Blogger templates

Oct 7, 2012

Penghalau Kucing / Prevention Cat

Pernah tak korang mengalami ke'tension'an dengan kucing? Kalau korang sememangnya peminat kucing dan memang membela kucing dekat rumah, i rasa takdelah rasa masalah sangat kot. Tapi kalau korang tak bela tapi ada pulak kucing yang tanpa segan-silunya buat laman rumah korang macam free public toilet / tandas awam percuma, confirm korang rasa macam nak gigit-gigit kucing tu kan? Dan yang paling geram, tak pasal-pasal kena jadi pencuci toilet tak bergaji untuk kucing ni pulak (grrr... siap kau kucing! *hembus nafas umpama kuda* hehehe).

Mula-mula dulu, i dan hubby takdelah kisah sangat bila kejadian macam ni berlaku. Takpelah, kucingkan binatang comel dan takde akal so kita maafkan jelah dia. Harap-harap dia tak buat lagi. Tapi selang sampai tiga bulan berturut-turut, i perasan kucing ni dah mula ambil kesempatan atas sifat pemaaf kita orang. Ok, ini dah macam peribahasa bagi betis nak peha pulak dah ni (hamboi... kemain kau kucing ye!) Kalau awal-awal dulu, kucing ni cuma berani-berani takut depan pagar rumah je, sekarang dah mula ke depan sikit dekat penghujung car porch (haishhh...) dan makin nampak seronok pulak dengan laman rumah kita orang (hmmm... manalah tak buat sesetengah orang hilang sabar dengan kucing ni). Sebab tulah, kalau sesiapa bela kucing. Pastikanlah kejadian macam ni tak terjadi dekat jiran tetangga korang ye. Bukan apa, tak eloklah kan?

Jadi, i dan hubby mula cari alternatif macam mana nak halau kucing ni daripada terus jadikan halaman rumah kita orang sebagai private toilet (very VIP lah sangat!) Seboleh-boleh mungkin kita orang nak elakkan daripada guna cara-cara yang kejam (ish-ish-ish tak naklah, sebab kucing kan binatang kesayangan Nabi Muhammad SAW). Cari punya cari kita orang jumpa satu alat yang boleh menghalau kucing dekat kedai Daiso (tak kenal apa itu Daiso, boleh baca entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2011/08/daiso-japan-always-rm5-everything.html). Macam mana agaknya rupa alat penghalau kucing yang i jumpa? Hah... korang kenalah tengok gambar dekat bawah. Comel je kan, macam tak percaya yang ini sebenarnya alat penghalau kucing. Kreatif betul orang Jepun halau kucing. Hehehe... Kiranya halau dengan cara comel gitu. Cukup sekadar nak takutkan kucing daripada datang dekat. Yang penting, tak cederakan langsung kucing tu. Selain bertujuan nak halau kucing, alat penghalau kucing ni dah jadi macam perhiasan depan rumah i (hoorey!) Errr... tapi kalau korang nak gunakan alat ini untuk halau orang, hmmm... i guarantee 100% tak takut langsung walaupun mata kucing tu boleh bertukar juling. Eh! Hehehe...


Mata 'guli' bercahaya dekat alat penghalau kucing ni berfungsi untuk menakutkan kucing. Korang cuma gantungkan dekat mana-mana tempat yang korang rasa bersesuaian.

p/s : Agak-agak korang apa alternatif lain nak halau kucing eh? Jomlah kongsi sama-sama.

21 comments:

  1. Oh terima kasih!!!!
    Rumah saya ni dah bertimbun tanah kami timbus bahan buangan kucing, adoilah...
    Naik geram tengoknya, tapi malangnya, DAISO takda di sini uhuhuhuhu...kena lah jadi tukang cuci toilet tak berbayar buat sementara waktu ini =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesiannya dia.... Nasib badan... Uhuk!

      Delete
  2. U, dah cuba ke? Berkesan ke? Cam comel sgttttt je alat nye. Heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... dah cuba... tapi kadang-kadang perasan bukan macam prevention cat tapi dah macam pemanggil kucing pulak. Sebabnya... kucing yang datang tu dok syok buat kawan. Adeh.....

      Tapi sejak akhir-akhir ni dah lama jugak kucing tak datang... So, tak sure berkesan ke tak? Macam mana eh? Hehehe...

      Delete
  3. bestnya kedai tu, ada macam2 =/

    ReplyDelete
  4. wah..bole la nt cari..rumah yana plak kucing dtg 'minta makan'..tak kisah sgt awalnye..tp lama2 geram sbb kucing org sebelah tu bukan makin jinak bila dah bagi makan..da abis makan dia balik umah tuan dia..bila kita nak pgg bukan main garang lagi..kira mcm xkenang jasa la..har har har

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul-betul tak kenang jasa betul kucing tu awak... Hehehe... habis makanan, sampah dibuang. Eh!

      Delete
  5. berkesan ke.. gantung je dia takut ke..
    nasib kucing jiran tak lagi melepaskan buangan di kat rumah dia.. kalau tak mau meroyan bau taik dia.. hihiii..

    sebab semua rumput2 sy dah tile, segan sikit dia nk okkk..okkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, kucing pun pandai segan-segan ke FAR? Hahaha! Selalunya dia hentam saja :)

      Delete
  6. hehe punya la comei alat halau kucing tu..mula2 ja kucing takut pastu mesti depa wat dek ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah... kita pulak macam terbalik ni. Mula-mula tu dia macam syok buat kawan. Sekarang ni dah tak datang dah. Kenapa tah? Boring kot... Hehehe....

      Delete
  7. Reena, saya nak share, dulu masa sy tak bela kucing, kejadian yg sama pun berlaku tp rupa2 nya bila dah bela kucing (seekor jer pun), ia akan protect rumah kita dari dicerobohi oleh kucing2 lain. kiranya macam jaga territory dia lah tu. surprisingly, no more kucing liar dtg kencing or berak kat my house.

    pasal nak elak kucing buat hal kat rumah kita, ada cecair yang boleh di-spray di tempat2 strategik di rumah kita. bila kucing bau, ia tak jadi lah nak buat hal kat situ. spray ni namanya lebih kurang cat away atau dog away (utk yg masalah dgn anjing). spray ni ada di jual di mana2 kedai pet. try lah reena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... menarik tips ni Kak Ni :) Thanks tau!

      Delete
  8. huhu..baru tercRARI2..nk pg terjah daiso jugak..perlukan bnda itu...xsuka kucing....heeeee
    ps;klau kt kg,halau dgn penyapu lidi..sure dah xdtg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Miza tapi zaman sekarang ni nak cari penyapu lidi pun dah payah. Hehehe...

      Delete
  9. hrp2 alat tu berkesan tuk hindari si pucak tu membuang "emas" di halaman VIP rumah reena iye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah Uchi. Hehehe... pucak tu apa eh? Kucing ke?

      Delete
  10. camane plak nk prevent kucing drpd tidur atas but/bonet kereta? habis calar-balar kete i..every night kena cover dgn kain tebal..mslhnya siap kencing lg..nak je letak gam tikus tu..eeii..jiran plak x ngaku kucing2 dia yg slalu berak kencing rumah i..bela nak, jaga malas..xde adab btol..menyusahkan jiran tetangga..urgh..klu dpt bela anjing ni, dh lame bela german sheperd 2 ekor tambt kt pagar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesiannya awak... kalau dah sampai calarkan kereta ni. Memang melampau geramnya. Cuba awak cari spray Cat Away macam yang KakNi komen dekat atas ni. Mana tahu dapat bantu ke? :)

      Delete
  11. Pake cara semprot air yang digunakan untuk menyemprot tanaman hias atau bunga.
    Use water sprayer for flower.
    Setel untuk semprotan jarak terjauh.
    Set for the maximum distance.
    Boleh dibubuh juice cabai merah untuk hasil yang lebih baik.
    You can add red chilli juice , mix and filtered it with the water in the sprayer, for better result.

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)