Ingat lagik tak kisah / entry i yang pergi ke Rumah P. Ramlee hari tu? (Entry sebenar ada dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/05/rumah-p-ramlee.html). Sebenarnya ada sambungan kisah dari rumah P. Ramlee tu. Kalau korang nak tahu, kawasan rumah P. Ramlee tu berada di dalam kawasan Kompleks Pustaka Warisan Seni di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang. Di mana selain rumah P. Ramlee, korang juga boleh melawat Auditorium P. Ramlee dan Galeri P. Ramlee. Waktu di sana (20 Mac 2012), i dapat saksikan daripada luar beberapa filem P. Ramlee ditayangkan di Auditorium P. Ramlee tersebut. Sebuah pementasan teater juga akan diadakan di sini beberapa hari akan datang (22 dan 23 Mac 2012) yang diberi nama Puteri Jerijit Emas (nak baca sinopsis dan mengetahui lebih lanjut mengenai persembahan Puteri Jerijit Emas, korang boleh pergi link sini ---> Sinar Harian)
Memandangkan i kesuntukan masa untuk melawat lebih lama dekat sini, i sempatlah buat rondaan sekejap dekat Galeri P. Ramlee. Yelah, sekali-sekala datang ke Penang, tak dapat lama walaupun sekejap. Wajiblah kita singgah dan lihat dengan mata sendiri apa yang menarik dekat sini. Di dalam Galeri P. Ramlee ini terdapatnya pameran artifak peribadi P. Ramlee serta gambar-gambar aktivitinya semasa remaja. Cuma i rasa macam kurang best sebab barangan yang dipamerkan di sini tak banyak seperti yang i harapkan.
Nak tahu serba ringkas mengenai latar belakang P. Ramlee, jom baca dekat bawah. Keterangan P. Ramlee Rentak Irama Semasa Remaja i dapat melalui brochure di Galeri P. Ramlee :-
P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Nyak Zakaria bin Teuku Nyak Puteh lahir di rumahnya pada 22 Mac 1929. Ayahanda beliau, seorang ahli pelayaran dari Lho' Seumawe, Acheh yang datang ke Pulau Pinang dan berkahwin dengan Che Mah bt. Hussein dari Kubang Buaya, Butterworth, pada tahun 1925. Pada tahun 1948, seorang jejaka yang tinggi lampai lagi berjerawat telah mengikat janji dengan takdir suatu ikatan cinta dengan dunia perfileman yang akhirnya menjadi mekar segar dalam tiga dekad di dalam hayatnya. Semuanya bermula apabila dia menerima tawaran menyanyi dan berlakon dengan Shaw Brother Malay Film Productions di Singapura. P. Ramlee telah menyahut langkah pertama dan seterusnya menjadi Seniman Agong.
Macam mana pun untuk korang yang nak tahu tarikh-tarikh penting dalam kehidupan P. Ramlee, filem pertama yang dilakonkannya dan anugerah yang pernah diterimanya. I cadangkan korang baca di laman web ni yang cukup ringkas, padat dan penuh dengan informasi penting ---> http://www.pramlee.com.my/
Alamat Galeri P. Ramlee :-
No. 40A, Jalan P. Ramlee
10460 Pulau Pinang
Malaysia
(Untuk peta, korang cuba rujuk sini ---> http://www.streetdirectory.com.my/)
Waktu lawatan :
Hari Selasa hingga Ahad, dari pukul 10:00 pagi hingga 5:30 petang
Hari Jumaat, dari pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari, kemudian 3:00 petang hingga 5:30 petang
Tutup hanya pada hari Isnin kecuali pada cuti am dan cuti sekolah.
MASUK ADALAH PERCUMA (yeay!)
Kamera tidak dibenarkan di dalam Galeri P. Ramlee (sedih...), tapi sempat jugak snap sikit untuk kenangan diri sendiri dan tatapan korang semua. Nak tengok banyak-banyak, korang kenalah datang sini. Hehehe....
Bahagian kiri ialah Auditorium P. Ramlee dan bahagian kanan pula, Galeri P. Ramlee |
Pintu depan Galeri P. Ramlee. |
I jumpa nenas kecil yang tumbuh dekat dengan kawasan parking (jakun!) |
Filem-filem lakonan P. Ramlee yang dah banyak kali i tengok. Semua best! |
Pancaragam Teruna Sekampung |
Antara heroin wanita yang pernah bergandingan dengan P. Ramlee. Seniwati Saadiah sangat cantik! |
Pakcik dekat kaunter nilah yang akan korang akan jumpa kalau pergi ke Galeri P. Ramlee. Tapi waktu i pergi tu takde pulak dia pakai tarbus. Kalau tak mesti i ajak bergambar. Hehehe... |
p/s : Al-fatihah untuk Allahyarham Teuku Nyak Zakaria bin Teuku Nyak Puteh, semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Oh ada sambungan lagi ek...
ReplyDeleteTapi kan filem die dah tgok banyak kali pon best ek....
Alfatihah....
Tulah tak pernah jemu pun :)
DeleteAkak satu family tak pernah jemu menonton filem2 p.ramlee terutama fiem2 komedi beliau..
ReplyDeletekagum sgt atas kebolehan dan idea kreatif allahyarham..
belum pernah berkesempatan nak pergi melawat galeri p.ramlee..huhu
Al-fatihah..
Nanti pergi Penang, akak jangan lupa singgah sini tau :)
Delete