Blogger templates

Jun 14, 2012

Hotel Melang Inn

Hujung minggu yang lalu (lalu tak lalu dah dekat sebulan jugaklah sebenarnya. Hehehe), hubby i dapat jemputan ke majlis perkahwinan di Kuala Pilah. Ikutkan ini kali kedua, kita orang jejakkan kaki ke sini. Seronok i rasa, bila sekali-sekala pergi tempat-tempat yang jarang pergi macam Kuala Pilah ni. Yelah, orang kata jauh perjalanan, luas pandangan gitu (chewah!) Pengalaman pelik tambah jakun yang i lalui bila berada dekat sini ialah saat terpandang itik-itik panggang yang bergantungan dekat gerai tepi jalan (alahai macam peliklah sangat bunyinya. Hahaha...) Dan jugak telur itik yang memang banyak dijual.

I agak-agak mesti makanan kegemaran orang Kuala Pilah bersangkut-paut dengan itik kan? Tapi sayangnya i tak sempat pulak nak ambil gambar dan rasa sendiri kelazatan daging itik. Errr... korang agak-agak macam mana eh rasanya? Macam rasa daging ayam jugak ke? I tak pernah langsung makan daging itik pun selama ni. Tapi kalau telur masin tu dah biasa sangatlah. Hehehe...

Macam mana pun, kita lupakan dulu pasal daging itik dan telurnya (eh? Hehehe...) Takpe... insya-Allah satu hari nanti bila i datang Kuala Pilah lagik, i cover cerita pasal daging itik ni istimewa untuk korang semua yang tak jemu-jemu datang melawat blog i. Lagipun kalau korang nak tahu, dekat Kuala Pilah ni ada hotel yang cukup berbaloi harganya dengan bilik yang disediakan (murah gila!) Memang macam tak percaya. Hehehe... Korang bayangkanlah untuk sebuah bilik besar yang ada dua katil saiz queen (nama bilik yang i tidur ni ialah Ixora), kadar bayaran yang dikenakan cuma RM169.00 (hari biasa) dan RM198.00 (untuk hujung minggu / peak season). Ni kalau dekat Kuala Lumpur atau bandar-badar besar maunya cecah RM250.00 ke atas, harga untuk saiz bilik macam ni. Nak tahu besar ke tidak, bilik yang kita orang menginap, korang boleh tengok gambar yang i sertakan dekat bawah. Yang seronoknya, jemputan perkahwinan yang kita orang akan hadir ni pun dibuat dekat hotel yang sama. Jadi tak perlulah i gopoh-gapah nak siapkan anak-anak i besok tengah hari (phewww.... lega).

Lain-lain kadar bayaran / harga bagi bilik-bilik yang terdapat di Hotel Melang Inn ialah :-

Standard Single 
RM58.00 (kadar normal)
RM65.00 (peak season)

Standard Queen
RM68.00 (kadar normal)
RM88.00 (peak season)

Deluxe
RM98.00 (kadar normal)
RM139.00 (peak season)

Superior
RM139.00 (kadar normal)
RM169.00 (peak season)

Ixora
RM169.00 (kadar normal)
RM198.00 (peak season)

Hazel
RM198.00 (kadar normal)
RM298.00 (peak season)

Suite
RM298.00 (kadar normal)
RM329.00 (peak season)


Nak tengok gambar dan saiz bagi setiap bilik yang ditawarkan dekat Hotel Melang Inn, korang klik dekat sini ---> http://melanginnhotel.com/

Alamat Hotel Melang Inn ialah :-

PT 1, Jalan Melang
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan

Nombor Telefon : [06] 481 1511 dan [06] 481 1522


Antara kemudahan yang disediakan di Hotel Melang Inn :-

1. Dewan Besar
2. Karaoke
3. Bilik Persidangan
4. Wifi Percuma (i like... hehehe...)
5. Restoran
6. Siaran Astro


Dari segi suasana hotel ni pulak, takdelah bercirikan moden especially kalau tengok dari pattern perabot yang disediakan. Tapi kalau tengok dari segi kemasan bilik air, dinding, jubin dan almari, korang akan perasan yang hotel ni baru je buat pengubahsuaian (renovation). Kebersihan dalam hotel pulak, memang patut diberi pujian. Keseluruhan i bagi 4 bintang daripada 5 bintang untuk Hotel Melang Inn. Kenapa jadi 4 bintang, sebab hotel ni takde air panas untuk mandi. Faham-faham jelah anak-anak i semua tak tahan mandi air sejuk (termasuklah mama dia sekali. Hehehe...)

Sekarang, bolehlah tengok gambar.

Koridor.

Semua excited tengok keadaan sekeliling.


Bilik Mandi.
Almari.
Me and My Nikon (eceh!) Hehehe...






Senarai harga makanan dan minuman di Coffee House, Melang Inn Hotel.
Permandangan pagi dari bilik Ixora, Melang Inn.
Brochure Melang Inn Hotel

p/s : Not bad kan keadaan bilik dekat Hotel Melang Inn? Sebab murah dan selesa, bolehlah datang Kuala Pilah lagik lepas ni (yeay!)

30 comments:

  1. Org n9 mmg suka makan anything berkaitan itik lg2 gulai cili api telur itik. Hehe sbb sy anak nogori tp bkn pilahla. Kampung kat rembau hee.

    Seriously lawa giler kak. Not bad at all dgn harga dia. Sgt ok. Tu termasuk breakfast ke kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah termasuk breakfast dear. Tapi akak tak sempat nak breakfast. Huhuhu.... Pulun makan kenduri kahwin je. Hehehe

      Delete
  2. besarrrnyaaaaaaaaa bilik diaaaaaaaaaa..
    puasss stay ramai2

    ReplyDelete
  3. Besarnya bilik dia..... Amy tak pernah menyinggah lagi kat situ sbb kampung pun kat jempul, dah dekat sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... tapi kalau nak buat kenduri kahwin pun ok jugak dekat sini tau Amy :)

      Delete
  4. kalau saja nak bercuti mmg bessla hotel ni.....selesa..tak sangka kat kuala pilah ada hotel secantek ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya owner dia baru buat renovation Posh, walaupun berperabot lama tapi interior dalam not bad :)

      Delete
  5. memang berbaloi lah sis rege tu wif size bilik gitu....
    puas hati sangat2....
    and best thing is bersih kannnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu kak. Kita kalau datang hotel, first yang tengok mesti toilet dulu then baru tengok yang lain-lain :)

      Overall hotel ni memang bersih!

      Delete
  6. wah besaqnya bilik dia..selesa tidoq..daging itik keras sikit dari daging ayam tp sedap lbh2 lg kalau masak goreng serai..fuhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... yeke Atie. Ni yang buat nak try kalau datang Negeri Sembilan lagik :)

      Delete
  7. haritue pon mun de p kenduri kawen kawan kat kuala pilah...tepi-tepi jalan seme duk jual itik salai tau reena...tapi tak sempat nak berhenti sebab kene balik cepat ader hal..huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aiiii, kamera mahal tu....patut lah gambar cantik2...

      dear, tentang n3 moo cow tu, saya mengaku ada copy sikit ayat sis utk bagi penerangan...dan di sini saya dgn rendah hati nak mintak maaf pada sis kalau sis tersinggung...

      kawan2 takmo lawan...

      Delete
    2. Kan Mun, macam frust tak dapat nak rasa walaupun dah nampak depan mata. Lain kali memang kena berhenti try :)

      Delete
  8. hehe...sis..sy slalu juga turun pg k.pilah..bahau...slalu beli pisang,daging salai pnah skali beli then balik umah masak lemak..sedap sis..itik salai xpnah lg nak beli..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... bila baca banyak komen kata daging itik ni sedap. Akak pun jadi super excited nak cuba makan. Hehehe

      Delete
  9. Bilikkk cantik kak! Berbaloi baloiii. Heeee Saya sebenarnya tak pernah jejakkan kaki ke kuala pilah ni, tapi kalau pergi sana dah tau dahh nak duduk mana kan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... tulah bestnya berblog sharing info gitu :)

      Delete
  10. apasal tak singgah rasa itik? sedap oooo..
    lagi sedap dari ayam, dagingnya padu dan sedapla..
    menu wajib time raya, feberet mak sy.. ;)

    psal hotel pulak, memang berabaloi.. besar dan murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah, nanti saya cuba ye Far... Hehehe :)

      Delete
  11. Reena nak mintak tolong ajar letak signature pd gambar dalam blog boleh?..contoh macam 'reenaonline.com' tu..tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh, letak signature tu senang je Atie. Kalau awak guna komputer Windows, boleh download free Photoscape. Dekat Photoscape boleh edit untuk letak signature pada gambar :)

      Delete
  12. Reena saya ada sepupu kat kuala pilah ...memang sinonim dgn daging itik kat situ..:)

    Bilk tu,mcm best..heee besar dan selesa nampaknye......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Kalau nak cari hotel dekat Kuala Pilah, bolehlah try hotel dekat sini :)

      Delete
  13. berbaloi harga dengan kualiti hotel tu reena..harga makanan kat coffee house dia pun ok lah kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... akak ni memang teliti betul orangnya siap tengok harga makanan gitu :) A'ah betul tu kak, reasonable sangat price dekat sini kak.

      Delete
  14. aah la harga boleh tahan murah. hehehe.

    ade ape yg menarik tak kak sekitar2 hotel tuh?
    ade pantai ke?
    x pernah jejak kuala pilah ni.
    huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada hutan lipur untuk mandi-manda Wana. Lepas tu kalau nak tengok Muzium / Istana Kuala Pilah, bolehlah pergi sini :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)