Blogger templates

Nov 21, 2012

Chatime Malaysia

Siapa kenal Chatime, angkat jari? (sengaja mention nama jari, konon tak naklah obvious sangat yang korang tengah baca blog i. Hahaha!) Chatime ni rasanya dah quite popular di merata tempat. Kalau dulu i biasanya jumpa Chatime dekat area One Utama dan The Curve. Macam mana pun, kalau korang nak tahu, dulu i sombong, pandang sebelah mata pun tak hairan dengan Chatime ni. Walaupun dalam hati meronta-ronta nak tahu, best sangat ke Chatime? Apa taknya dekat mana-mana Chatime, i perasan ramai betul orang sanggup beratur panjang semata-mata nak dapatkan segelas plastik Chatime. Dan sepanjang barisan yang panjang tu, ada pulak dua, tiga orang perempuan melayu yang pakai tudung beratur. Yang lain-lain semuanya chinese. Automatik, manalah tak buat i terasa musykil (adehhh...) Bila i ronda keliling stall Chatime tu, tak nampak pulak tanda halal. Tengok gaya keadaan kedai, pekerja yang serve minuman dan pattern gelas plastik yang tertera dekat papan iklan Chatime. Terang-terang menunjukkan non-muslim punya kedai (haishhh...) Bila dah timbul banyak persoalan, i jadi takut. Bila dah takut baiklah jangan cuba kan?

Tapi usaha i tak berhenti setakat di situ sahaja (walaweh... ayat power ku. Hahaha!) I cuba browse dekat google, nak tahu dengan lebih lanjut pasal Chatime. Dan yang bestnya, google memang benar-benar menjawab segala kemusykilan i (bagus betul hidup dalam zaman teknologi ni kan? Kuasa dihujung jari gitu... hehehe).

SEJARAH CHATIME / LA KAFFA

Chatime adalah jenama yang berada di bawah La Kaffa. La Kaffa ialah sebuah syarikat perkhidmatan pelbagai minuman yang ditubuhkan pada tahun 2003 dan beribu pejabat di Hsinchu, Taiwan (no wonderlah tulisan dan gaya stall nya bercirikan Chinese). Antara tiga jenama produk minuman utama di bawah La Kaffa ialah Chatime, ZenQ dan La Kaffa Coffee di mana ianya terletak lebih daripada 510 buah lokasi di 15 buah negara (wahhh, hebatnya!!!)

Mereka juga mencipta suatu kelainan dalam menawarkan pelbagai pilihan minuman seperti teh, kopi, jus dan topping di luar dari kebiasaan untuk memberi kepuasan kepada pelanggannya.

sumber oleh Chatime
olahan oleh Reenaonline

Untuk mengetahui catatan perjalanan Chatime dan kisah bagaimana Chatime dihasilkan, korang boleh klik di sini ---> http://www.ichatime.com/about.php?pid=3

Nak tahu lokasi cawangan Chatime yang berdekatan dengan rumah korang, silalah ke sini ---> http://www.ichatime.com/stores.php?mid=34


Ok, sekarang part yang paling korang nak tahu?

STATUS HALAL CHATIME

I terbaca satu review menarik dari TehTarikMemoirs di mana beliau sendiri telah menghubungi sendiri Chief Executive Officer / Pengarah Urusan Chatime Malaysia iaitu Mr Bryan Loo bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai status halal Chatime. Melalui temuramah pendek tersebut, Mr Bryan Loo mengesahkan bahawa Chatime mempunyai sijil pengiktirafan halal antarabangsa yang diluluskan sebelum tiba di Malaysia. Satu-satunya alasan bahawa mereka tidak boleh mempamerkan logo di kedai-kedai mereka adalah berdasarkan satu keperluan undang-undang yang ditetapkan di Malaysia iaitu Chatime perlu mempunyai 2 pekerja Islam tempatan yang berdaftar sebagai pekerja di setiap cawangan pada setiap masa.

Malah TehTarikMemoirs turut menghubungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak JAKIM juga bersetuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh Mr Bryan, namun ia tidak bermakna bahawa sijil halal antarabangsa tidak diiktiraf pada semua.

ohhh... macam gitu ka?

Jadi, untuk sesiapa yang teringin nak menikmati Chatime, harga yang ditawarkan adalah dari RM5.90 hingga RM7.90. Korang boleh menikmati dari gelas bersaiz sederhana dan besar. Kalau tanya pilihan perisa Chatime kegemaran i semestinya Pearl Milk Tea (yummy! Seronoknya minum teh sambil kunyah pearl. Hehehe). Untuk peringatan korang jugak, minuman Chatime tak boleh disimpan lebih daripada dua jam. Kalau korang simpan, alamatnya pearl / mutiara hitam tersebut akan lembik dan rasa airnya juga jadi pelik (Huhuhu... berdasarkan pengalaman i sendiri). Nampaknya takde chance lah nak simpan minuman Chatime banyak-banyak dekat rumah.

Macam biasa, jom kita tengok gambar.

Chatime cawangan di Kota Damansara.
Hubby pening nak buat pilihan. Hehehe...

Chatime diserata dunia. Hebat kan?

Drink within 2 hours for best result / Minum dalam tempoh dua jam untuk jaminan rasa sedap yang berkekalan.
Pearl Milk Tea dan Hazelnut Milk Tea (sedapnya!!!)
Inilah Sijil Halal Antarabangsa Chatime.
Credit : Skyscrapercity

p/s : apa pulak pilihan korang?

30 comments:

  1. suka cool blog milk tea with pearl... nyam nyammm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti lebih kurang je kot kan rasanya :)

      Delete
    2. rasa nye sama.. cuma brand aje tak sama..
      kot la,
      sbb aku tak pernah rasa air dari chattime nie.
      takde kat jb pun rasanye.. kiehkeihh

      Delete
    3. Oh, belum ada dekat JB ke Eita dekat kampung aku pun dah ada tau. Hehehe

      Delete
  2. ini bubble tea nyer spesis eh.. best kan minum time cuaca panas. Kat sini hari tu banyak kuar tv pasal bubble tea ni, konon tak bagus (rasanya starbak kot bayar tv burukkan bubble tea pasai kopi depa dah tak laku) hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, sama je macam bubble tea. Lorrr... ye ke, siap ada keluar dekat TV yang bubble tea ni tak bagus. Apa yang tak bagusnya eh? Dengki lah tu... hehehe :)

      Delete
    2. kan....dengki sangat, konon nyer tinggi kandungan gula la, boleh tercekik la. I suka bubble tea, so I tak pedulik, lantak la. makan apa2 pun blh tercekik kalau tak beware. tau la German kan, sumer benda dia nak cekidaut.

      Delete
    3. Hahaha!! Duhh... Kelakarlah pulak... Takpe yang penting kita sama-sama suka bubble tea. Sep sikit! :)

      Delete
    4. dekat chatime ni bagus, kita boleh kurangkan gula atau camana pun kita nak

      Delete
  3. sedap minum bubble tea time cuaca panas2..
    selalu beli dgn anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, sekarang ni musim hujan. Jarang lah sikit jadinya :)

      Delete
  4. org ckp gong cha lg sedap tp kita tak pernah try gong cha lagi kak

    saya suka yg fruits. pekatttt :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah yang fruits memang pekat Cha, tapi akak ni tak tahan rasa manis buah :)

      Delete
  5. guess what akak lum pernah rasa...
    kkdg tu cam nak gi try...
    tapi tup tup tup....
    sampai kat destinasi lain...
    shuld give it a try lah one day....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... takpe banyak masa boleh cuba lagik kak :)

      Delete
  6. xpernah try pn...
    tp yg pelik kan kenapa die xnak hire 2 org pekerja Islam tuh ek..
    kan senang kl dh hire n boleh pamer sijil halal dieorg...
    kl dh halal blh lah cube pasnih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahhh... yang jadi kemusykilan jugak tu. Maybe pekerja melayu pun susah nak bekerja dengan Chinese company kot. Entahlah, wallahualam :)

      Delete
  7. penah tgk chatime ni..tp x ingat kat ne...maklumle kt area segamat, confirm xde...mines, maybe...???
    so kemusykilan terjawab, leh la try chatime kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, area Segamat takde ke? Dekat Batu Pahat pun ada tau awak :) Hehehe

      Delete
  8. Memg selalu sangat lalu depan Chatime nih!! tapi semua Chinese dan dipenuhi dengan tulisan Cina... sebb tu slalu musykil! :D

    ReplyDelete
  9. Yup! Mmg slalu lalu depan Chatime n nampak Chinese jer.. PAstu bila teliti, penuh pulak dengan tulisan Cina nya..Terus bertambah musykil :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... sekarang dah tak musykil lagikkan? :)

      Delete
  10. mula2 dgr chatime mcm bunyi hotlink, digi, celcom.. ala2 mcm jual prepaid mcm tu.. hahaha.. sungguh ketinggalan betul kan..

    kat melaka mcm tak nampak lagi.. tp cool blog melambak la kat sini.. ki3!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius takde dekat Melaka ke Far?? Kita pulak yang belum test-try cool blog :)

      Delete
    2. mcm x penah nampak.. tak tau la kalau lalu kat kedai tu buat ignore je sbb dh kenyang.. hahaa..

      tp kalau cool blog kompem sebelah opis jer.. :)

      Delete
    3. Hehehe... takpe FAR datang je KL, Chatime melambak dekat sini :)

      Delete
  11. Salam..sy masih musykil lg sbb sijil halal IFRC Asia Jakim x iktiraf sbb bersifat komersil..coolblog je yg dah ade halal jakim..wallahua'lam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... betul tu. Takpelah yang penting kita cuba ambil langkah positif. Kalau muncul perasaan ragu-ragu baik awak elakkan dari cuba.

      Delete
  12. Chatime sogo langgar syarat..pekerja depa sume foriner yg boleh ckp melayu..

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)