Korang perasan tak? Selalunya barangan permainan Lego banyak tertumpu untuk budak-budak lelaki kan? (Nyampah!) Kalau ada pun untuk budak perempuan kebanyakannya Lego jenis Duplo untuk umur antara 2 hingga 5 tahun (alahai kesiannya budak perempuan). Mungkin Lego sangkakan budak perempuan bukannya gemar kerja-kerja pasang siap macam construction berbanding barangan mekap yang boleh menambahkan kejelitaan dorang menjadi princess. Tulah sebabnya kenapa Lego concentrate buat permainan untuk budak lelaki je (eceh macam fahamlah sangat perasaan Lego tu, tah-tah semua tukang buat dia lelaki). Eee... tapi tak bolehlah macam tu kan, tak adil betul! Ikutkan ramai je budak perempuan yang minat dengan Lego termasuk 'budak' perempuan ni (eh! Budak ke? Keh-keh-keh).
Demi mentransferkan perasaan minat Lego i terhadap Ariana iaitu anak kedua i. I happy sangat bila Lego dah keluarkan satu collection series yang dipanggil Friends. So, bila abang Long dan adik Damien berebut nakkan Lego dekat Toys R Us, Ariana pun dah boleh join sekali beli Lego. Tak payahlah mama papa terasa serba-salah nak keluarkan duit lagi beli barangan Barbie yang tak sampai 2 hari, rambut Barbie boleh bertukar jadi hantu gara-gara kecantikan melampau (haishhh... sakit mata mama tengok). Kalau nak buat sepah pakai Lego pun at least, masa kemas i dah sediakan sorang satu bekas untuk masukkan kesemua Lego yang dah tak nak main. Hah... kan senang.
Hmmm... kalau korang nak tahu hari ni harijadi i yang ke 32 tahun (nak bunyi umur sedap terbalikkanlah jadi 23 tahun. Kui-kui-kui). Ish, rasa macam nak pergi Toys R Us untuk hadiahkan Lego dekat diri sendiri. Hadiah dari hubby masih on the way lagi (jauh sangat 'benda' tu nak terbang sampai). Korang agak-agak apa bendanya? Jeng-jeng-jeng. Kita sama-sama tunggu.
So, inilah set Lego Friends Emma's Horse Trailer Playset - 3186. Nanti mama pinjam main bolehkan sayang? Hihihi... mama nak feeling-feeling umur 6 tahun. Ok, bye!
Harga RM139.90 |
p/s Thanks atas komen korang dekat entry-entry i yang sebelum ni, i cuba reply satu-satu dan blogwalking jengah korang. Hari kerja susah sikit nak reply komen dan buat blogwalking sebab kesuntukan masa. I harap korang faham dan i cukup-cukup hargai semua komen korang. Thanks again ye.
Reena, Happy Birthday dear!! yep kita cuma beza setahun je..just panggil nama ok je..hehe...:) kecil2 dulu pon intan suka main lego..lego zaman dulu biasa2 je..hehe
ReplyDeleteThanks dear!! :) Tapi kalau nak panggil Kak Intan pun boleh jugak kan? Kehkehkeh... nak feeling muda jugak tu :)
Deletewah sukala ariana kan dah ada utk gegirl lego ni. ish terasa mcm nk beli plak kak. simpan la utk anak nanti haha.
ReplyDeleteeh bday akak ke? terbaca komen atas ni huhu
Belilah, lepas tu simpan untuk anak-anak Cha nanti. Mesti best!!
DeleteIye dear :) 22hb tu birthday akak.
Happy belated birthday Reena:)
ReplyDeleteThank Atie! :)
Delete