Blogger templates

May 16, 2012

Restoran Kapitan, Penang

Cerita berjalan-jalan di Pulau Pinang diteruskan dengan jalan-jalan cari makan pulak. Cerita sebelum ni ialah cerita naik Bukit Bendera (untuk sesiapa yang tercicir keretapi, boleh baca entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/05/penang-hill-bukit-bendera.html). Kalau korang nak tahu bersusah-payah kita orang nak cari kedai makan yang istimewa sikit dekat Penang ni tau. Konon-kononnya tak naklah asyik makan Nasi Kandar dengan Nasi Beriani aje. Tapi pusing punya pusing punya pusing, akhirnya kita orang masuk jugak dekat kedai makan yang ada jual Nasi Kandar dengan Nasi Beriani (adeh!) Nampak sangat dekat Penang ni, memang dah tak boleh lari dari dua konsep makanan jenis macam gini. Huhuhu... nak buat macam mana kan? Pelancong lah katakan (eceh-ceh-ceh) manalah kita orang tahu kedai-kedai makan best ni. Nak suruh korang cadangkan boleh? Hehehe...

Datang keinginan hati nak cuba makanan dekat Restoran Kapitan, Penang ni pun bila terpandang suasana keliling Lebuh Chulia yang nampak bersejarah / historical gitu. Suka tengok rekabentuk bangunan lama dekat sini dan kedai-kedainya yang masih tak berubah macam 50 tahun yang lalu (gaya i cakap macam dah wujud 50 tahun yang lepas je kan? Hehehe). Tapi serius, korang akan terasa macam back to the future bila berada dekat sini. Seronok ni kalau boleh ambil gambar banyak-banyak. Ingatkan lepas makan dekat Restoran Kapitan bolehlah ronda-ronda kawasan sini. Teringin nak jenguk dalam Nagore Dargha Sheriff (dengar kata ini adalah bangunan peringatan untuk seorang wali bernama Shahul Hameed di Nagore, India). Entah macam mana, hujan panas pulak lepas tu. Terpaksa ubah rancangan pergi tempat lain. Kalau berdua dengan hubby je ni, gagah perkasa jugaklah i nak redah hujan. Memandangkan ada escort 3 orang budak kecik yang memang tunggu masa je i lepaskan dorang berjalan sendiri. Takpelah, i batalkan niat. Lain kali, kita orang datang lagik. Hehehe...

Perut pun sebenarnya masih kekenyangan dengan Domino's Pizza waktu tiba di Restoran Kapitan. Jadi demi tak nak menghampakan tekak, i dan hubby order Tandoori Set iaitu satu set Cheese Naan (RM10.00) dan satu keping Cheese Naan biasa (RM3.50) (lepas tu kongsi makan 5 orang. Tension kalau dapat semua pelanggan macam i ni. Hehehe...) Danish pulak makan nasi kosong dengan kuah kari (satu pinggan RM1.20 je), siap tambah sampai dua kali tu (pun tension dapat pelanggan macam Danish ni sebab langsung tak ambil lauk-pauk). Setahun bukak restoran bila orang buat perangai macam gini, terus gulung tikarlah jawabnya (kihkihkih). Apa-apa hal memang tak menyesal order dan makan Cheese Naan dekat sini sebab memang sedap. Kuah untuk Cheese Naannya marvelous habis! I siap minta tambah lagik. Yang penting, pekerja dekat Restoran Kapitan ni pun baik-baik belaka, layan kita orang macam pelanggan istimewa gitu (terima kasih ye!) Cuma bab kebersihan je, i tengok macam kurang sikit. I bagi rating 2.5 daripada 5 bintang untuk kebersihan. Tuan kedai Restoran Kapitan, sila buat sesuatu ok.

Alamat Restoran Kapitan, Penang :-
93, Lebuh Chulia
10200 Georgetown
Pulau Pinang

Lokasi : Dalam kawasan Little India dan berhadapan dengan bangunan Nagore Dargha Sheriff.

Nombor Telefon : [04] 264 1191

Waktu operasi : Buka 24 jam setiap hari (kau mampu?)

Untuk mendapatkan info lebih lanjut bagi penginapan dekat Penang, apa kata korang klik link ini ---> penginapan Pulau Pinang

Macam biasa, jom kita tengok gambar nak?


Nak tengok senarai harga dekat Restoran Kapitan Penang ni, bolehlah picit dekat gambar atas ni ye.

Gaya Danish macam nak order macam-macam rupa-rupanya Nasi Putih dengan kuah aje. Hehehe...


Anak mama lapar ye...

Damien tengah update status dekat Facebook. Hehehe...

Cheese Naan Set RM10.00 je! Sedap tau!

Inilah dia Nagore Dargha Sheriff, Penang


Little India

Budak-budak kecik yang seronok berjalan (eh, mama sekali ke?)

Apa i pakai hari tu?
Dress - Poplook
Tudung / Shawl - beli dekat Semua House (RM15.00) waktu diskaun
Wristlet - Coach (beli waktu clearance stock)

p/s : Nak tahu tak, ni kali pertama i pakai dress pergi berjalan-jalan. Rasa macam pelik. Hehehe...

29 comments:

  1. Bestnya jalan - jalan penang kak. Baru minggu lepas boyfrieng saya ajak pergi penang. Kehkehkeh Nanti nak pergi la makan dekat restoran ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tau Sarah tapi tak sempat nak cover satu Pulau Pinang. Nanti try makan sini ok? :)

      Delete
  2. tak pelik lah..cun ape......suka tengok reena tau...heheeee

    ReplyDelete
  3. last time aku pegi penang pun keliling nasi kandar ngan beriyani je.hihihi..cuma first day tu lepas check in hotel terus pegi padang kota lama makan mee sotong.maveles.mmg penant jalan kat penang.tp kalau tak tau tmpt nak pegi tu mmg rugi. aku pun tak habis pusing penang hari tu.naik kete keliling pulau..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padang kota lama tu aku pernah pergi dulu-dulu, ye tak ye kan... apesallah aku tak terpikir nak pergi sini. Takpe next time aku pun nak pulun jalan-jalan dekat Penang lagik. Tak puas hati betul! Kehkehkeh

      Delete
  4. Reena reena reena, tang mana sebijik macam norjuma. tang mata dah terang terang mata aku sepet. hahahahah

    ReplyDelete
  5. oh..siap bg alamat nnt terlajak ke peneng boleh terjah...cantik laa..reena pakai dress....kiut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi jangan tak pergi tau awak! Kena try Cheese Naan yang kita makan tu, best!!

      Macih awak :) Nampaknya bolehlah beli 2, 3 helai dress lagik lepas ni (eceh-ceh) Hehehe...

      Delete
  6. akhirnye..
    tak lagi nampak jeans hitam.. uniloq ^__^

    pesan kat ariana, comel la ambil gmbr sambil angkat kaki.. auntie suke!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... bukan uniloq la Ta tapi Uniqlo... kelakar tau!!

      Kalau boleh angkat dua-dua kaki buat style terapung mesti auntie kagum kan? Hehehe... :)

      Anyway mekasih Auntie :)

      Delete
  7. Kapitan, tandori cheese nan is the best!!!

    ada juga cawangan lain, dekat2 Queensbay mall...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh... ada banyak cawangan rupanya yek? Thanks bagitahu :)

      Lagik, tempat makan yang best, awak suggestla dekat kita. Hehehe...

      Delete
  8. wah harga sgt berpatutan lah ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak-agak duit poket tu nak save waktu jalan-jalan dekat Penang, bolehlah makan dekat sini :)

      Delete
  9. Reena p belah Georgetown nu mmg la keliling nasik kandar ja..next time p Penang lg try p belah Bayan Baru plak..blh pekena ikan bakar n seafood fresh suma..sedap sgt..byk kedai ikan bakaq tepi laut ada..klu nak stay hotel Eastin, Vistana, Crystal Suite..nak shopping pun blh p Queensbay Mall..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya memang stay dekat area Bayan Baru pun Atie. Hehehe... Tapi pening nak pilih kedai seafood mana yang best. Awak suggest please :)

      Delete
    2. oic..sy suggest kalau nak makan ikan bakaq p kedai Ismail ikan bakar di tepi laut..ikut arah jalan ke batu maung..another place kat sg ara..

      Delete
    3. sy blh suggest makan ikan bakaq di kedai ismail ikan bakar..lokasi tepi laut di jalan hala ke batu maung..lagi satu yang best di sg ara

      Delete
  10. reena...look so kiuttt pkai dress jln tu tauu..mcm kakak pimpin adik2 jln2..comelll sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... yeke kak Neeza?? Tak kelakar eh? Ok, boleh cuba beli dress lagik. Ikutkan ini dress yang ke-4 beli tapi kebanyakannya macam tak confident nak pakai. Macam ayu bebeno lah sangat. Hahaha...

      Kakak dah 'tua' kak... Kehkehkeh

      Delete
  11. seyes tliur tgk cheese nan tu beb!

    ko sgt comel pakai mcm tu..mcm Neeza tulih atas neh..mmg mcm kakak bw adik jejln2 hihi tu yg pix anak pompuan ko kan, aku br nak tulis anak bauh until aku bc photo caption..ko sgt lawa! seyesly!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tengok sendiri gambar cheese tu pun lapar Jue. Hahaha...

      Alahai terharu pulak Jue puji (kombang skirt aku... Hehehe) Mekasih Jue... Tu semua anak-anak aku yang tengah membesar. Macam tak percaya eh? Silalah percaya :)

      Delete
  12. tak pernah makan kat restoran ni....PG mmg food heaven...like ur dresss...so sweet ala2 english

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah walaupun food heaven, i sampai tak tahu mana nak makan Posh. Hahaha...

      Macih Posh :)

      Delete
  13. p/s : Nak tahu tak,kak Reena comel pakai dress.. nampak kena dengan akak..serius tak tipu. pasni beli bnyk2 ye..

    suke pic last yg akak pegang tgn anak2..mama penyayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... ye ke Hidayah, tak nampak pelik eh? Ok, boleh try beli (eceh-ceh... tiba-tiba datang semangat).

      Anyway macih awak :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)