Blogger templates

Jul 9, 2012

Al-Humaira' Contemporary

Sebelum ni rasanya mesti korang dah pernah baca kisah entry i mengenai siapa pemilik / owner Al-Humaira' Contemporary, dekat mana lokasi sebenar Al-Humaira' Contemporary (Kota Damansara) dan website glamour Al-Humaira' Contemporary yang selalu kehabisan stok kan? Oh, ada yang tak pernah baca lagi entry i yang dulu tu ke? Takpe, korang boleh picit link yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/al-humaira-contemporary.html.

Disebabkan entry yang dulu, i tak sempat nak tunjukkan keadaan sebenar dalam butik Al-Humaira' Contemporary. Gara-gara terlampau excited sangat dapat jumpa dan berborak dengan Hani Elia (owner Al-Humaira' Contemporary) secara in-person gitu (eceh... hehehe). Maklumlah sebelum ni, i datang ramai sangat customer / pelanggan yang Hani kena layan. Bila dapat jumpa waktu takde customer lain, tu yang i tak lepaskan peluang.

Maka untuk entry kali ni, i nak ajak korang semua tinjau-tinjau macam mana rupa sebenar butik Al-Humaira' Contemporary. Fuhhh... kemas dan elegant sangat interior / hiasan dalamannya. Confirm korang akan jadi rambang mata macam i bila duduk dalam butik Al-Humaira' Contemporary. Sampaikan tak pasal-pasal i jadi lupa target sebenar nak pilih tudung yang i berkenan aje, tiba-tiba magic ada tambahan tudung lain pulak. Hehehe... Setiap satu tudung dekat sini disusun mengikut jenis masing-masing. Agak-agak kalau korang tengok dekat website / laman web Al-Humaira' Contemporary ada jenis tudung atau warna-warna yang korang suka dah kehabisan stok / sold out. Jangan risau, kebiasaannya dekat butik Al-Humaira' Contemporary apa yang korang nak tu memang ada! (best kan?) Yang penting korang jangan berat mulut bertanya sebab staf Al-Humaira' Contemporary sedia membantu korang dengan sopan-santun. Tak pun nak lagi mudah. Apa kata sebelum datang tu, korang telefon je ke butik Al-Humaira' Contemporary. Hah, senang kan?

Nombor Telefon Al-Humaira' Contemporary : 03-6142 3077

Tapi i rasa frust sangat hari tu (30 Jun 2012) kata officemate i Al-Humaira' Contemporary ada buat jualan murah / sale dekat butiknya (ish-ish-ish macam mana i boleh tak alert pasal sale ni. Ruginya!) Takpelah dah terlepas pun kan? Macam mana pun i rasa macam berkenan sangat dengan pakaian keluaran terbaru dekat Al-Humaira' Contemporary - Lanika (Sleeveless Long Maxi Cardigan). Sekarang ni tengah harga pengenalan cuma RM119.00 sahaja. Teringin nak tengok? Korang picit dekat sini ---> http://www.alhumairacontemporary.com/2012/07/lanika_05.html

Amacam cantik kan? Terserlah ketinggian kalau pakai Cardigan ni (eceh-ceh-ceh! Hehehe). Adakah i akan membelinya? Jeng-jeng-jeng kita nantikan kemunculan Lanika dalam blog ni (macam ye-ye aje kan?)

Gambar i dekat bawah ni waktu balik kerja. Bersemangat datang sini, walaupun lagi 30 minit butik Al-Humaira' Contemporary nak tutup (waktu operasi butik sampai pukul 7:00 malam). I datang sini sebab nak beli Ayraa neck covered inner (nak tengok rupa sebenar neck covered inner / inner neck, boleh klik sini ---> http://www.alhumairacontemporary.com/search/label/Ayraa. I suka sangat tekstur lembut fabrik Ayraa yang senang nak pakai dan sejuk je. Pilihan warna i, hitam, hijau dan kelabu sebab senang nak suai padan (mix and match) dengan shawl dan pashmina i yang lain. Agak-agak kalau nak cepat lilit shawl / pashmina serta nak elak daripada nampak leher, korang pakailah inner neck. Senang sangat nak gayakan dan tak nampak serabut. Sebagai contoh, boleh tengok gambar i yang bawah sekali.




Ish, peningnya nak pilih mana satu. Semuanya cantik!
Warna hijau ni ok kot.


Apa yang i pakai?

Ayraa neck covered inner - Al-Humaira' Contermporary
Afraa Shawl - Al-Humaira' Contemporary

Nota : Tambahan untuk gambar ni ada dekat entry sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/07/nikon-d7000.html

p/s : Sempena puasa dan hari raya tak lama lagik, i ingat nak hadiahkan ibu i tudung dekat Al-Humaira' Contemporary. Mesti ibu suka.

20 comments:

  1. aa reena, tuhari dia ada sale 20% kalau tak silap.. sy dah tergedik2 nk beli tapi apakan daya jauh nooo..

    kat web dia selalu sold je.. baru nk pilih dah sold, tau reena pg boleh kirim.. heheheee..

    dan kerana entry dan keayuan reena pakai la tuhari sy dah terbeli satu tau, kena pulak time gaji masa tu, terus ter 'order' hahaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tulah... ikutkan takdelah jauh mana Al-Humaira ni dengan rumah (sebab laluan balik kerja) tapi i pun selalu jugak tak sempat nak pergi FAR, last-last mesti order online gara-gara takut sold-out :)

      Delete
  2. nice..saya pon tak pernah pergi lagi butik Hani. kawan se-aloq stuck tuh.haha..tapi kedai dia mmg nice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... member Hani ke? Boleh lah dapat diskaun kalau pergi butik Hani ni. Hehehe...

      Delete
  3. bessnyer insyallah kalau nak pakai tudung nanti..nak belila kat sini....suka long cardigan tu santek sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datanglah Posh memang rambang mata tau :)

      Delete
  4. saya sangat berkenan gambar last u tu sis...
    suka sgt your style....
    cantiks!

    ReplyDelete
  5. ok kot yg hiju tu dear..hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Tapi walaupun beli sampai sekarang tak pakai lagik color hijau tu sebab tak tahu nak matching dengan tudung yang mana satu. Balik-balik color hitam yang dipakainya :)

      Delete
  6. slimnya adik akak yg sorang ni..mustahil akak dpt kembali ke saiz yg sama ni..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu... ni pun seksa jugak nak menyelimkan diri kak sebab food lover lah katakan. Hehehe

      Delete
  7. Replies
    1. A'ah... sebab tu jadi rambang nak memilih kak sebab semua nampak cantik :)

      Delete
  8. kak sukanya tgk style akak. comel sgt sgt :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... comel ke Cha? Tak comot eh? :)

      Delete
  9. salam
    kak hani..da lm sy nk bli inner silang..
    lin on9 payah sgt nk book..
    asal mlka nk g xtau bl..so on9 is better..

    ada stok inform sy..
    plz inbox email lin_dut88@yahoo.com..
    bminat n urgent!

    regards
    lin
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr... salam awak :) Anyway ini bukan blog Kak Hani tau. Hehehe....

      Delete
  10. As Salam reena onn
    Nice blog u, follow blog akak ye
    www.norhayatimusa.blogspot.com
    Tqvm dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak Hayati Musa (wahhh... nama penuh tu panggil. Hehehe)

      Thanks ye sebab sudi jengah blog kita :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)