Blogger templates

Jun 22, 2012

Ikea Family

Dua minggu lepas, kita orang pergi ke Ikea untuk mendaftar dan aktifkan kad Ikea Family yang baru. Kalau mengikut entry i yang ini http://www.reenaonline.com/2012/04/restoran-ikea-ikea-restaurant.html, i ada ceritakan serba ringkas keistimewaan menjadi salah satu ahli atau dipanggil Ikea Friends dengan membuat permohonan kad kredit melalui Alliance Bank Berhad. Tapi sekarang ni (bermula bulan Jun 2012) korang dah tak payah nak mohon kad kredit untuk mendapatkan keistimewaan sebagai ahli Ikea. Yeay! Bestnya... tapi nak kena buat macam mana? Hah... meh i bagitahu nak?

BAGAIMANA CARA UNTUK MENJADI IKEA FAMILY / MOHON KAD IKEA FAMILY YANG BARU?

Ikea Family terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu pendaftaran dibuat dan mempunyai nombor talian handphone.

Korang cuma perlu pergi ke Ikea dan mendaftar terus sebagai Ikea Family melalui kiosk yang disediakan. Kemudian, korang akan terima satu kad sementara (temporary card) untuk digunakan bagi mendapatkan mata ganjaran (bonus point) dengan serta-merta serta menikmati diskaun untuk pembelian barangan tertentu. Untuk pemegang kad sementara, korang berpeluang untuk mendapatkan kupon kopi percuma dan kupon diskaun hidangan Family (Family meal coupun) dengan cara swipe / layarkan kad korang pada mesin yang disediakan di Ikea. Walaubagaimanapun ianya hanya terhad pada hari pendaftaran sahaja.

Sebagai pemegang kad sementara, korang dikehendaki berbelanja sekurang-kurangnya RM200.00 dalam jangkamasa setahun bagi mengaktifkan kad Ikea Family dan menikmati kemudahan sebagai ahli Ikea Family yang sebenar sepenuhnya. Bagi memastikan setiap transaksi yang korang buat, direkodkan ke dalam sistem. Korang jangan lupa tunjukkan Ikea Family temporary card korang tu di bahagian pembayaran (cashier). Kegagalan berbuat demikian akan merugikan diri sendiri (eceh! Hehehe...) Agak-agak kalau tak faham mengenai cara permohonan untuk menjadi Ikea Family ni. Korang jangan risau, ramai staf Ikea yang sudi membantu korang dekat situ.

TAPI BAGAIMANA PULA UNTUK MEREKA YANG SEMEMANGNYA ADALAH AHLI IKEA FRIENDS?

Sesiapa yang merupakan ahli Ikea Friends, rasanya korang dah tak perlu risau lagik sebab Ikea dengan pantasnya dah hantar kad Ikea Family ke alamat korang dan maklumkan mengenai pendaftaran sebagai ahli Ikea Family dengan log in di laman web Ikea ---> http://family.ikea.com.my/membership/Family-LogIn.aspx. Yang best nya, sesiapa yang sememangnya ahli Ikea Friends, korang secara automatik kini bergelar Ikea Family dan menikmati ganjaran sebagai ahli sepenuhnya. Untuk mereka yang masih belum menerima kad Ikea Family pula, korang hubungi Ikea serta-merta bagi mendapatkan bantuan atau terus datang ke Ikea bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI IKEA FAMILY

1. Membeli barangan tertentu pada harga rendah.
2. Menikmati bonus ganjaran dan penebusan baucer dengan nilai RM5.00 bagi 500 mata ganjaran yang dikumpulkan (setiap mata ganjaran hanya boleh dikumpulkan selama 2 tahun sehingga 31 Disember).
3. Menerima kupon minuman kopi percuma (terhad hanya 10 kali setiap tahun) dan diskaun ke atas hidangan Family.
4. Jemputan ke Pembukaan Jualan Murah (Sale Preview) dan sebarang acara istimewa yang diadakan di Ikea.
5. Menerima Ikea Family newsletter.

Nak dapatkan info dengan lebih lengkap mengenai Ikea Family, korang boleh pergi dekat link sini ---> http://family.ikea.com.my/images/welcome/Ikea-Family-Welcome-pamphlet-EN.pdf

Kalau sebelum ni ada diantara korang tak berpeluang menjadi Ikea Friend (sebab permohonan kad kredit Ikea Friends korang di Alliance Bank Berhad tak diluluskan), i rasa inilah saat-saatnya yang korang nantikan. Cuma i perasan, keistimewaan sebagai ahli Ikea Family tak sebest macam jadi ahli Ikea Friends dulu-dulu (huhuhu...) Terutama sekali bila boleh dapat kupon minuman kopi percuma setiap hari dan boleh buat pelan bayaran ansuran tanpa faedah (0% interest) bagi barangan tertentu selama 36 bulan (kan tak best kan? Sebab dua-dua nilah punca utama i selalu pergi dan beli barangan dekat Ikea. Hehehe). Takpelah, walaupun keistimewaan dah dikurangkan, i tetap sayang Ikea.

Ok, jom tengok gambar nak?

Posing dengan pamphlet Ikea Family depan Uncle Lim (model pamphlet kehkehkeh)




p/s : Thanks for reading, malam ni i jengah korang ok.

32 comments:

  1. best2 ...tq reena bg info ikea yg best!
    sebelum ni mmg agak "malas" sket nak apply sbb link dgn kad kredit ... huhuhu ... rasanya dulu penah ada kawan citer BNM mmg skrg ketatkan syarat utk pemegang kak kredit terhad kepada 2 bank je .. ntah le...hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh... ye ke patutlah ada yang lepas dan ada yang tak lepas apply Ikea Friends dulu-dulu :) Anyway your welcome mak encik.

      Delete
  2. wah dh senang nak apply. b4 ni memang susah sbb nak kena apply kad kredit bagai. thanks 4 the info.

    ReplyDelete
  3. Ikea jauh dari rumah sy..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai siannya dia :( meh pindah dekat dengan rumah saya meh. Hehehe

      Delete
  4. i memang dah jadi ikea fren sebab mendaftar dengan alliance 10 tahun lepas tapi sejak kes BNM mcm mak encik cakap tu, gamaknya kad kredit i dah kena cancelled kot... ha ha ha... pastu dah malas nak amik pusing..lagipun dah malas nak pegi IKEA sebab kalau pegi situ konon nak beli satu barang, last2 terbeli banyak barang... ha ha ha... ada je menda yang nak diambil...

    i memang peminat ikea sebab rumah i 99% perabut dan segala mala all from ikea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... seplah kita NP. Rumah jadi ala-ala showroom gitu kan? Hehehe

      Delete
  5. u memang duta sejati ikea kan sis...
    memang sesuai utk u apply keahlian tu...
    i lak jarang-jarang gi sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tulah kak, since belajar lagik dah gila dengan Ikea :)

      Delete
  6. i luv ikea..
    walaupun jarang pegi, tapi sekali pegi borong sakan.. hahaaa..

    ikea jiran adik i, kalau g rumah dia kompom singgah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikea jiran adik u Far?? Wahhh... mesti sakan adik u shopping dekat sana kan? Seronoknya!!!

      Delete
  7. Hai Reena, lama dah saya tak aktif blogging dan lama jugak dah tak jengok blog you ni, nampaknya blog ni dah happening... Thumb up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, macih Kak Ni. Terharu tau! Hehehe... alhamdulilah sejak anak-anak dah besar sikit, boleh curi-curi masa berblog :)

      Delete
  8. belum lagi redeem voucher ikea family ni...harus pi sebelum expired

    ReplyDelete
    Replies
    1. Posh, shopping apa dekat Ikea tu? Hehehe

      Delete
  9. akak pun sukaaa sgt dgn ikea..brg2 rumah pun byk dari ikea..;) tp ni mcm dh agak lama lah x cuci mata dan poket kat sana..bila nk pegi lg ni ye? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila-bila pun boleh pergi Kak Eja. Saya kalau setakat cuci mata confirm nak jugak rembat satu-dua. Geram rasa macam ada je nak beli hari-hari. Hahaha!

      Delete
  10. sis nape lama tak dtg visit kita :( renduu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cak!! Hehehe... datang tapi slow-motion sikit :) Sowiii dear!

      Delete
  11. hehekkk.... jaja suke g ikea.. tp slalu g cuci2 mata je atau beli barang kecik2.. nk borong furniture tkleh..takde umah sndiri lagi...hihi

    kak reena..nk tempah crochetttt..da tkleh ke ke ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaiii... sowi awak.... dah tak cukup tangan dan masa nak buat crochet sekarang ni :( Insya-Allah next time k :)

      Delete
  12. ade kad ikea family tue...mmg duta ikea lah reena ni (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... alahai... semua orang boleh apply kad Ikea ni Uchi.

      Delete
  13. Replies
    1. Akak baru je lepas makan Ikea Meatball last week tau. Weee....!!

      Delete
  14. kite pon suka gile pi ikea..pi satu keluarge juga, dgn mak ayah, kakak n abg ipar..angkut semua heeee..pastu makan karipap besar kat ikea same2 heeee..ikea mmg best utk jln2 ngn family :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Memang sesuai untuk trip keluarga Ikea ni. Hehehe

      Delete
  15. ok to be honest, aku sgt suka giler g ikea tp disebabkan jauh dr tmpt aku tinggal, adala dlm baru 2x aku mjejakkan kaki di sana. Tiap kali beli barang, mesti ade satu lam tangan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah tu Jue, nanti kumpul lama-lama dapat jadi 100 barang. Hehehe :)

      Delete
  16. ikea boleh ke beli sacara ansuran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh tapi kalau guna kad kredit pun dah macam beli secara ansuran jugak kan? :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)