Blogger templates

Jul 23, 2012

Nasi Ayam Gemas Mustafah

Aci tak kalau bulan-bulan puasa ni update review kisah jalan-jalan cari makan? Alaa... acilah eh? Hehehe... Entah macam mana, i boleh terlupa pulak nak buat entry Nasi Ayam Gemas Mustafah ni. Yang pasti, kejadian makan-makan ni berlaku sebelum bulan puasa. Kalau bulan-bulan puasa buat perangai selamba makan dikhalayak ramai macam ni. Memang sengaja cari pasal nak kena angkut naik van 'tuttt' gamaknya. Eh, tak berani... tak berani... Hehehe... even tak boleh puasa pun, senyap-senyap buka periuk dekat rumah sendiri je. Dekat rumah orang lain pun tak berani nak buat (eceh!)

Entry ni ialah kesinambungan dari kisah ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/05/hari-sukan-q-dees-2012-q-dees-sports.html. Lepas tamatnya Hari Sukan Qdees, i ambil peluang bawa anak i jalan-jalan cari makan (sambil-sambil tu, ambil peluang juga untuk rest dari memasak. Hehehe). Kalau korang nak tahu, sebenarnya i memang takde rancangan pun nak makan dekat restoran Nasi Ayam Gemas Mustafah. Semuanya terjadi secara kebetulan (hamboi... ayatku). Bila hubby ronda-ronda cari restoran untuk makan tengah hari. I terpandang nama papan tanda Nasi Ayam Gemas Mustafah. Tiba-tiba terfikir macam familliar sangat nama restoran ni. Tak salah i, kisah Nasi Ayam Gemas Mustafah macam pernah keluar dekat televisyen cuma i tak pasti bila masanya. Jadi, memandangkan anak i pun memang suka sangat makan Nasi Ayam, jadi memang sesuailah kalau kita orang makan tengah hari dekat sini. Selain daripada hidangan Nasi Ayam yang merupakan menu utamanya, restoran Nasi Ayam Gemas Mustafah juga menyediakan pelbagai hidangan seperti Grilled Chicken Chop, Mee Bandung, Mee Kantonis, Nasi Goreng Cendawan dan lain-lain lagi.

Dari segi rasa nasi ayamnya, susah sikit i nak explain. Nak kata tak sedap, sedap jugak. Senang cakap memang tak sama macam nasi ayam yang biasa tu. Nasinya memang lembut, bahagian ayamnya pun dah lembut cuma untuk supnya je, i rasa macam kuat sikit rasa rempahnya tapi bila dah gaul semua sekali dengan nasi, not bad jugak. Hehehe... Kiranya recommended untuk korang cuba nanti. Harga makanannya pun cukup berpatutan pada i (tak percaya, cuba tengok gambar resit dekat bawah).

Disebabkan rasa macam tak puas hati, nak tahu lebih lanjut mengenai Nasi Ayam Gemas Mustafah ni. Balik je rumah serta-merta i terus google cari info yang berkaitan (gitulah... Pantas macam roket kan i? Kih-kih-kih... Iyolahtu...).

Inilah sedikit sebanyak info / sejarah yang i dapat daripada laman web Nasi Ayam Gemas Mustafah

"Gerai yang diusahakan oleh Mustafah Yusuf, 53, sentiasa menggamit pelanggan,bukan saja di kalangan penduduk setempat, malah dari Singapura, Kuala Lumpur, Seremban, Johor, Pahang dan Melaka.Pengusahanya, Mustafah bin Yusof yang pernah bekerja di sebuah restoran Cina memulakan perniagaan sendiripada 1980 dengan menjual nasi ayam, masakan cina, tetapi disebabkan nasi ayam lebih popular, beliau menumpukan kepada hidangan itu mulai tahun 1984. Isteri beliau, Joriah Awang, 52, bersama 3 orang anak dan 8 pekerja mengendalikan perniagaan ini dari jam 10:30 pagi hingga 5:00 petang setiap hari kecuali Ahad. Purata 50 ekor ayam digunakan setiap hari."

Hah, betullah tekaan i yang restoran Nasi Ayam Gemas Mustafah ni familliar sangat sebab memang dah lama popular dah pun (tapi i je yang baru test-try-ngap hehehe....)

Lokasi sebenar / alamat Nasi Ayam Gemas Mustafah Original di Gemas, Negeri Sembilan ialah terletak di Blok E1 dan E2, Perhentian Bas dan Teksi Gemas. Agak-agak kalau tak boleh jumpa tu, korang cuba masukkan koordinat GPS dekat bawah :

2º34'56.0'' N 102º36'39.8'' E

Nombor Telefon : 012-6947886 (Encik Mustafah)


Alamat Nasi Ayam Gemas Mustafah tempat i makan pula ialah :

No. 33, Jalan PPAJ 3/1
Pusat Perdagangan Alam Jaya
42300 Bandar Puncak Alam


So, korang apa lagi, jom!






Air Laicikang ni super sedap tau!

Jumlah semua sekali RM20.30. Oklah kan?

p/s : Buka puasa dengan nasi ayam pun best jugak.

12 comments:

  1. salam reena,
    nasi ayam gemas kat AJCC tu mmg boleh dikatakn tempat kegemaran saya menapau atau makan kat situ ...senang budak2 pun mmg suka nasi ayam ...
    :)

    ReplyDelete
  2. akak lom penah cuba wpn kt sini ada
    nmpk menyelerakan
    maklumlah org puasa tgk makanan..hehe
    tp btllah klu bkak pose dgn nasik ayam
    pun cam segarrr je pastu

    ReplyDelete
  3. hehehe....pagi-pagi reena dah buat mun terliur nasib pose heheheee

    ReplyDelete
  4. salam kak

    jannah nak minta alamat akk leh? nak jempot akk and family :) email kat cikjannah@gmail.com ye kak. terima kasih ;)

    ReplyDelete
  5. gemas nie memang fames dgn nasi ayam ker sis...
    kat shah alam rasanya pun ada nasi ayam gemas...
    tapi bukan si mustafah nye lah hehehehehe...

    ReplyDelete
  6. Sy hantu nasi ayam kak tp tak pnh try mkn kat sini lg. nasi ayam fav sy adalah nasi ayam mak mertua sy. Sumpah sedap. Akak kene try haha

    ReplyDelete
  7. Nasi ayam memang makanan evergreen, ada macam2 rupa dan rasa pulak tu. memang sodap gak kalau berbuka makan nasi ayam... nyum nyum nyum....

    ReplyDelete
  8. Cawangan segamat punya lg sedap! Kuah kicap kat ayam dia tu mmg terrrbaikkk!! Hehehe

    ReplyDelete
  9. Salam semua... Saya pernah makan nasi ayam musatafa ni yang terletak di gemas.Kalau waktu bukan bulan puasa... kekadang tak sempat jam nak menghampiri jam 1 petang, nasi ayamnya dah habis.Memang 'femes' restoran ni.
    Pelanggannya memang ramai...

    ReplyDelete
  10. paling yg terbaik di bas station gemas...rasa nasi ayam yg betul2 original..

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)