Blogger templates

Jul 8, 2012

Nikon D7000

Semenjak i ada kamera DSLR Nikon D5100 ni (nak baca kisah i beli Nikon D5100 bolehlah klik sini ya ---> http://www.reenaonline.com/2011/10/nikon-d5100.html). I dan hubby banyak belajar sama-sama untuk memahirkan cara / teknik ambil gambar dan mengetahui aksesori yang bersesuaian yang perlu ada bagi menghasilkan gambar yang super cantik. Kalau dulu bila guna kamera compact biasa (dulu i pakai panasonic Lumix), tak pernah pun i ambil tahu pasal lensa, pasal aperture, pasal speed light dan lain-lain lagi. Apa yang i tahu, point and shoot (hala dan tembak) je. Cantik ke tak, belakang kira. Janji ada gambar untuk kenang-kenangan.

Tapi sekarang ni dah tak buat perangai macam tu lagik dah. Seboleh-boleh mungkin nak ambil gambar super cantik yang ala-ala profesional gitu (ala-ala je tau. I tak rasa pun diri i dah sampai lagik tahap profesional). Cuma ada masa-masa tertentu i ketinggalan untuk ambil mana-mana gambar penting disebabkan sibuk nak kawal anak-anak i atau pun bateri kamera dah habis (alaa... part ni memang i frust kalau jadi). Lagipun dengan hanya satu kamera Nikon D5100, i dan hubby terpaksa bergilir-gilir ambil gambar kesukaan kami. Maklumlah, setiap dari kita kan, ada point of view (pandangan) masing-masing bila ambil gambar. Mungkin i nampak biasa je kawasan yang nak ambil gambar tu, tapi hubby pulak nampak luar biasa, begitu jugak sebaliknya.

Jadi, disebabkan terasa macam sukarnya mengharapkan pada satu kamera DSLR je bila nak ambil gambar. Bersempena dengan harijadi hubby i yang ke-39 tahun ni, i hadiahkan satu kamera DSLR untuk hubby (alahai, mama suka sangat tengok muka papa yang super excited bila dapat tahu mama nak hadiahkan kamera DSLR). Apa jenis atau pilihan kamera yang hubby nak, i serahkan pada hubby (birthday boy lah kena buat pilihan, mama tukang bayar aje). Akhirnya hubby pilih Nikon D7000 (yeay, i dah ada geng Nikon. Hehehe...) Ikutkan kamera hubby lagik canggih dari i (kamera Nikon D7000 ni hampir kepada fungsi kamera Nikon D90. Perghhh...). Dan lagik besar daripada D90, D300s dan D5100 (milik i). Kemain kan? Tapi takpe, boring-boring guna Nikon D5100 i boleh pinjam guna Nikon D7000 pulak (keh-keh-keh). Lagipun apa yang best, kedua-dua kamera ni boleh berkongsi lensa sebab dalam format yang sama (DX Format). Hah, kan jimat tu, tak payahlah kita orang beli lensa banyak-banyak.

Bila dah ada kamera masing-masing, nampaknya kamera dah jadi salah satu aksesori yang melekap dekat badan i selain daripada handbag. Haishh... nampaknya kena cepat-cepat cari beg kamera yang comel-comel lepas ni (hehehe...)

Nak baca perbandingan antara Nikon D7000 dengan Nikon D90. Korang boleh tengok dekat sini ---> http://www.dpreview.com/reviews/nikond7000

Manakala kalau nak baca ulasan / review berkaitan Nikon D7000 pulak, klik sini ---> http://www.trustedreviews.com/Nikon-D7000_Digital-Camera_review

Nak tahu harga Nikon D7000, pergi sini ---> http://www.nikon.com.my

Nak tengok brochure Nikon D7000, dekat sini ---> http://www.nikon-asia.com/Brochures/D7000_16p.pdf


Ciri-ciri penting Nikon D7000
  • 16.2MP CMOS sensor
  • 1080p HD video recording with mic jack for external microphone
  • ISO 100-6400 (plus H1 and H2 equivalent to ISO 12,800/25,600)
  • 39-point AF system with 3D tracking
  • New 2016 pixel metering sensor
  • Scene Recognition System (see 2016 pixel sensor, above) aids WB/metering + focus accuracy
  • Twin SD card slots
  • 3.0 inch 921k dot LCD screen
  • New Live View/movie shooting switch
  • Full-time AF in Live View/movie modes
  • Up to 6fps continuous shooting
  • Lockable drive mode dial
  • Built-in intervalometer
  • Electronic virtual horizon
  • Shutter tested to 150K actuations

Ok, jom tengok gambar nak?

Banyaknya handbag ku. Hehehe... 
Hubby tengah setting kamera.
Hari pertama kedatangan Nikon D7000 ke rumah kami.

Bahagian hadapan Nikon D7000.

Bahagian belakang Nikon D7000. Skrinnya tak boleh tutup / terbalikkan macam Nikon D5100 tapi banyak fungsi butang.
Bahagian ni i jelous sebab Nikon D7000 ada skrin kecil dekat atas kamera, Nikon D5100 takde.
Perbezaan saiz kamera dan kedudukan fungsi butang antara kamera Nikon D5100 (kiri) dan Nikon D7000 (kanan)


p/s : Walaupun Nikon D7000 hubby nya best, i tetap suka Nikon D5100 milik i. Sebab apa? Sebab i suka saiz Nikon D5100 yang simple dan kecil tapi hebat untuk ambil gambar.

28 comments:

  1. Wow..dua2 best nyer DSLR.
    Kak Anis D3100 jer...hubby tak minat tp DSLR tu selalu kena kerah dgn hubby kasi ambil gambar dia cun2 perut kasi nampak kempis.
    Ada ke DSLR fungsi cam gitu..kih 3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana-mana DSLR pun best jugak Kak Anis cuma yang penting kita tahu macam mana nak capture gambar tu supaya nampak cantik. Hahaha... kelakarlah husband Kak Anis, nanti tak pasal-pasal DLSR kena marah sebab kasi show-off perut muncit dia.

      Delete
  2. woww bestnya.. nikon u punya tu brapa RM reena?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga Nikon D5100 i tu lebih kurang RM2k lebih, nak tahu details boleh baca dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2011/10/nikon-d5100.html :)

      Delete
  3. 39? ohhooooo cik abe reena tak macam 39, igtkan baya2 kita ... klu tak silap, reena n mak encik sebaya kan? lucky 32! ;)

    kamera2 ni mmg belum terjangkau dek akal pikiran mak encik lagiks ...
    slalu amik snap "automatic" .... hihihihi ... tak berseni sungguh la diriku :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... actually kita muda setahun kot dari mak encik. A'ah dah tua dah hubby kita, ye ke nampak macam sama baya. Ni kalau dia dengar ni confirm kembang kempis hidung dia. Hehehe...

      Alaa... kita pun kalau malas sangat nak fikir ambil auto jugak mak encik. Dah baca banyak kali buku pun, still terlupa berapa nak kena letak iSO, berapa aperture, berapa speed. Adehhhh... :)

      Delete
  4. bestnya reena... untung hubby u..

    hubby sy tak minat pasal2 camera2 ni.. suruh amik gambar pun mcm tak ikhlas je..

    sy nya dslr duk standard je dari masa beli dulu tak beli lagi lens dia mcm mana gambar nak mabeles macam u kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahhh... alhamdulilah tak sangka minat kita dan hubby banyak yang sama. So, kalau komunikasi pun macam telepati je sebab tak payah nak cakap banyak dia dah tahu dah apa yang kita fikir. Hehehe...

      Alahai kesian u FAR maybe dia tak nampak lagik kot betapa bestnya ambil gambar ni. Bukan apa, kamera lah satu-satunya benda yang boleh capture memory. Nak tulis diari, tak tentu lagiklah kan? Hehehe... takpe insya-Allah one day nanti bila ada rezeki, upgradelah lens. Seronok tau :)

      Delete
  5. mmg santekla gambar kalau pakai DSLR ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting kena tahu settingnya je Posh :)

      Delete
  6. sehati sejiwa gitu...
    gud gud....
    sis...camera bag kalo nak riki2 ....
    cer tgk kelly moore nye bag...
    dah leh order online from malaysia ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dah beli handbag besar je kak buat letak kamera DSLR. Tengok design camera bag yang macam biasa tu, macam kurang comel. Hehehe....

      Delete
  7. wah bestnya. hehehe. kite guna kamera samsung s2 je ler. kekeke.

    tapi tu lah kalau ade pon tak reti nak guna.
    akram pulak memang bukan jenis yang suka gajet2 kamera ni. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa... mana-mana pun ok Wana, yang penting boleh ambil gambar kan? Hehehe... akak pun kalau malas usung kamera, iphone 4 tu jugak yang dikerjakannya :)

      Delete
  8. Wah dahsyat nyer, ni dah jadi family nikon nih... maybe later boleh jadi spoke person untuk nikon... takpe, mula2 hobi, lama2 boleh jadik income tau... happey belated birthday to your hb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhhh... harapnya masin lah mulut Kak Ni. Hehehe... Anyway macih kak :)

      Delete
  9. Wah kemain lagi kak reena sorg satu dslr..
    org pun suke dslr nikon.. mine punye D3100..
    paling kecik n paling murah. hehe..
    padanlah ngan bajet student..

    Suke sgt ayat akak nie "point and shoot aje (hala dan tembak) je. Cantik ke tak, belakang kira. Janji ada gambar untuk kenang-kenangan." haha. its describe me :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Lebih-lebih lagi bila jadi blogger ni, kamera memang merupakan gadget penting dalam kehidupan. Hehehe...

      Delete
  10. akak pun tgh mengidam dslr ni yang..entah bila baru dapat ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai ciannya dia. Kita doakan Kak Eja cepat-cepat dapat DSLR idaman. Aminnn....

      Delete
  11. sorang satu?
    kalau rajin boleh buat biz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pandai sangat nak ambil gambar orang lain kak. Takut tak menjadi pulak. Ambik gambar sendiri takpe sebab takde orang nak marah kalau tak cantik. Hehehe...

      Delete
  12. Salam. Teringinnya nk camera ni.
    Jemput singgah my blog - update Bercuti ke Korea Selatan June 2012

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Akma,

      Insya-Allah one day mesti boleh beli punya :)

      Delete
  13. wah bestnya kak tp leceh kan nk bawak camera ni kehulur kehilir. takpela sy guna iphone jelah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang leceh sikit pun Cha. Hehehe... tapi sebab hasilnya berbaloi-baloi ku redah jugak walaupun macam-macam nak kena usung :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)