Blogger templates

May 3, 2012

Restoran Ayam Penyet Best

Macam dah lama i tak letak cerita makan-makan kan? Kali ni i nak tunjuk dekat korang kedai makan / restoran yang i pergi di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Nama restoran ni ialah Restoran Ayam Penyet Best. Ikutkan dah lama sebenarnya i tak datang ke kawasan ni semenjak dah kahwin dan menetap di Selangor. Adalah dekat 7 tahun gitu kot. Kalau dulu-dulu i rajin datang sini masa bulan puasa sebab meriah dengan gerai ramadhan. Cakap je nak buka puasa makan apa, semua makanan ada. Sampaikan daripada nak beli satu, dua makanan terus terbeli lima, enam makanan. Eh, tercerita pasal bulan puasa pulak. Hehehe...

 Ok-ok, kita sambung kisah Restoran Ayam Penyet Best. I takde plan / rancang nak datang sini pun mula-mula tu. Tahu pasal kewujudan restoran ni bila mata i terpandang perkataan Ayam Penyet. Macam yang korang tahu, i memang 'hantu' makan Ayam Penyet (hihihi... *buat gelak hantu* takut tak?) Tapi dekat sini walaupun menu utamanya ialah Ayam Penyet, untuk korang yang bukan penggemar Ayam Penyet tapi terpaksa datang sebab nak kena jaga hati girlfriend. Korang jangan risau, ada juga makanan sidekick (sampingan) lain yang disediakan macam Asam Pedas, Mee Bandung, Sotong Masak Kicap dan lain-lain lagi. Harga untuk setiap makanan dekat sini pada pendapat i, berpatutan sangat-sangat. Nak lagik jimat korang ambil set / combo (harga satu set / combo dah termasuk makanan dan minuman). Lagik satu i nak ingatkan, korang jangan tertipu dengan gambar ice lemon tea (teh-o ais limau) yang ditunjukkan dekat set / combo tu. Gambar lemon tu sekadar hiasan je, yang sebenar-benarnya air yang korang dapat dalam set / combo ialah air teh-o. Lepas tu, korang boleh pilih samada nak ais atau tidak (caitt! Tipah tertipu. Huhuhu).

Dari segi rasa untuk makanan set Ayam Penyet Best yang i pilih (harga RM9.50), i bagi 3.8 bintang daripada 5 bintang. Part / bahagian ayam penyet dan sambal tu memang dah best dah, cuma tak boleh lawan tempe dan tahu goreng dekat Wong Solo (nak baca ulasan / review pasal Wong Solo boleh picit link ni ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/ayam-bakar-wong-solo.html). Untuk makanan lain, apa kata korang pulak cuba makan untuk i, lepas tu korang bagitahu dekat i best ke tak? Hehehe...

Alamat Restoran Ayam Penyet Best :-
No. 16G, Jalan 1/76C
Desa Pandan
55100 Kuala Lumpur

Lokasi : Berhampiran dengan McDonald's Desa Pandan.

Jom tengok gambar dan menu dekat Restoran Ayam Penyet Best.








Macam dah pernah tengok je gambar ni kan? Dekat entry mana agaknya? Hehehe...

p/s : Kenapa Ayam Penyet sedap dimakan?

14 comments:

  1. bila tengok u makan terasa cam nak makan...walaupun tak berapa suker sgt....podas beno hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, u tak makan pedas eh Posh? I pun sama, tapi sebab sedap.... ku gagahkan jugak sebenarnya. Hehehe...

      Delete
  2. ayam penyet yang best ialah sambalnya yang pedas berdesing... kat taipan USJ pun ada satu...

    asik2 ikan kembung, ikan pari..trylah buat ikan jenahak ker, ikan merah ker..barulah best buat asam pedas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... dia pilih ikan-ikan selamat yang selalu orang order tu sebenarnya NP :)

      Delete
  3. saya suke !!
    wong solo dah pernah rasa.
    yg best ni tak pernah lagi.
    hehehe

    ReplyDelete
  4. aku. ayam penyet tak penyet aku suke je asalkan ayam. hahahaha..

    aku pernah makan ayam penyet kat VIVA HOME mall kat area KL ni. kat foodcourt die. sedap woo sambal die. ish tetibe teringin plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. VIVA HOME MALL ni rasanya macam dekat area Cheras je kan Hanie? Pernah datang sini tapi macam tak jumpa pulak food courtnya :)

      Delete
  5. kita memang hantu ayam penyet samala kak. give me five haha. sorry lama tak dtg. tak sihat kak mc 2 hhari :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai sian dia. Jaga diri bebaik ok :)

      Delete
  6. Olohhhh sedapnyaaaa :D Boleh try ni!
    Pernah makan dekat shah alam, terus jatuh cinta dengan ayam penyet ni. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah... ayam penyet ni nampak macam biasa je kan Sarah? Tapi sekali kena. Nak lagik dan lagik dan lagik. Adehhh... :)

      Delete
  7. wahhh..boleh coba ni!..akak punya feveret mmg nasik ayam..nyum3x..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak!! lama tak jenguk menjenguk gitu kan?

      Ni bukan nasik ayam kak? Nasi putih dan ayam penyet sebenarnya :) hehehe...

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)