye :)

      Delete
  6. not bad gak hotel ni..especially the rate....tp kalau pi PG hotel ala2 pun takper yg penting masa bnyk nak berjalan...windunyer PG

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah setuju dengan Posh, yang penting selesa nak tidur kan Posh :)

      Delete
  7. agak menarik pemandangan dlm suites ni....terutama kalu g sana bwk rombongan cik kiahs kan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah awak, ramai-ramai boleh kasi sumbat gitu. Hehehe....

      Delete
  8. oo..aku dulu pegi penang stay kat tanjung bungah beach resort jew.. sb kitrg cuma berdua, dekat ngan pantai ngan batu feringgi.. =).

    kalau ko dah ckp tmpt parking mcm citer seram korea kompem aku tak berani nak book. hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak pernah lagik stay dekat Batu Feringgi Hanie, next time nak tido area sini pulak kot.

      Hahaha... kalau sorang-sorang memang suspen Hanie :)

      Delete
  9. eh sllunya rege kat on9 lebih murah wey dari on call...emm psst reena jgn lupe singgah blog sya..ahakz!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silunya tu apa Uchi??? Tulah penting survey... sebab nak dapatkan harga yang lebih murah :)

      Ya, aku dah singgah dah. Terima kasih Uchi.

      Delete
  10. jenjalan cuti sekolah ye.. bestnya.. ikutkan saiz suites tu berbaloi la dgn harga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... pergi sini waktu balik kampung bulan lepas awak. Cuti sekolah ni tak pergi mana-mana pun :(

      Delete
  11. wahhh! brpatutan jugak hrga dia. cuma bab prking tuh yg xbrapa nak syok. hehe

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)