Blogger templates

Sep 17, 2012

Suasana Hari Raya Kedah 2012

Suasana Hari Raya di Kedah (kampung hubby i) lebih terasa kekecohannya berbanding dengan Suasana Hari Raya di Johor (nak tengok gambar raya i di Johor boleh picit sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/09/suasana-hari-raya-johor-2012.html). Hahaha... sajakan mention perkataan kecoh tu, sebenarnya kekecohan tulah yang buat i seronok. Maklumlah, hubby i datang dari keluarga yang agak besar dan meriah dengan anak-anak saudara. Jadi ada saja aktiviti yang tak pernah sunyi, dalam rumah keluarga mertua kesayangan i.

Untuk hari raya tahun 2012 ini, aktiviti kami ialah berbarbecue / BBQ dan dalam pada masa yang sama kita orang buat sambutan harijadi untuk Mak (rasanya sesiapa yang follow / mengikuti instagram i mesti dah tahukan, aktiviti kami waktu tu?). Anyway comel je tengok Mak tiup lilin birthday sambil dikelilingi cucu-cucu lain. Hehehe...

"Semoga Mak diberi kesihatan yang baik dan happy selalu. Kami semua sayang Mak!"






p/s : Macam mana i sayangkan keluarga i sendiri, begitulah juga dengan keluarga mertua i. I rasa bertuah dikelilingi orang-orang yang i sayangi (alhamdulilah).

8 comments:

  1. tu cheesecake ke? amboi² mak, dpt makan cheesecake! buat saye cemburu la..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! A'ah cheesecake beli dekat Secret Recipe (tak ingat dah nama apa, american cheesecake ke, turki ke, US ke... haishhh). Tapi yang tukang bedalnya ialah anak cucu :)

      Delete
  2. Wah siap ada BBQ. Teringat adik-adik ipar turut KL rumah saya seminggu selepas sambutan Hari Raya. Kami juga ada buat BBQ dan bakar satay. Puas hati makan bersama-sama. :-)

    ReplyDelete
  3. wahh besh la kak reena raye..jeles... hihi
    jaja raya berpantang je tahun ni..
    tak balik kg husband pn..mak & abah mertua yg dtg lawat jaja kat sini..hihi
    tahun dpan nak g beraya umah kak reena la.. boleyy??
    sronok tgok fmily kak reena.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai sian dia, takpe tahun depan Jaja raya puas-puas k :)

      Meh datang beraya meh. Hehehe...

      Delete
  4. seronokkan kalau raya jauh2.. sy 10 minit dah sampai rumah mak mentua.. tak habis nyanyi lagu ..balik kampung.. oooooo balik kampung.. dah sampai..

    hepi bday makcik.. comey je kan kalau tgk mak kita tiup lilin kan..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok cuma ongkos nak balik tu besar lah sikit FAR. Hehehe... Ala... raya dekat pun best jugak sebab tak sangkut jammed. Kalau kita nyanyi lagu Balik kampung repeat sampai 100 kali pun belum tentu sampai. Hahaha!

      Anyway macih FAR, confirm MIL kita pun terharu kalau baca komen awak :')

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)