Blogger templates

Dec 20, 2012

Lego Kingdom - Legoland Malaysia

Hari ni i nak share lagi gambar-gambar kami yang lain sepanjang berada di Legoland Malaysia. Bila tengok semua gambar-gambar ni, i teringat suasana meriah dekat Legoland. Eee... seronoknya! Terasa macam nak tinggal je terus dalam Legoland (boleh gitu?). Yelah, lagipun pergi berjalankan? Mestilah seronok. Cuba kalau rupa Legoland Malaysia ni sebiji macam suasana dekat pejabat. Erkkk... Tension! Bagi masuk percuma pun confirm tak nak datang. Hahaha!

Gambar yang i tunjukkan dekat bawah, masih lagi berlatarbelakangkan suasana Merlin. Korang ingat lagi tak dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/12/the-forestmens-hideout-legoland-malaysia.html, i dah pernah ceritakan serba-sedikit mengenai keadaan dan aktiviti yang korang boleh buat dekat Lego Kingdom. So, untuk pengetahuan korang, kesemua gambar i ini merangkumi kawasan The Dragon, Knight's Feast (tempat makan) dan Merlin's Challenge. Agak-agak kalau nak beli souvenir, King's Market ada disediakan dekat sini. Yang penting korang bawak je duit banyak-banyak (hamboi... macam boleh beli pakai duit monopoly je kan? Hehehe).

Apa lagi, jom tengok gambar pulak (hoorey!)

Castle Scoops dan Knight's Feast
Intai sikit harga makanan dekat Knight's Feast.

Wooo!!! (sambil muncungkan mulut) Besarnya Lego castle ni tapi hakikatnya takde apa-apa pun dekat dalam castle. Cuma tempat orang beratur sebelum nak naik The Dragon (roller-coaster).


Gila ramai orang yang beratur nak naik The Dragon.
Rasa macam nak pintal je misai lebat Pak Guard ni. Hehehe...
King's Market

Eh-eh Shrek pun ada ke?
Macam dekat funfair je kan?
Merlin's Challenge - mainan untuk 'older' children. Eh! Hehehe...

p/s : Nak gambar Legoland Malaysia lagi tak? Jangan risau, banyak lagi ada ni... antara korang sanggup dengan sangap je nak tengok nanti hehehe...

10 comments:

  1. I sanggup!!! menarik la tempat2 ni, banyak gile lego nyer (nama pun lego land). mahal tau lego skang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu dear. Sebab suka sangat dengan Lego (eh, siapa yang nak main ni? Hehehe) kadang-kadang tu pejam mata je beli. Huhuhu...

      Delete
  2. dah tak macam kat malaysia dah kan. nak pergi hello kitty town la kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun ingat tahun depan nak jalan-jalan Hello Kitty Town pulak :)

      Delete
  3. uit... cnfirm x bosan tgk gambo2 camni sbb x penah masuk....for now..tgk gambo pun jd... ade rezki, kna xperience sndiri...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macih awak :) Insya-Allah ada rezeki, awak boleh pergi jugak macam saya :)

      Delete
  4. legoland mmg best...da 2 kali i pegi tau..hehehe...tp entry ke legoland xupdate2 lagi...hehehe...jom u'ols follow blog i...:) http://thelittlekelipkelip.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. memang berbaloi gi sini kan....
    mcm2 ada....
    dah skali skala pegi confirm gambar banyak sis....
    share share share lah iye :D

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)