Blogger templates

Oct 25, 2012

Astro Beyond PVR

I rasa sejak Astro upgrade dan perkenalkan Beyond kepada pelanggannya untuk merasai kehebatan rancangan TV dengan suasana HD (nak baca entry i sewaktu kali pertama gunakan Astro Beyond, korang klik dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2010/10/astro-byond.html). Inilah perkara terbaik yang astro lakukan, lebih-lebih lagi i tak perlu bersusah-payah nak menambahkan kos duit membeli DVD Blu-Ray cetak rompak bila nak tengok filem-filem terbaru dekat pasaran (walaupun cerita filem dalam astro ni takdelah latest mana pun dan selalu berulang-ulang). Sekurang-kurangnya untuk orang yang macam i, yang jarang-jarang sangat dapat keluar tengok wayang so i rasa dengan tengok channel HBO HD (431) atau FMP HD (434) pun perasaan tu dah berbaloi sangat tau.

Bertambah best untuk sesiapa yang melanggan Astro Beyond, korang akan menikmati tambahan channel HD lain yang super wow! (serius i cakap, channel tambahan HD pun semuanya best-best, memang sengaja nak suruh korang melekap dekat depan TV. Hehehe). Contohnya macam Mustika HD (cerita drama Adam dan Hawa yang korang suka tengok tu ada tayang dekat sini. Jangan jelous hehehe...), FX HD (ada drama-drama inggeris / omputih yang terbaik macam Scrubs) , One HD (drama terbaru Korea yang confirm buat korang nak jatuh cinta lagi dan lagi. Oppa!!) dan yang paling-paling i suka tengok ialah Life Inspired (channel ni untuk mereka yang gemarkan hiasan dalaman rumah dan exercise, macam i lah ni. Eceh!) dan Food Network HD (channel masak-masak yang buat korang sentiasa lapar. Aumm!!) Ni i baru ceritakan sebahagian je channel HD yang ada untuk Astro Beyond, belum kesemuanya lagi. Silap-silap sekarang juga korang call Astro minta upgrade kepada Astro Beyond (harap maklum, statement i ini tidak dibayar oleh Astro pun. Sadis... hahaha!)

Macam mana pun baru-baru i telah ditawarkan oleh Astro untuk tambahan PVR secara percuma termasuk dengan kos pemasangan sekali (hoorey!!! Inilah yang i tunggu-tunggu). Dengan hanya bayaran tambahan RM50.00 setiap bulan, i akan ada dua Astro decoder (satu Astro Beyond i yang sediada dan satu PVR percuma yang i dapat ni) dan buat i teruja, channel yang i ada sekarang ni pun tetap dapat ditonton dekat Astro Beyond PVR. Maksudnya i tak perlu kurangkan channel atau nak bayar lebih untuk Astro Beyond PVR. Semua channel yang i subscribe untuk Super Pack 1 pada Astro Beyond i yang terdahulu ada dekat Astro Beyond PVR i yang baru ni (yeay!!) Jadi tak perlulah i berebut TV lagi dengan anak-anak especially bila nak tengok channel Life Inspired. Sekarang ni bolehlah tengok TV dengan perasaan tenang. Maklumlah mama sekarangkan dah ada Astro Beyond PVR (kihkihkih... eksyen!)

Apa yang bestnya mengenai Astro Beyond PVR ni? Eee... banyak bestnya korang. Contoh macam situasi harian i dekat rumah. Kebiasaannya bila i tengah bersenang-lenang tengok channel i suka, muncullah macam-macam permintaan istimewa daripada anak-anak i, contoh, "Mama, i want to drink Ribena please", "Mama, please help me take this book. I can't reach", "Mama, adik poo-poo". Aiseyman... korang bayangkanlah betapa banyaknya distraction waktu i nak tengok TV. Kadang-kadang rancangan tu setengah jam je, penyudahnya 10 minit pertama je i dapat tengok. Untuk baki 20 minit i terpaksa bersusah-payah search untuk rancangan yang sama pukul berapa ianya akan repeat sekali lagi. Kalau bernasib baik dapatlah i tengok ulangan rancangan yang sama nanti. Kalau tak terpaksalah redha aje. Apa taknya kalau ulangan yang ada cuma pukul 3:00 pagi. Silap-silap bukan i yang tengok TV, TV yang tengok i.

Jadi semenjak ada Astro Beyond PVR ni, perkara pertama bila balik kerja. I dah siap-siap record mana-mana rancangan yang i suka sebelum i terlepas. Untuk pengetahuan korang, hanya dua channel / rancangan sahaja dapat direkodkan dalam masa yang sama. Itu pun kalau korang buka antara salah satu channel yang ingin korang rekodkan tu. Tak faham? Ok, meh i ceritakan dengan lebih lanjut. Sebagai contoh, korang tengah tengok channel HBO HD, dalam pada masa yang sama korang nak rekodkan channel HBO HD dan FMP HD secara serentak untuk masa yang berlainan. So, takde masalah untuk korang rekod dua channel tersebut sebab korang pun memang tengah menonton salah satu antara dua channel yang korang rekodkan itu iaitu channel HBO HD.

Tapi berbeza untuk situasi macam ni pulak di mana kalau korang nak rekodkan channel HBO HD dan FMP HD tapi entah macam mana ada cerita menarik yang anak korang nak tengok dekat Disney XD HD, so secara automatik bila anak korang tekan channel Disney XD HD akan ada arahan pada TV korang yang akan memaparkan bahawa salah satu antara channel HBO HD dan FMP HD yang korang rekodkan akan dibatalkan / cancel. Kalau korang nak tahu, sebelum ni pun, i sangkakan dengan adanya Astro Beyond PVR, i boleh rekodkan sebanyak mana pun channel yang i suka secara serentak. Rupa-rupanya silap sangkaan i tu. Untuk membuat tambahan rekod, korang kena pastikan rancangan yang korang rekodkan tu dah tamat, barulah korang boleh rekod untuk cerita lain pula (gitulahhh...).

I harap akan datang pihak Astro bolehlah upgrade untuk Astro Beyond PVR ni. Manalah tahu, daripada boleh rekod dua sahaja. Lepas ni boleh rekod 10 channel terus-menerus (al-maklumlah Astro kan kayakan? Hehehe....)

Oklah korang i nak siap-siap balik kampung ni (yeay-yeay besok raya Haji), sep sikit dekat sesiapa yang pakai Astro Beyond dan Astro Beyond PVR. Bye!


Channel Life Inspired HD ni memang best!! Memang memberi inspirasi gitu!
Antara senarai cerita yang i rekod dan tengok secara berulang tanpa henti. Bila dah bosan, bolehlah delete. Hahaha!

p/s : Selamat hari raya korang, hati-hati di jalan raya.

Oct 22, 2012

Pemenang Giveaway From Reenaonline 2012

Eh-eh sekejap je dah tamat dah tempoh Giveaway yang i adakan. Tak expect pun akan ada orang nak join (hahaha!) Sebab i sendiri memang sayang bebenar nak lepaskan Katalog Ikea 2013 milik i ni dekat korang (heppp... tak baik jadi buruk siku tau. Hehehe). Walaupun boleh je kalau nak view katalog Ikea samada pakai komputer, iPad atau iPhone tapi entahlah pada i, perasaan tu rasa macam tak puas je. Macam ada je yang tak kena especially tang feel berangan sambil bayangkan susun atur rumah i dengan barangan Ikea (hehehe... tak dapat beli, tapi dapat berangan pun jadilah). So, inilah senarai kawan-kawan yang sudi sertai Giveaway i. Macih korang!


1. CIK ANIE

2. ATIE

3. ROZIETA RAFFAR

4. LEYYATASHA

5. KAKNI

6. CINDA


Sebagaimana yang i janjikan, khidmat Random Number Generator akan digunakan untuk membantu i memilih DUA ORANG pemenang yang bertuah. I akan klik dua kali sahaja, jadi untuk sesiapa yang tak berjaya, jangan kecil hati k (ni semua salah Random Number Generator sebab tak pilih korang. Haishh). Anyway, tahun depan insya-Allah i akan cuba buat lagi Giveaway Ikea Katalog ni (i harap siapa yang tak berjaya boleh cuba lagi. Jangan putus asa k).


Bismillahirrahmanirrahim, kita tengok siapa yang kena!




I dengan happynya mengumumkan dua orang pemenang yang berjaya iaitu :

5. KAKNI
6. CINDA

*wahhh.... mesti tengah melompat-lompat sekarang ni. Hehehe...

TAHNIAH!!! Dan jangan lupa emelkan i (reena_onn@yahoo.co.uk)

NAMA PENUH
ALAMAT
NOMBOR TELEFON

Siapa lambat emel, lambatlah sampai katalognya. Hehehe...


Resepi : Telur Separuh Masak

Resepi telur separuh masak? Aik, setakat buat telur separuh masak pun tak reti ke? Ish... tak baik cakap macam gitu tau kawan-kawan. Siapa kata senang nak buat telur separuh masak ni? Kalau tak reti nak seimbangkan suhu dan tempoh masa untuk menghasilkan telur separuh masak, silap-silap bila pecahkan, telur still mentah lagik. Nak tak nak, terpaksalah ubah menu telur separuh masak jadi telur mata kerbau. Takkanlah nak buang pulak kan. Membazir nanti.

Sekarang ni pun sebenarnya banyak alatan untuk hasilkan telur separuh masak tanpa perlu bersusah-payah. Memandangkan i ni jimat-cermat orangnya (hahaha! Yelah... buat apa nak bazirkan duit semata-mata beli alatan macam ni sedangkan takdelah susah mana pun nak buatnya). Jadi i lebih suka gunakan cara tradisional sebelum kewujudan alatan untuk telur separuh masak (macam berkurun lamalah sangat bunyinya! Hahaha).

Senang je kawan-kawan nak buat telur separuh masak ni. Jom ikut masuk dapur i.

Cara-cara :

1. Sediakan periuk sederhana kecil bersesuaian dengan kuantiti telur ayam yang akan korang masukkan nanti.
2. Masukkan air ke dalam periuk. Pastikan sukatan / anggaran air boleh menenggelamkan telur.
3. Masak air di dalam periuk sehingga mendidih. Ingat! Jangan masukkan telur lagi sewaktu proses mendidihkan air.
4. Selepas mendidih, tutup api periuk dan masukkan telur ke dalam periuk yang berisi air mendidih tadi. Tutup periuk dengan penutup serapat-rapatnya. Dan mulakan kiraan selama 10 minit dari tempoh korang menutup periuk.
5. Selepas 10 minit, angkat telur dan sejukkan dengan air paip dalam beberapa saat bagi mengelakkan jari-jemari korang melecur sewaktu proses pecahkan kulit telur.
6. Sedia untuk dimakan bersama kicap dan lada sulah (nyam-nyam!)

Betul tak i cakap, senang je kan nak buat telur separuh masak ni. Pagi-pagi breakfast dengan telur separuh masak, lepas tu cicah dengan roti Gardenia fuhhh... memang best!

Apa Khasiat Telur Separuh Masak ?

Masa zaman kecik-kecik dulu, tiap-tiap pagi ibu mesti hidangkan telur separuh masak untuk i sebelum pergi ke sekolah. Tension jugak bila hari-hari hadap telur separuh masak je (biasalah budak-budak kalau tang makan benda berkhasiat memanjang semuanya tak best. Hehehe). Kata ibu, telur separuh masak bagus untuk tumbesaran dan tambahkan berat badan. So, betullah kata ibu tu. Telur kan sumber protein yang baik untuk tubuh badan terutama sekali untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Yang penting korang pilihlah telur yang ada Omega ok. Tapi untuk orang-orang tua (i maksudkan orang dewasa. Kira tualah tu kan? Hehehe) tak boleh banyak sangat makan kuning telur ya, kolestrol jadinya.






p/s : Malam nanti i akan announce untuk pemenang Giveaway. Jeng-jeng-jeng!

Oct 21, 2012

Senaman Abdomen, Perut dan Peha

Bila sebut pasal senaman ni macam fobia je bunyinya kan? Lebih-lebih lagi bila dah berkeluarga dan ada anak. Fobianya bukan sebab takut nak buat senaman tapi jawapan standard ibu-ibu atau bapa-bapa zaman sekarang ialah takde masa nak buat senaman. Kelakarnya bila baju yang dipakai dah nampak berlapis macam rupa daging burger atau seluar yang nak dikancing sampai menggigil minta nyawa. Mulalah panik merungut. Arghhh! Dah gemuk rupanya aku, nampak gaya kena beli baju baru atau seluar baru. Aik?! Seluar dengan baju yang dirisaunya. Sepatutnya tang rupa badan yang pelik tulah yang kena ambil berat. Haish... payah sebenarnya nak terapkan kehidupan dan makanan sihat dalam diri sendiri sebab dah biasa manjakan diri dengan macam-macam makanan yang menarik, tertarik dan memang da boom! Lepas tu bila dah reti tak tolak makanan sedap-sedap, tak reti pulak nak buat senaman untuk bakar kalori yang masuk sebesar lori sampah tu (erk!)

Ya, i pun sama juga. Selalu jugak miss atau skip buat senaman dekat rumah sebab bangun je dari tidur, otak terus ligat fikir, nak kemas rumah, basuh baju, uruskan anak-anak dan nak masak apa (untunglah sesiapa yang ada pembantu rumah. Eh! Hehehe... yelah kan, at least takdelah hari-hari nak kelam-kabut macam i). Tapi takpe, i suka dengan rutin harian i sebab dah terbiasa kelam-kabut dan sibukkan diri dekat rumah. Jadi semua tugas i rasa cepat je siap (kehkehkeh, kononnya expert lah tu. Eceh!) Kelakarnya bila dah siap kerja rumah, tak jugak nak bersenam ke atau bersenang-lenang depan tv tapi pergi cari resepi baru pulak untuk cuba. Tengok, memang tak reti duduk diamkan? Dan apa yang buat i rasa bertuah ialah sebab hubby sama-sama membantu untuk uruskan rumah (alhamdulilah).

Macam mana pun dengan hanya buat kerja rumah semata-mata takkan menjanjikan bentuk badan yang ideal. Nak tak nak kena juga buat senaman. Pada i kurus tak semestinya tubuh badan dah sempurna. Sempurna maksud i dari segi stamina, paras kalori dalam badan dan jauh dari sebarang penyakit. Tahukah korang orang kurus pun berisiko menghadapi penyakit darah tinggi dan kencing manis. Errr... takut kan? Apa yang i perasan bila usia menginjak 30-an, berat badan lagi senang untuk naik tapi payah betul nak kurangkan (haishhh, boleh tahan kepala batu juga lemak ni kan?) Walaupun berat badan i tergolong dalam kategori normal (index berat badan i ialah 20.57, korang juga boleh check dekat sini ---> http://herbalifeku.trinunggal.net/index_berat_bad) i kena buat sesuatu untuk pastikan kecerdasan badan dan mungkin kecilkan sedikit bahagian abdomen perut ke bawah (biasanya inilah antara tempat persembunyian lemak tepu yang suka bermaharajalela). Bukanlah nak harapkan sangat supaya bentuk badan jadi ala-ala retis tapi pada i, lebih kepada kesihatan untuk hari tua. Dah tua-tua baru nak terfikir pasal kesihatan, tak guna jugak. Waktu badan masih boleh diharapkan nilah kita kena buat sesuatu (ye tak?)

Dalam memikirkan senaman apa lagi yang sesuai untuk i lakukan? (Kebiasaannya kalau korang nak tahu alat senaman yang i biasa gunakan dekat rumah, korang boleh tengok dekat link ini ---> http://www.reenaonline.com/2010/09/tips-kekal-ramping-elak-perut-buncit.html). Apa-apa hal pun i lebih prefer untuk buat senaman yang hanya memerlukan ruang kecil (macam dekat rumah), takde melibatkan kos yang banyak (contoh: nak bayar untuk register dekat gym ke), takde melibatkan alatan-alatan senaman yang besar dan berat serta takde jugak melibatkan masa yang lama tapi yang paling best memberikan kesan yang lebih cepat (hamboi... kemain kan? Bersenam pun nak demand macam-macam. Hahaha). Jadi i cuba minta pertolongan Google yang baik hati. Menariknya i terjumpa satu laman web yang menepati kehendak i. Bersenam dengan cara murah, cepat dan menyeronokkan! Yang penting hasilnya memang buat korang teruja. Kalau selama ini senaman yang i buat hanya ambil masa sekitar 15 hingga 30 minit je. Rupa-rupanya i baru tahu bagi mendapatkan hasil yang cukup membanggakan (ewah!) Sebaik-baik senaman adalah selama sejam dengan pengambilan air sebanyak 3 hingga 4 liter sehari dan lakukan 5 hingga 6 kali seminggu. Apa yang penting, korang banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Senaman ni dipanggil pilates (ok, serius i tak tahu sebutan dia macam mana. Hahaha!) Ianya lebih menumpukan kepada bahagian abdomen perut dan ke bawah dan secara automatik membentuk tubuh badan yang korang idamkan (kemain statement i kan? Tapi kalau malas buat takde maknanya tubuh idaman tu nak terbentuk. Hehehe).

Buat masa ni, inilah laman web yang paling rajin untuk i datang singgah sambil bersenam --->

Pemilik laman web ini ialah Cassey Ho. Dia merupakan Pilates and Fitness Instructor. Nak berkenalan dengan Cassey Ho? Korang klik sini ---> http://www.blogilates.com/about-me. Cara penyampaiannya memang fun dan korang mesti rasa tertarik nak cuba dekat rumah especially bila tengok Youtube PSY Oppa Gangnam Style Cardio Dance Workout dekat bawah ni (fuhhh... berpeluh i tengok Cassey bersenam. Sendiri buat entah-entah semput jadinya. Kihkihkih). Abaikan keseksian Cassey Ho yang super duper pergh! Yang penting kita ambil sikap positif untuk kekalkan kesihatan. Tapi kalau korang nak bergaya seksi dekat rumah korang takde salahnya kan? Hehehe...


Anyway, banyak youtube Cassey yang boleh korang ikuti untuk bersenam (yeah, cayalah Cassey! Buat i bersemangat je ni. Hehehe)

Selain tu, Cassey juga ada sediakan printables poster senaman secara PERCUMA (baikkan Cassey ni?) untuk memudahkan korang gunakan sebagai panduan bersenam di mana sahaja korang berada (alahai bestnya!). Dekat bawah ni adalah antara printables poster senaman dari laman web Cassey. Klik pada gambar untuk tumbesaran dan print untuk simpanan korang.









Nak dapatkan keseluruhan printables poster senaman Cassey, korang pergi sini ok --->


Macam mana excitednya i untuk bersenam dengan cara Cassey, i harap korang pun sama jugak. Sekarang ni, Cassey adalah merupakan sumber inspirasi i (thanks Cassey!)


p/s : terima kasih untuk korang (korang lah tu!) yang sudi join Giveaway yang i adakan. Tapi sedihnya guru besar tak berkesempatan lagik nak ucapkan good luck personally dekat korang. Tunggu ye!

Oct 20, 2012

Smales Ikea Malaysia

Dekat entry yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/smaland-ikea-malaysia.html, i dah pernah bercerita mengenai keseronokan taman permainan di Ikea yang dikenali sebagai Ikea Småland. Macam mana pun untuk entry kali ini, i nak ceritakan bagaimana caranya untuk korang eh, anak-anak korang yang berumur antara 4 hingga 10 tahun (alooo... anak i yang kecil tak cukup umur lagi) mendaftar untuk jadi salah seorang warganegara Småland dan menyertai Sara (eh, siapa pulak si Sara ni?) di dalam Hutan Ajaib Småland (huhuhu! Apesal orang tua tak boleh join ni. Arghhh, tension la...)

SIAPAKAH SARA?

Kalau korang nak tahu, Sara ialah maharatu yang bertakhta dalam Hutan Ajaib Småland (hah... jangan main-main korang). Dia merupakan penjaga Hutan Ajaib Småland dan memang cukup pantang dengan orang yang tak suka pelihara pokok (eee... takut tak? Takut tak?) Umur Sara telah melebihi seribu tahun (dah tua dah rupanya Sara ni. Aik, tapi kenapa dia elok-elok je boleh tinggal dekat Hutan Ajaib Småland? "Orang tua lain" tak boleh pulak masuk sini. Marah i tau. Hehehe). Walau macam mana pun korang jangan risau, Sara ni lemah lembut orangnya, baik hati, bertimbang rasa dan suka membantu orang (macam ye-ye je Sara ni kan?). Untuk korang yang nak berkenalan dengan Sara lebih lanjut, bolehlah picit sini ya (manalah tahu berkenan buat bini ke? Eh! Hehehe) ---> http://www.smales.com.my/bm/about/sara.asp.

BAGAIMANA CARANYA MENDAFTAR SEBAGAI WARGANEGARA SMALAND?

Senang je sebenarnya. Pendaftaran hendaklah dilakukan di Bug House, Tingkat Bawah, Ikea Damansara. Pertama sekali, anak korang mestilah berumur di antara 4 hingga 10 tahun (untunglah, jadi budak kecik. Aik, nada cemburu nampak? Hahaha). Pastikan semasa pendaftaran tu, korang bawakan sekali sijil kelahiran atau MyKid. Masukkan butir-butir peribadi anak korang di Smales Shroom (tak kenal apa itu Smales Shroom boleh tengok gambar i dekat bawah ok?). Kemudian, gambar anak korang akan diambil oleh petugas Bug House untuk dimasukkan ke dalam passport. Selesai pendaftaran korang pergi ke Small Shroom sekali lagi untuk dapatkan pelekat / sticker kecil berwarna kuning untuk dilekatkan pada buku passport. Yeay, Siap dah! Dan yang bestnya pendaftaran ini adalah PERCUMA. Untuk sesiapa yang mendaftar sebelum 30 September 2012, korang akan terima satu landyard percuma.
Untuk keterangan lanjut, korang boleh dapatkan dekat sini ---> http://www.smales.com.my/bm/about/rights-of-a-smale.asp


Jom tengok gambar anak-anak i yang happy jadi Prince dan Princess Småles (rakyat Småland dikenali dengan nama Småles. Haihh... dah macam Smurf pulak. Hahaha!)



Kisah Småland / Story of Småland
"Oh... macam ni cara nak mendaftar rupanya", kata Kakak kepada Adik.
Budak kecik yang tak sabar nak tambah warganegara. Rupa-rupanya tak cukup umur. Huhuhu...

Inilah Small Shroom / Mesin kupon. Daftar jom!
Yeay! Passport dah siap.
Saya sekarang warganegara Småland. Awak macam mana?
Passport Småland dan landyard kami. Hoorey!!

p/s : Untunglah budak-budak sekarangkan? Hehehe...

Oct 8, 2012

Everyday Is A Blessing / Setiap Hari Adalah Rahmat #1

Mulai hari ini, i akan wujudkan satu entry istimewa dalam blog i (mungkin bukan dengan satu entry sahaja tapi i akan gunakan tajuk entry yang sama ini berulang-ulang kali). Entry ni diberi nama sebagai "Everyday Is A Blessing" atau dalam bahasa melayu ialah "Setiap Hari Adalah Rahmat". Kalau korang sebelum ini dah sedia maklum dengan istilah "Wordless Wednesday" atau "Rabu Tanpa Kata-kata" di setiap blog-blog lain. I rasa korang mesti dah faham atas tujuan apa entry ini diwujudkan. Yang kelakarnya, i tak pernah langsung buat sebarang entry berkaitan Wordless Wednesday selama ni tau. Maklumlah i kan rajin bercerita (rajinlah sangat kan? Hehehe...)

Jadi untuk setiap entry yang bertajuk Everyday Is A Blessing ini, i akan letakkan gambar-gambar yang i ambil dan cukup bermakna untuk i. Lagipun setiap gambar ada cerita tersendiri kan? Dan bersesuaian dengan tajuk entry itu sendiri, Setiap Hari Adalah Rahmat untuk diri i dan keluarga (i harap begitu juga untuk korang semua. Amin).





Abang Long suka main race car, Kak Ngah pula nak jadi doktor pakar kanak-kanak (pediatrician) dan Adik pulak suka menunggang kuda hijau (hehehe...). Happy je jadi macam dorang kan? Mama jelous tau!

p/s : So, macam mana dengan hujung minggu korang semua?

Oct 7, 2012

Penghalau Kucing / Prevention Cat

Pernah tak korang mengalami ke'tension'an dengan kucing? Kalau korang sememangnya peminat kucing dan memang membela kucing dekat rumah, i rasa takdelah rasa masalah sangat kot. Tapi kalau korang tak bela tapi ada pulak kucing yang tanpa segan-silunya buat laman rumah korang macam free public toilet / tandas awam percuma, confirm korang rasa macam nak gigit-gigit kucing tu kan? Dan yang paling geram, tak pasal-pasal kena jadi pencuci toilet tak bergaji untuk kucing ni pulak (grrr... siap kau kucing! *hembus nafas umpama kuda* hehehe).

Mula-mula dulu, i dan hubby takdelah kisah sangat bila kejadian macam ni berlaku. Takpelah, kucingkan binatang comel dan takde akal so kita maafkan jelah dia. Harap-harap dia tak buat lagi. Tapi selang sampai tiga bulan berturut-turut, i perasan kucing ni dah mula ambil kesempatan atas sifat pemaaf kita orang. Ok, ini dah macam peribahasa bagi betis nak peha pulak dah ni (hamboi... kemain kau kucing ye!) Kalau awal-awal dulu, kucing ni cuma berani-berani takut depan pagar rumah je, sekarang dah mula ke depan sikit dekat penghujung car porch (haishhh...) dan makin nampak seronok pulak dengan laman rumah kita orang (hmmm... manalah tak buat sesetengah orang hilang sabar dengan kucing ni). Sebab tulah, kalau sesiapa bela kucing. Pastikanlah kejadian macam ni tak terjadi dekat jiran tetangga korang ye. Bukan apa, tak eloklah kan?

Jadi, i dan hubby mula cari alternatif macam mana nak halau kucing ni daripada terus jadikan halaman rumah kita orang sebagai private toilet (very VIP lah sangat!) Seboleh-boleh mungkin kita orang nak elakkan daripada guna cara-cara yang kejam (ish-ish-ish tak naklah, sebab kucing kan binatang kesayangan Nabi Muhammad SAW). Cari punya cari kita orang jumpa satu alat yang boleh menghalau kucing dekat kedai Daiso (tak kenal apa itu Daiso, boleh baca entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2011/08/daiso-japan-always-rm5-everything.html). Macam mana agaknya rupa alat penghalau kucing yang i jumpa? Hah... korang kenalah tengok gambar dekat bawah. Comel je kan, macam tak percaya yang ini sebenarnya alat penghalau kucing. Kreatif betul orang Jepun halau kucing. Hehehe... Kiranya halau dengan cara comel gitu. Cukup sekadar nak takutkan kucing daripada datang dekat. Yang penting, tak cederakan langsung kucing tu. Selain bertujuan nak halau kucing, alat penghalau kucing ni dah jadi macam perhiasan depan rumah i (hoorey!) Errr... tapi kalau korang nak gunakan alat ini untuk halau orang, hmmm... i guarantee 100% tak takut langsung walaupun mata kucing tu boleh bertukar juling. Eh! Hehehe...


Mata 'guli' bercahaya dekat alat penghalau kucing ni berfungsi untuk menakutkan kucing. Korang cuma gantungkan dekat mana-mana tempat yang korang rasa bersesuaian.

p/s : Agak-agak korang apa alternatif lain nak halau kucing eh? Jomlah kongsi sama-sama.